Pilihan Editor: 4 Kad Kredit Terbaik Bagi Penonton Wayang Tegar

4 Kad Kredit Bagi Penonton Wayang Tegar

Saya adalah seorang peminat semua jenis filem, termasuklah filem komedi romantik dan filem seram. Walaupun kita sudah berada di era di mana kita dapat menonton filem online ataupun menerusi televisyen satelit secara selesa di rumah sendiri, saya masih memlih untuk mengunjungi pawagam bagi menonton filem terkini.

Mungkin kerana skrinnya lebih besar, tempat duduknya lebih selesa, kesan bunyi DTS yang digunakan, serta haruman manis bertih jagung karamel. Selain itu, pengalaman menonton filem di pawagam seumpama larian dari kenyataan. Ini mungkin cuti pendek yang paling sempurna untuk membantu kita melupakan tekanan kehidupan seharian seketika.

Namun, minat mendalam saya untuk menonton filem di pawagam sebenarnya memudaratkan kewangan saya.

Setelah sekian lama berfikir dan membuat kajian, saya akhirnya berjaya mendapatkan penyelesaian kepada persoalan kewangan saya sebagai seorang kaki wayang. Penyelesaian ini hadir dalam bentuk 4 kad kredit yang dapat memberikan lebih nilai untuk setiap Ringgit yang anda belanjakan ketika menonton wayang di pawagam.

1. Kad Kredit Mach Visa

Skim pembayaran balik tunai atau ‘cash back’ adalah salah satu cara yang paling mudah untuk menjimat wang ketika berbelanja. Skim ini boleh dikatakan serupa dengan pemberian diskaun tunai.

Kad Kredit Mach Visa adalah salah satu kad kredit cashback  yang memberikan anda kadar bayaran balik tunai yang tertinggi. Kad kredit ini juga memberikan anda fleksibiliti dalam memilih kategori bayaran balik tunai yang anda mahu serta membolehkan anda untuk mengubah kategori bayaran balik tunai mengikut perubahan cara hidup anda. Dan yang paling utama? Anda boleh mendapatkan bayaran balik tunai sebanyak 10% SETIAP HARI!

Bayaran balik tunai bagi pembelian tiket wayang10%
Bayaran balik tunai bagi pembelian barangan lainSehingga 5%
Pengecualian jenamaBoleh digunakan di semua pawagam
Bayaran balik tunai maksimumSehingga RM600* setiap tahun

*RM100 (setiap 3 bulan) untuk perbelanjaan dalam kategori yang dipilih
*RM50 (setiap bulan) untuk perbelanjaan lain-lain

Terdapat 4 pakej bagi kategori bayaran balik tunai tersebut:

Pakej 1: SocialPembelian tiket wayang, caj kemasukan kelab malam, tiket konsert dan sebagainya
Pakej 2: Trend SetterPembelian pakaian, alat solek , tiket percutian dan makanan
Pakej 3: Savvy Pembelian barangan kesihatan, telefon bimbit dan barangan runcit
Pakej 4: Lain-lainPembelian barangan teknologi, pembayaran online dan pembelian di gedung membeli-belah terpilih

Manfaat lain:

Anda masih akan mendapat ganjaran bayaran balik tunai sebanyak 0.2% walaupun anda membeli barangan yang tidak termasuk di dalam pakej pilihan anda.

Dengan bayaran serendah RM5.30 (termasuk 6% GST) setiap 3 bulan, anda boleh menukar pakej pembayaran balik tunai mengikut kesesuaian cara hidup anda. Anda juga boleh mendapatkan lebih banyak penjimatan dengan pengecualian bayaran tahunan sebanyak RM160 (tidak termasuk caj GST sebanyak RM9.60) dengan penggunaan kad kredit Mach Signature. Kad kredit Mach Signature juga mengecualikan bayaran tahunan sebanyak RM300 (tidak termasuk caj GST sebanyak RM18) untuk 3 kad tambahan pertama.

MOHON DI SINI

citibank_clear_card2. Kad Kredit Citibank Clear

Apakah perkara terbaik selain daripada menghilangkan stress dengan menonton wayang kegemaran anda pada hujung minggu?

Kad kredit Citibank Clear memahami kehendak anda dengan menawarkan promosi beli satu percuma satu bagi pembelian tiket tayangan filem pada setiap hari Jumaat.

Tidak kira sama ada anda menonton wayang di pawagam GSC atau TGV, anda layak untuk mendapatkan diskaun ini.

Bayaran balik tunai bagi pembelian tiket wayangTawaran beli satu percuma satu untuk pembelian tiket wayang pada setiap hari Jumaat
Bayaran balik tunai bagi pembelian barangan lainPemberian sehingga 3 mata ganjaran bagi setiap RM1.00 yang dibelanjakan di gedung atau restoran terpilih

Pemberian sehingga 1 mata ganjaran bagi setiap RM1.00 yang dibelanjakan untuk barangan lain
Pengecualian jenamaTawaran tiket wayang beli satu percuma satu hanya ditawarkan di pawagam GSC dan TGV
Tempoh maksimum bayaran balik tunaiSetahun

Manfaat lain:

Kad ini juga menawarkan bayaran tahunan yang rendah iaitu RM90 setahun (tidak termasuk caj GST sebanyak RM5.40). Bayaran tahunan tahun pertama akan dikecualikan sekiranya kad ini digunakan sekurang-kurangnya 3 kali dalam masa 60 hari selepas kad diaktifkan.

Kelebihan lain kad ini termasuk tawaran beli satu percuma satu bagi pembelian minuman di rangkaian Coffee Bean and Tea Leaf setiap hari minggu, serta manfaat keistimewaan apabila membeli pas masuk ke kelab malam Zouk Kuala Lumpur.

MOHON DI SINI

hong leong gsc gold card3. Kad kredit  Hong Leong GSC Gold/Platinum

Adakah anda seorang penonton wayang tegar yang memerlukan bantuan untuk menjimat perbelanjaan anda? Saya sudah menjumpai cara penyelesaian untuk perkara ini. Kad Kredit Hong Leong GSC Gold/Platinum adalah kad kredit yang merupakan penyelesaian mutlak kepada semua keperluan menonton wayang anda.

Diskaun bagi pembelian tiket wayang10%
Pembelian barangan lainBonus ganjaran
Pengecualian jenamaDiskaun hanya ditawarkan untuk tayangan di pawagam GSC

Sekiranya anda memerlukan hanya satu kad kredit yang dapat membantu mengurangkan kos menonton wayang di pawagam, pastikan anda memiliki Kad Kredit Hong Leong GSC Gold/Platinum. Manfaat keistimewaan bagi pemegang kad ini adalah seperti berikut:

Kad Kredit EmasKad Kredit Platinum
Tawaran pendaftaran selepas permohonan diluluskanSatu tiket wayang percuma

1 set kombo bertih jagung saiz kecil percuma

Sekeping baucar diskaun 50% bagi pembelian makanan dan minuman di setiap cawangan GSC

5 set beli satu percuma satu ticket bagi filem yang ditayangkan di bawah slot ‘International Screens’
Diskaun tiket wayang Diskaun 10% bagi setiap pembelian tiket wayang harga asal di setiap cawangan GSC
Mata Bonus RM 1 = 1 mata bonus
Akses ke barisan keutamaan Ya
Diskaun makanan dan minumanPotongan 10% bagi pembelian semua makanan ringan dan minuman (3 bulan pertama)

Potongan 5% bagi pembelian semua makanan ringan dan minuman (selepas 3 bulan dan seterusnya)

Potongan 15% bagi pembelian makanan di Glitters Cafe, Paradiso, Cafe Caro dan Dessert Bar
Nilai Bonus (boleh digunakan untuk mendapatkan penjimatan kos tiket tayangan sehingga 50%) RM60RM100

Manfaat lain:

Kad ini juga menawarkan pengecualian bayaran tahunan tahun pertama untuk kad induk dan kad tambahan sekiranya kad ini digunakan sekurang-kurangnya sekali dalam masa 45 hari selepas kad diaktifkan. Untuk tahun-tahun seterusnya, kad ini menawarkan pengecualian bayaran tahunan tahun pertama untuk kad induk dan kad tambahan sekiranya kad ini digunakan sekurang-kurangnya 12 kali setahun.

UNTUK GSC GOLD, MOHON DI SINI

UNTUK GSC PLATINUM, MOHON DI SINI

4. Kad Maybank 2

Jika anda meragui kenapa anda memerlukan satu kad khas hanya untuk mendapatkan penjimatan tiket wayang, anda memerlukan kad kredit serba guna yang mempunyai manfaat yang lebih meluas, seperti kad kredit Maybank 2 Cards.

Keistimewaan untuk tiket wayangHarga tayangan biasa sebelum pukul 6 petang ditetapkan pada RM10

Diskaun 10% di kaunter ‘concession’

Diskaun sehingga 20% di Chill*X, Vie Cafe dan Indulge
Ganjaran bagi pembelian barangan lainPembayaran balik tunai sebanyak 5% untuk perbelanjaan makanan pada setiap hujung minggu (maksimum RM50 sebulan)

Pemberian sehingga 5 Treats points bagi setiap RM1 yang dibelanjakan melalui kad American Express kecuali perbelanjaan pada Badan Kerajaan, Institusi Pendidikan dan Pembekal Insurans

Pemberian sehingga 2 Treats points bagi setiap RM1 yang dibelanjakan melalui kad American Express untuk perbelanjaan pada Badan Kerajaan, Institusi Pendidikan dan Pembekal Insurans

Pemberian sehingga 1 Treat point bagi setiap RM1 yang dibelanjakan melalui kad Visa/Mastercard
Pengecualian jenamaHanya di pawagam TGV sahaja
Kadar bayaran balik tunai maksimumRM50

Sekiranya anda adalah pengunjung tetap TGV, Maybank 2 Cards tentu dapat membantu anda menjimat kos menonton wayang.

Manfaat lain:

  • Ia menawarkan kadar faedah yang rendah iaitu 8.88% setahun.
  • Anda akan mendapat 2 kad, sekeping kad Visa/Mastercard dan sekeping kad American Express. Anda layak untuk mengumpul mata ganjaran ‘TreatsPoints’ dan mendapatkan bayaran balik tunai setiap kali anda berbelanja.
  • Anda tidak perlu khuatir akan bayaran tahunan kerana kad ini adalah percuma untuk seumur hidup, untuk kad induk dan tambahan.

MOHON DI SINI

Kad kredit adalah seperti gergaji rantai – ianya suatu alat yang berguna, namun ia boleh mendatangkan kesusahan sekiranya disalah guna. Walaubagaimanapun, pemilihan kad kredit secara bijak dan pengunaannya yang terkawal boleh membantu anda mengambil kesempatan keatas pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang ditawarkan kepada pemegangnya. Oleh itu, pemilihan kad kredit yang selari dengan kadar perbelanjaan dan cara hidup anda adalah penting untuk mengelakkan anda mengalami kesusahan di dalam membayar bayaran tahunan atau faedah yang berlebihan.

Kunci bagi memilih kad kredit yang paling sesuai adalah mengetahui status kredit anda dan ciri-ciri kad yang paling anda titikberatkan. Seperti mana anda mencari tawaran terhebat ketika membeli belah, begitu juga ketika memilih kad kredit. Pastikan anda membaca semua terma dan syarat dan membuat perbandingan antara tawaran yang ditawarkan untuk memilih kad kredit yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Diterjemahkan oleh Sheela Anastasia Binti Salleh, penterjemah bebas, Proofreader United

Selain daripada menonton filem di pawagam, apa lagi yang anda rasa tertarik? Membeli-belah? Makan-makan? Apa jua keinginan anda, benarkan kami untuk mencari kad kredit yang sesuai untuk anda!

Imej dari wearabletechworld.com

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image