3 Pinjaman Peribadi Terbaik Untuk Golongan Pendapatan Rendah

by
Tags:
pinjaman peribadi untuk pekerja

Pada Julai 5, 2013, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan satu set langkah yang bertujuan untuk mengelak hutang isi rumah yang berlebihan dan memperkukuh amalan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama. Salah satu langkah ialah penguatkuasaan tempoh pinjaman maksimum selama 10 tahun untuk pembiayaan bagi kegunaan peribadi.

Dengan peraturan ini, peminjam perlu membayar balik hutang serta kadar faedah dalam masa yang singkat. Oleh itu, bank gemar memberikan pinjaman peribadi kepada mereka yang kaya atau mempunyai skor kredit yang tinggi. Jadi, bagaimana pula nasib golongan berpendapatan rendah yang memerlukan pinjaman peribadi untuk membayar perbelanjaan atau memulakan perniagaan kecil sendiri?

Jangan risau, beberapa bank sekarang menawarkan produk pinjaman peribadi kepada individu yang mempunyai pendapatan sederhana atau rendah.

Berikut adalah 3 pinjaman peribadi yang terbaik dari segi ciri-ciri produk dan kelayakan pendapatan minimum:

1. RHB Pembiayaan Peribadi – Easy-Pinjaman Ekspres

  • Kadar rata setahun: Dari 7.19% setahun
  • Jumlah pinjaman maximum: RM150,000
  • Kategori pinjaman:
  • Tingkat 1 – RM2,000 sehingga RM10,000
  • Tingkat 2 – RM11,000 sehingga RM50,000
  • Tempoh pinjaman: 1 hingga 7 tahun
  • Tempoh kelulusan: 10 minit
  • Pendapatan/gaji minimum: RM1,500 sebulan
  • Umur: 21-60 tahun
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia sahaja

Analisis produk:

Proses untuk mendapatkan kelulusan pinjaman peribadi RHB adalah mudah dan cepat jika anda memenuhi kesemua kriteria di atas. Produk ini sesuai untuk graduan yang baru mula bekerja.

Sebelum golongan muda boleh memperolehi pendapatan yang tinggi, mereka sudah dibebani dengan pembayaran balik hutang PTPTN, kenderaan dan juga perbelanjaan telefon bimbit.

Jadi, syarat-syarat untuk memohon pinjaman peribadi ini termasuk pendapatan minimum RM1,500 dan kewarganegaraan Malaysia.

Tetapi, pinjaman peribadi ini ada keburukannya juga. Kadar faedah rata pinjaman peribadi ini lebih tinggi berbanding dengan pinjaman peribadi dari bank-bank lain. Jika anda memohon untuk pinjaman yang lebih rendah, kadar faedah rata dan kadar faedah efektif anda boleh jadi lebih tinggi.

Oleh sebab itu, pinjaman ini terbaik untuk golongan yang boleh menjelaskan pinjaman penuh dalam tempoh yang pendek.

Walaupun begitu, kebaikannya tetap mengalahkan keburukannya. Proses permohonan produk ini senang untuk difahami, di mana jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah sehingga RM50,000 dan tempoh kelulusan tidak lebih daripada 10 minit!

Baik
Kriteria untuk pendapatan/gaji minimum adalah rendah.

Buruk
Jumlah pinjaman peribadi yang terhad dan kadar faedah yang tinggi.

Mohon Sekarang!

2. Public Islamic Bank BAE Personal Financing-i

  • Kadar faedah: 3.99% setahun hingga 4.45% setahun
  • Jumlah pinjaman maximum: RM150,000
  • Tempoh kelulusan: Seminggu hingga dua minggu
  • Tempoh pinjaman: 1 hingga 10 tahun
  • Pendapatan/gaji minimum: RM1,500 sebulan
  • Umur: 21-60 tahun
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia sahaja

Analisis produk:

Public Islamic Bank BAE Personal Financing-i dari Public Islamic Bank merupakan satu pinjaman yang amat terkenal untuk golongan berpendapatan rendah, jadi anda patut cuba produk pinjaman ini.

Anda boleh memohon produk ini dengan mudah menggunakan laman web kami, jadi proses permohonan juga jadi lebih mudah. Anda hanya perlu mengemukakan kad pengenalan, slip gaji, EPF, penyata bank dan juga bil utiliti.

Tapi jika anda tidak menggunakan laman web iMoney, permohonan untuk produk ini agak leceh kerana anda perlu ke cawangan Public Islamic Bank yang terdekat.

Kadar faedah pinjaman peribadi ini juga sangat rendah, hanya sehingga 4.45% setahun, jadi produk ini juga boleh menjadi satu pilihan yang baik untuk anda.

Jika anda mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000, anda boleh memohon untuk pinjaman sehingga RM250,000! Pinjaman ini terbaik untuk usahawan-usahawan baru atau peniaga kecil.

Baik
Kadar faedah yang rendah.

Buruk
Proses permohonan yang agak leceh.

Mohon Sekarang!

3. AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i

  • Kadar faedah efektif: 8.00% ~ 11.99% setahun
  • Jumlah pinjaman maximum: RM100,000
  • Tempoh kelulusan: 2 hari bekerja
  • Tempoh pinjaman: 1 hingga 5 tahun
  • Pendapatan/gaji minimum: RM2,000 sebulan
  • Umur: 21-60 tahun
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia yang bekerja di sektor swasta

Analisi Produk:

Pinjaman peribadi ini adalah satu produk yang sangat popular, kerana ia merupakan pilihan yang sangat baik untuk golongan berpendapatan rendah.

AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i adalah produk yang sangat baik untuk anda. Kadar faedahnya mungkin lebih tinggi dari produk dari bank lain, tapi ia masih boleh dipertimbangkan.

Permohonan pinjaman peribadi ini juga dikatakan mempunyai kadar kelulusan yang tinggi. Tempoh kelulusan juga boleh dikatakan pantas, jadi tidak banyak kelemahan didalam produk ini.

Ini ialah pinjaman peribadi yang memberikan anda kadar faedah yang agak rendah berbanding dengan yang lain.

Baik
Tempoh kelulusan yang pantas.

Buruk
Kadar faedah yang agak tinggi tapi masih boleh diterima.

Mohon Sekarang!

Tunggu apa lagi? Mohon untuk pinjaman peribadi yang paling sesuai untuk anda sekarang!

Pergi ke halaman perbandingan pinjaman peribadi kami untuk melihat pinjaman peribadi di Malaysia yang sesuai untuk anda.

Artikel ini telah dikemaskini pada Julai 24, 2024.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image