Segalanya Mengenai Insurans Nyawa Di Malaysia

by
Tags: ,
insurans nyawa

Dalam kehidupan yang sentiasa berubah dan tidak menentu, adalah penting bagi kita untuk melindungi diri sendiri dan keluarga dari perkara-perkara yang tidak diingini dan tidak dapat dielakkan.

Namun begitu masih lagi ramai orang di Malaysia yang tidak merperlihatkan kepentingan insurans nyawa dalam perancangan kewangan mereka. Menurut laporan dari Life Insurance Association of Malaysia (LIAM), hanya sebanyak 54% orang di Malaysia yang dilindungi oleh insurans nyawa, dan kalau ditolak pula dari nombor itu golongan yang mempunyai lebih dari satu insurans nyawa, boleh dikatakan rata-rata hanya 41% rakyat Malaysia memiliki insurans nyawa.

Seandainya anda belum lagi dilindungi ataupun ingin mengetahui lebih banyak informasi berkenaan insurans nyawa dan liputannya, di sini adalah semua yang anda perlu tahu mengenainya.

Apakah liputan insurans nyawa di Malaysia?

Sebagai permulaan, polisi insurans nyawa adalah satu kontrak di antara syarikat insurans dan pemegang polisi, di mana pembayar akan membuat bayaran secara ansuran sama ada bayaran bulanan, setiap tiga bulan, dua kali setahun ataupun sekali setahun, dan pembayar akan mendapat pembayaran balik dalam sekaligus ataupun dalam bentuk manfaat selepas kematian kepada benefisiarinya selepas kematian pembayar.

Pada masa kini, kebanyakan insurans nyawa juga menyediakan pampasan Hilang Upaya Kekal (atau TPD) untuk melindungi pemegang polisi dan keluarganya sekiranya pembeli insurans hilang upaya untuk menjana pendapatan.

Salah satu kelebihan insurans nyawa ialah manfaat selepas kematian untuk kesemua jenis insurans nyawa adalah bebas cukai.

Kenapa anda memerlukan insurans nyawa?

Untuk mengenalpasti samada anda memerlukan insurans nyawa, anda seharusnya mempertimbangkan hakikat yang paling teruk sekiranya berlaku sebarang kecelakaan. Sekiranya anda meninggal dunia keesokan hari, adakah keluarga kesayangan anda akan dilindungi dari aspek kewangan?

Sekiranya keluarga anda akan menghadapi kesusahan dari segi kewangan selepas pemergian anda, maka jelaslah anda memerlukan insurans nyawa. Manfaat selepas kematian akan menggantikan pendapatan anda dan juga membantu keluarga anda menangani keperluan kewangan yang lain.

Adakah anda pasti keluarga anda berupaya untuk membayar perbelanjaan terakhir anda seperti perbelanjaan perubatan, perbelanjaan pengebumian, cukai, hutang dan bayaran penguaman? Adakah mereka berupaya untuk membayar pembiayaan rutin seperti sewa, pinjaman perumahan, makanan, pakaian, pengangkutan dan pembiayaan kesihatan, sekurang-kurangnya di tahap awal? Bagaimana pula dengan matlamat kewangan jangka panjang? Dengan pemergian anda, adakah pasangan anda dapat mempunyai wang yang secukupnya untuk tujuan pendidikan tinggi anak anda ataupun untuk tujuan persaraan? Adakah anda juga beringin untuk meninggalkan sesuatu untuk anak atau cucu anda?

Polisi insurans nyawa di Malaysia adalah paling sesuai untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga yang bergantung kepada mereka dari segi kewangan, maka ia tidak wajib bagi kanak-kanak ataupun persara yang tiada sumber pendapatan atau ahli keluarga yang bergantung kepada mereka dari segi kewangan.

Liputan insurans nyawa akan memastikan orang kesayangan anda terus dibiayai secara kewangan jikalau anda tiada lagi ataupun hilang keupayaan untuk mencari sumber pendapatan. Keluarga anda akan mendapat kepastian bahawa kualiti kehidupan mereka tidak akan terjejas dengan perlindungan insurans sepenuhnya.

Tambahan pula, anda berhak menuntut pelepasan cukai sehingga RM7,000 setahun untuk sumbangan anda terhadap insurans nyawa dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jenis-jenis polisi insurans nyawa

Jenis-jenis polisi insurans nyawaPenerangan
EndowmenSatu kombinasi perlindungan dan penjimatan di mana pembayaran akan dibuat pada akhir tempoh yang ditetapkan selepas anda meningggal ataupun kehilangan upaya kekal.

Paling sesuai untuk simpanan, pemindahan, pemeliharaan dan pengumpulan kekayaan dengan cukai tertunda.
Insurans Berkaitan PelaburanSatu kombinasi pelaburan dan perlindungan di mana premium anda akan dibahagikan untuk liputan insurans nyawa dan pelaburan ke atas dana pilihan anda. Anda dibenarkan untuk menentukan nisbah peruntukan premium anda.

Paling sesuai untuk simpanan, pemindahan, pemeliharaan dan pengumpulan kekayaan dengan cukai tertunda.
Anuiti HidupSyarikat insurans akan membayar anda anuiti untuk suatu jangka masa yang tertentu sehingga anda meninggal. Jenis bayaran anuiti termasuk anuiti serta-merta ataupun anuiti tertunda.

Paling sesuai untuk penabungan untuk persaraan dan pengumpulan kekayaan dengan cukai tertunda.
Insurans bertempoh gadai janji berkurangan (MRTA)Pelan ini akan menyelesaikan baki pembiayaan perumahan anda sekiranya anda meninggal dunia, anda mengalami hilang upaya kekal atau anda menhidapi penyakit kritikal.

Paling sesuai untuk perancangan harta dan pemindahan aset.
Perlindungan tambahan (Rider)“Rider” merupakan perlindungan tambahan yang dilampirkan bersama pelan insurans asas seperti endowmen atau seumur hidup. Rider yang biasa ditemui adalah rider perubatan, kemalangan dan penyakit kritikal.

Paling sesuai untuk membiayai perbelanjaan yang berkaitan dengan perubatan, kemalangan dan penyakit kritikal.
Insurans bertempohPelan ini terhad kepada jangka masa tertentu, contohnya 10 tahun. Ia biasanya lebih murah berbanding pelan nyawa yang lain.

Paling sesuai untuk penggantian pendapatan semasa masih bekerja.
Insurans seumur hidupPelan ini direka khas untuk melindungi individu untuk seumur hidup, jadi premiumnya lebih tinggi berbanding dengan polisi insurans bertempoh. Jumlah premium biasanya telah ditetapkan dan ia mempunyai nilai tunai yang berfungsi sebagai simpanan dan boleh ditunda cukai di masa depan.

Paling sesuai untuk pemindahan, pemeliharaan dan pengumpulan harta dengan cukai tertunda.

Apakah faktor-faktor yang harus dipertimbangkan?

Insurans nyawa khasnya adalah untuk melindungi anda seumur hidup, maka ia adalah mustahak untuk anda membuat penyelidikan dan mempertimbangkannya dari semua aspek sebelum membuat keputusan untuk membeli insurans tersebut. Berikut adalah beberapa faktor yang seharusnya dipertimbangkan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli polisi insurans yang terbaik di Malaysia dan juga bersesuaian dengan keperluan anda.

1. Matlamat kewangan

Anda harus mengenal pasti matlamat kewangan anda sebelum memilih polisi insurans yang bersesuaian dengan keperluan anda.  Insurans nyawa bukan sahaja untuk membantu keluarga anda dari aspek kewangan selepas anda meninggal dunia, ia juga boleh membantu anda mencapai matlamat-matlamat lain. Anda mungkin mengharapkan pembayaran manfaat kematangan untuk pesaran anda, untuk pembiayaan pendidikan luar negara bagi anak anda, ataupun salah satu cara untuk anda meringankan bebanan cukai seiring dengan peningkatan tanggungjawab keluarga anda. Apa jua matlamat anda, ia mempunyai pengaruh besar dalam menentukan polisi insurans nyawa yang paling sesuai untuk anda.

2. Kos premium

Walaupun insurans nyawa dibeli untuk membantu anda merealisasikan matlamat kewangan dan melindungi keluarga anda, harga premium seharusnya berpatutan dengan kemampuan anda.  Membayar premium yang terlalu mahal boleh menyebabkan pembayaran polisi anda tertunda dan akhirnya mengakibatkan krisis kewangan.

Menurut perancang kewangan, premium insurans anda harus merangkumi 6% sahaja dari jumlah pendapatan anda. Contohnya, jika pendapatan anda adalah RM5,000, maka premium insurans bulanan sepatutnya tidak melebihi RM300.

Sepertimana apabila anda membeli apa jua, anda mesti membuat semakan terdahulu apabila membeli polisi insurans nyawa supaya dapat memilih polisi yang terbaik dan berpatutan.

3. Nilai polisi

Sebenarnya, proses menentukan jumlah insurans nyawa yang anda perlukan tidak perlu rumit.

Anda boleh berbincang dengan wakil ejen insurans anda berdasarkan tiga langkah yang berikut untuk menentukan jumlah polisi insurans yang perlukan hari ini untuk melindungi keluarga anda.

Andaikan anda seorang profesional berumur 30 tahun yang telah berumahtangga dengan seorang anak, berikut adalah anggaran jumlah nilai insurans nyawa yang anda perlukan:

insurans nyawa di Malaysia

Memilih polisi insurans yang sesuai

Memilih insurans nyawa yang sesuai bergantung kepada keperluan kewangan anda dan keluarga anda untuk masa kini dan masa depan.

jenis insurans nyawa

Insurans nyawa adalah perlindungan yang penting untuk kebanyakan orang. Seperti mana dijelaskan, insurans nyawa adalah paling sesuai untuk individu yang mempunyai tanggungan dari segi kewangan, dan semakin banyak tanggungan anda, semakin tinggi nilai polisi atau jumlah insurans anda.

Ia bukan sahaja penting untuk mendapatkan insurans nyawa, ianya penting bukan mendapatkan insurans nyawa yang secukupnya supaya keluarga anda tidak terabai dari segi kewangan jika sesuatu berlaku dengan anda. Kadar purata perbelanjaan untuk setiap tanggungan adalah antara RM100,000 hingga RM150,000. Ini hanya jumlah perbelanjaan purata bagi seseorang individu untuk terus hidup untuk lima tahun sekiranya sesuatu berlaku kepada pencari nafkah utama di sesebuah keluarga.

Anda harus menentukan jumlah polisi dan jenis polisi insurans nyawa yang diperlukan supaya tidak terikat dengan perlindungan yang tidak mencukupi atau perlindungan mahal yang tidak diperlukan.

Sewaktu membuat pilihan polisi, anda harus mempertimbangkan polisi yang paling sesuai dengan peringkat hidup anda dan memahami liputan setiap satu polisi. Salah satu kesilapan umum oleh ramai orang adalah mereka gagal membuat semakan ke atas polisi mereka dari masa ke semasa.  Keperluan kita sentiasa berubah dan perlindungan insurans nyawa anda perlu mencerminkannya.

Sebagai contoh, keluarga yang baru menerima cahaya mata akan mempertingkatkan keperluan bulanan terhadap pendapatan serta keperluan untuk jangka masa panjang seperti pelan pendidikan anak.  Setiap individu dewasa semestinya menyemak polisi insurans nyawa mereka setiap beberapa tahun sekali untuk mengenalpasti ianya mendapat perlindungan yang secukupnya.

Tiada jumlah wang yang boleh mengantikan nyawa seseorang. Namun, polisi insurans nyawa boleh memberi perlindungan untuk berdepan dengan ketidaktentuan hidup.

*Artikel ini telah dikemaskini pada Januari 11, 2023.

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image