Apakah Simpanan Tetap? Bagaimana Simpanan Tetap Berfungsi?

by
Apakah Simpanan Tetap? Bagaimana Simpanan Tetap Berfungsi?

Simpanan tetap, atau lebih dikenali sebagai “Fixed Deposit” adalah sejenis simpanan di bank atau akaun pelaburan yang menjanjikan pelabur kadar faedah yang tetap. Sebagai balasan, pelabur bersetuju untuk tidak mengeluarkan dana tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan.

simpanan tetap di Malaysia

 

Dalam pelaburan simpanan tetap, faedah hanya akan dibayar pada penghujung tempoh pelaburan. Ini berlainan dengan akaun simpanan biasa di mana faedah dikira setiap hari dan selalunya dibayar di hujung setiap bulan. Oleh kerana tempoh dan kadar faedah sudah ditetapkan, lebih mudah untuk anda mengira jumlah faedah yang bakal diperolehi pada hujung tempoh pelaburan simpanan tetap.

Bagaimanakah simpanan tetap berfungsi?

Apabila anda membuka akaun simpanan tetap, anda mempunyai pilihan untuk memilih tempoh simpanan. Selepas memilih tempoh simpanan, anda bersetuju untuk mengetepikan wang anda sepanjang tempoh tersebut (satu bulan, tiga bulan, enam bulan, satu tahun, atau sebagainya). Tempoh simpanan adalah berbeza di antara satu bulan sehingga lima tahun.

Setiap tempoh atau jangka masa pelaburan memberikan kadar faedah yang berbeza. Sebagai contoh, kebiasaannya pihak bank akan menetapkan kadar faedah simpanan tetap seperti jadual di bawah:

Tempoh/Jangka Masa
Kadar Faedah (% p.a.)
1 bulan
2.00
2 bulan
2.00
3 bulan
2.05
6 bulan
2.10
12 bulan
2.15

Berdasarkan contoh di atas, jika anda mempunyai akaun simpanan tetap selama 12 bulan, kadar faedah tahunan anda adalah 2.15% di penghujung tempoh tiga bulan tersebut. Jika anda menyimpan sebanyak RM10,000 selama 12 bulan, dengan kadar faedah 2.15%, anda akan diberikan pulangan sebanyak RM215 di penghujung tempoh simpanan.

Kebiasaannya, lebih lama tempoh simpanan anda, lebih tinggi kadar faedah yang akan ditetapkan. Juga, pihak bank akan menawarkan kadar simpanan tetap pada kadar istimewa, jadi anda dinasihati untuk sentiasa menyemak tawaran simpanan tetap.

Bagaimana jika anda mengeluarkan simpanan sebelum tempoh simpanan tamat?

Jika anda mengeluarkan simpanan anda sebelum tempoh simpanan tetap anda tamat, anda berkemungkinan untuk kehilangan sebahagian atau kesemua faedah anda.

Jadi, sebelum anda menyimpan jumlah yang banyak di dalam simpanan tetap anda, pertimbangkan dahulu jika anda memerlukan wang tersebut untuk ketidaktentuan masa terdekat.

Sesetengah pelabur menyimpan simpanan tetap yang berbeza dengan tempoh simpanan yang berbeza (lebih dikenali sebagai Simpanan Tetap Bertingkat). Sebagai contoh, katakan anda mempunyai RM30,000, anda boleh menyimpan RM10,000 untuk tempoh setahun, RM10,000 lagi untuk tempoh dua tahun dan RM10,000 yang terakhir untuk tempoh tiga tahun. Cara pembahagian simpanan ini akan memudahkan anda untuk mengakses simpanan tersebut.

 Stashaway

Stashaway

diskaun 50% untuk pelaburan RM100,000 pertama untuk 6 bulan!

0.2%-0.8% fi pengurusan rendah!

Apakah jenis simpanan tetap yang tersedia?

Berikut adalah beberapa simpanan tetap yang tersedia di Malaysia:

  • Simpanan tetap jangka pendek. Jika anda mempunyai wang lebih untuk disimpankan tetapi ingin menggunakannya dalam masa terdekat, anda boleh memilih untuk menyimpan dalam simpanan tetap jangka pendek. Faedah yang anda dapat tidaklah begitu banyak, namun cara pelaburan ini masih digunakan oleh ramai pelabur.
  • Simpanan tetap jangka panjang. Jika anda yakin anda tidak perlu menggunakan simpanan anda dalam masa terdekat, anda boleh menyimpan melalui simpanan tetap jangka panjang. Sesetengah bank menawarkan tempoh simpanan sehingga lima tahun. Kebiasaannya, lebih lama tempoh simpanan anda, lebih tinggi kadar faedah.
  • Simpanan tetap Islamik. Simpanan tetap Islamik adalah berlandaskan Shariah iaitu Komoditi Murabahah. Jika anda menyimpan melalui simpanan tetap Islamik, anda sebenarnya membeli komoditi patuh Shariah dan menjualnya pada harga yang dipersetujui oleh anda dan pihak bank anda. Dengan ini, anda akan mendapat pulangan tanpa melibatkan sebarang konsep faedah.
  • Simpanan tetap mata wang asing. Akaun simpanan tetap ini membolehkan anda menyimpan menggunakan mata wang asing. Ini sangat berguna jika anda ingin melindungan simpanan anda daripada ketidaktentuan inflasi.
  • Simpanan tetap warga emas. Adakah anda seorang pesara yang ingin melindungi simpanan persaraan anda? Sesetengah bank seperti Hong Leong Bank menawarkan akaun Simpanan Tetap Fleksibel untuk warga emas, yang membolehkan anda membuat sebahagian pengeluaran awal tanpa kehilangan sebarang faedah.
Untuk kadar faedah simpanan tetap yang terbaik, sila rujuk disini.

Apakah kelebihan dan kekurangan simpanan tetap?

Mengapa anda perlu menyimpan dengan simpanan tetap?

  • Berisiko rendah. Simpanan tetap adalah berlainan daripada melabur melalui pasaran saham atau unit amanah saham. Simpanan tetap adalah lebih selamat kerana anda dijaminan untuk mendapat pulangan faedah anda.
  • Simpanan anda diinsuranskanJika sesuatu terjadi kepada pihak bank atau simpanan anda, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) akan membayar ganti rugi simpanan anda, maksimum sehingga RM250,000.
  • Kadar faedah yang lebih tinggi. Kebiasaannya simpanan tetap memberikan pulangan kadar faedah yang lebih tinggi berbanding jenis akaun simpanan yang lain.
  • Lebih mudah untuk mengeluarkan simpanan. Jika anda ingin menggunakan simpanan tetap anda untuk tujuan kecemasan, anda boleh mengeluarkannya pada bila-bila masa. Namun, anda mungkin kehilangan sebahagian atau kesemua faedah anda jika pengeluaran dibuat sebelum tempoh simpanan tamat.

Namun begitu, simpanan tetap mempunyai kekurangan tersendiri:

  • Berisiko untuk kehilangan faedah. Simpanan tetap tidak begitu fleksibel. Jika anda mengeluarkan simpanan anda sebelum tempoh simpanan tamat, anda mungkin akan kehilangan pulangan faedah anda.
  • Pulangan rendah berbanding pelaburan. Jika anda yakin yang anda boleh mengambil risiko pelaburan, anda boleh memilih jenis pelaburan lain (termasuk yang berisiko rendah) yang memberikan pulangan yang lebih tinggi.

Apakah perbezaan akaun simpanan tetap dan akaun simpanan?

Simpanan tetap adalah sama seperti akaun simpanan, kedua-duanya mempunyai risiko yang rendah.

Namun, perbezaan utama adalah kadar faedah. Akaun simpanan tetap kebiasaannya memberikan kadar faedah tahunan yang lebih tinggi, di antara 1.4% hingga 2.4%. Akaun simpanan pula memberikan kadar faedah tahunan di antara 0.2% hingga 1.5%.

Sesetengah akaun simpanan mempunyai kadar faedah yang sama (atau lebih tinggi) berbanding akaun simpanan tetap. Namun, kelebihan ini adalah bersyarat – anda perlu menyimpan jumlah simpanan yang tinggi, menggunakan akaun anda untuk membayar beberapa jenis bil atau membayar jumlah minimum menggunakan kad kredit/debit setiap bulan.

Apakah sejarah kadar faedah simpanan tetap di Malaysia?

Ingin tahu tentang kadar faedah semasa berbanding sedekad yang  lalu? Pada tahun 2019, purata kadar faedah simpanan tetap adalah 2.983%. Namun, pada tahun 2020, purata kadar faedah simpanan tetap telah jatuh berikutan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Kini barulah anda boleh menyemak akaun simpanan tetap dan akaun simpanan tetap Islamik dengan iMoney.

Menyimpan melalui akaun simpanan tetap adalah salah satu cara pelaburan yang baik. Jika fasa perasaraan anda masih jauh, dan anda boleh menanggung risiko, pertimbangkanlah untuk menyimpan dengan simpanan tetap.

Artikel ini dikemaskini setakat Disember 2021.

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image