Buat keputusan #WangPintar untuk setiap detik kehidupan

Misi Kami

Wang ringgit bukanlah segala-galanya, namun ia penting untuk setiap detik kehidupan kita.

Sama ada anda sedang mencari kereta pertama atau ingin memulakan sebuah keluarga, kami sedia membantu memenuhi impian anda dengan membuat keputusan kewangan yang bijak.

Khidmat kami merangkumi alat yang ringkas dan pendapat yang bebas jargon, untuk memudahkan urusan kewangan supaya anda boleh menguruskan perihal kewangan anda dengan sepenuhnya.

Sejak dari 2012, kami telah

  • Melayan 29 juta pengguna

  • icon-customers

    Berkhidmat untuk 1.3 juta pengguna

  • icon-listed-products

    Menyenarai lebih 700 produk

  • icon-partners

    Bekerjasama dengan lebih 90 rakan kongsi dan jenama

Layanan Kami

Sama ada anda sedang mencari produk perbankan yang terbaik atau ingin tahu tempat pelaburan yang selamat, kami sedia membantu anda.

  • Mencari produk yang betul

    icon-find-product

    Pakar kami menyedia dan mengurus produk kewangan dan keperluan untuk setiap perihal kehidupan anda.

    Bandingkan harga yang terbaik atau dapatkan cadangan khas dengan hanya beberapa klik.

  • Mohon

    icon-apply

    Mohon produk yang anda mahu 100% dalam talian.

    Perlukan bantuan atau cadangan semasa memohon? Berbual bersama Ejen Perkhidmatan Pelanggan kami

  • Belajar

    icon learn

    Lengkapkan diri anda dengan tips dan gunakan alat kewangan yang bebas jargon!

    Pelbagai artikel yang bermanfaat, semakan skor kredit percuma dan BANYAK LAGI.

Perjalanan Kami

Bermulanya pada tahun 2012, azam kami untuk membantu pengguna mencapai matlamat mereka dengan membuat keputusan kewangan yang bijak telah mendorong kami untuk membawa inovasi dan menambah baik servis dan cara penyelesaian kami. Keazaman ini menjadi pemacu kami untuk berkembang daripada laman sesawang perbandingan kewangan kepada kami yang sekarang: Sebuah hab sehenti yang memudahkan pengguna untuk membuat keputusan kewangan bijak melalui teknologi inovatif dan pendapat yang bebas jargon.

Setakat ini, kami telah membantu lebih 29 juta pengguna di seluruh Malaysia dan Filipina dalam pengurusan kewangan peribadi mereka melalui perbandingan pintar, aplikasi ringkas, alat, dan tips kewangan. Kami juga telah bekerjasama dengan lebih 90 rakan kongsi servis kewangan dan agensi kerajaan untuk memperkasakan kemahiran kewangan pengguna.

Pada tahun 2020, kami menjadi sebahagian daripada JurisTech, sebuah syarikat teknologi kewangan B2B yang berpusat di Malaysia yang turut berkongsi visi kami untuk memberikan penyelesaian dan kualiti yang hebat di dalam industri kewangan.

Nilai Kami

Di iMoney, nilai-nilai utama kami telah menjadi panduan dalam usaha dan hasil kerja kami. Daripada produk-produk yang tersenarai di laman sesawang kami sehinggalah kepada kempen yang kami jalankan sendiri dan bersama rakan rasmi, kami mengutamakan nilai-nilai ini pada setiap tahap perancangan dan keputusan.

  • Integriti

    Kami mendahulukan kejujuran daripada kepentingan peribadi, untuk memastikan kami memberi nilai dan impak yang penting dalam kehidupan seharian pengguna.

  • icon-make-a-difference

    Membawa Perubahan

    Sama ada mempermudahkan permohonan pinjaman pengguna ataupun menerbitkan pos tentang bajet di Facebook, segala usaha diberikan adalah untuk membantu pengguna menguruskan kewangan dengan lebih baik.

  • Tepat dan Teliti

    Kami beraspirasi untuk memberikan perkhidmatan dan nilai yang hebat menerusi setiap interaksi bersama pengguna dan juga kakitangan kami.

  • icon-no-drama

    Tiada Drama

    Kami menerajui mentaliti “Kehidupan yang seimbang”, dengan mengusahakan penyelesaian yang terbaik untuk pengguna – dan serentak mengalakkan kehidupan kerjaya yang sihat.

  • icon-enterprising

    Berinisiatif

    Kami percaya bahaya setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian tersendiri dan kami tidak takut untuk berfikir di luar kelaziman.

  • icon yearn to learn

    Keinginan untuk Belajar

    Kami sentiasa inginkan pembelajaran, agar pengguna dapat menyambut seruan kami untuk menikmati masa depan kewangan yang lebih cerah.

Kenali Kami

  • See Wai Hun
    See Wai Hun
    Chief Executive Officer
  • Naaman Lee
    Naaman Lee
    Chief Operations Officer
  • John Lim
    John Lim
    Chief Technology Officer
  • A picture of Yap Ken Han
    Yap Ken Han
    General Manager of iMoney Group
  • athirah kamarzaman
    Athirah Kamarzaman
    Head of Digital
  • carolina cheah
    Carolina Cheah
    Head of Content
  • Fairil Emran
    Fairil Emran
    Business Development Manager
  • Melissa Sim
    Melissa Sim
    Head of Tech
  • nadia sanford
    Nadia Sanford
    Art Director
  • Rekha Sambamoordy
    Rekha Sambamoordy
    Head of CCA
  • wasiim mohummud
    Wasiim Peerun
    Head of Commercial