Kenyataan Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi iMoney

Tumpuan iMoney adalah pemberdayaan pilihan pengguna, iaitu melalui pembekalan semua maklumat yang anda perlukan untuk membuat keputusan kewangan yang bijak. Untuk menunjukkan bahawa kami menghargai privasi anda, kami memberi kuasa kepada anda untuk membuat keputusan mengenai maklumat peribadi yang anda kongsi dengan kami, dan memaklumkan kepada anda bagaimana kami menggunakannya maklumat tersebut.

Lagipun, membuat keputusan yang bijak merupakan fokus iMoney.

  • iMoney melindungi maklumat peribadi anda dengan mematuhi undang-undang Koperasi mengenai perlindungan data peribadi di Malaysia, iaitu Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), yang mula berkuatkuasa pada 15 November 2013. Kenyataan dasar ini memberi butiran bagaimana iMoney mengumpul dan menggunakan data peribadi anda, dan memberitahu anda mengenai langkah-langkah perlidungan data peribadi yang dilaksanakan oleh kami. Apabila menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan pengumpulan, pemindahan, manipulasi, penyimpanan, pendedahan dan kegunaan lain pada maklumat anda hanya seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi.

  • Anda kekal tanpa nama (anonymous) apabila anda melayari laman web ini melainkan jika anda mendaftar untuk perkhidmatan dalam talian dari iMoney atau pembekal pihak ketiga melalui laman web ini. Kami tidak mengumpul maklumat peribadi jika anda hanya melayari laman web ini. Untuk mengakses perkhidmatan kami, atau memproses transaksi antara anda dan pihak ketiga, kami boleh meminta maklumat peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel atau nombor kad pengenalan, dan maklumat-maklumat lain yang boleh digunakan untuk mengenal pasti identiti anda.

    Perkhidmatan kami mungkin mengandungi pautan ke perkhidmatan atau laman web pihak ketiga, termasuk pembekal, rakan kongsi atau rakan kerjasama laman mikro di laman web ini. Perkhidmatan dan laman web pihak ketiga tersebut mempunyai dasar privasi dan terma dan syaratnya sendiri. Kami menasihatkan anda membacanya sebelum menggunakan perkhidmatan atau laman web pihak ketiga.

  • Money mengumpul maklumat peribadi daripada anda hanya apabila anda memilih untuk mendaftar dan / atau menggunakan perkhidmatan kami, sebagai contoh dalam proses permohonan produk kewangan atau perkhidmatan yang dibentangkan di laman web kami. Maklumat peribadi ini merangkumi maklumat yang dibekalkan kepada kami apabila anda secara sukarela daftar dan hantar log masuk atau mengisi borang permohonan yang dibentangkan di laman web kami yang membolehkan anda untuk dikenal pasti. Apabila anda membekalkan maklumat peribadi secara sukarela, anda mengaku janji bahawa maklumat yang dibekalkan adalah tepat dan tidak menjejaskan kepentingan mana-mana pihak ketiga.

  • Setelah kami diberikan kebenaran, kami boleh mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

    • Merujuk anda kepada produk kewangan dan / atau institusi kewangan (atau wakil-wakil mereka yang diberi kuasa) yang ditentukan oleh anda semasa melengkapkan borang permohonan di laman web kami; dan/atau
    • Untuk membolehkan anda untuk mengakses dan menggunakan perkhidmatan iMoney, laman web utama kami (termasuk mana-mana laman mikro); dan/atau
    • Untuk memperibadikan dan mempertingkatkan keseluruhan aspek-aspek perkhidmatan kami kepada anda dan pengguna-pengguna kami yang lain, serta menjalankan penyelidikan seperti menganalisis trend pasaran dan demografi pelanggan; dan/atau
    • Untuk berkomunikasi dengan anda, bagi mengesahkan maklumat peribadi yang diberikan, atau untuk meminta maklumat tambahan yang penting untuk memenuhi khidmat yang dipohonoleh anda; dan/atau
    • Untuk menghantar maklumat mengenai acara-acara, produk dan perkhidmatan yang kami mungkin menarik minat anda, sama ada secara langsung dari kami atau pembekal pihak ketiga, rakan kongsi atau rakan kerjasama kami.

    Semua penyediaan data peribadi adalah secara sukarela. Walaubagaimanapun, jika anda tidak membuat keputusan untuk membekalkan kami dengan mana-mana data peribadi anda, kami mungkin tidak dapat membekalkan anda dengan produk / perkhidmatan yang diminta, dan dalam keadaan tertentu, ia akan menjejaskan hubungan perniagaan kami dengan anda.

     

  • iMoney boleh mendedahkan dan memindahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga termasuk:

    1. jika diperlukan oleh mana-mana pihak berkuasa bidang kuasa yang kompeten;
    2. untuk melaksanakan obligasi undang-undang yang dikenakan kepada kami oleh undang-undang atau menurut perintah mahkamah bidang kuasa kompeten;
    3. institusi-institusi kewangan, di mana produk institusi-institusi tersebut telah disenaraikan di laman web iMoney, dan / atau wakil yang diberi kuasa;
    4. kepada juruaudit kami, perunding, akauntan, atau penasihat kewangan atau professional-profesional lain yang diperlukan untuk audit korporat atau untuk menyiasat atau bertindak balas terhadap aduan atau ancaman keselamatan;
    5. kepada mana-mana perbadanan berkaitan kami, ahli gabungan, serta syarikat sekutu kami, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; dan
    6. kepada rakan kongsi kami dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga lain yang menyediakan perkhidmatan bagi pihak kami atau apabila kami bekerjasama pihak tersebut berkenaan dengan produk atau perkhidmatan tertentu (“Penyedia”). Penyedia tersebut berkemungkin menyediakan penyelenggaraan teknologi atau bekerja untuk pihak kami untuk membantu memenuhi transaksi perniagaan, seperti menyediakan perkhidmatan pengkomputeran awan (cloud computing service). Penyedia tersebut juga dapat mengumpulkan maklumat bagi pihak kami di laman web kami. Penyedia akan diperlukan untuk mematuhi syarat-syarat dasar privasi kami dan tidak boleh menggunakan maklumat peribadi anda selain dari pihak kami dan tertakluk pada kontrak yang melindungi kerahsiaan maklumat tersebut.
    7. kepada organisasi pihak ketiga, pembekal, rakan sekutu atau rakan kongsi yang kami mungkin bekerjasama dalam hal produk, perkhidmatan, kempen atau acara tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembangunan laman mikro. Pihak ketiga tersebut mempunyai dasar polisi dan terma dan syarat mereka sendiri. Kami menasihatkan anda untuk membaca dasar privasi pembekal dan memahami tujuan penggunaan maklumat peribadi anda.

    Selaras dengan perkhidmatan kami kepada anda dan/atau sebahagian daripada operasi kami, sebarang data peribadi anda berkemungkinan dipindahkan, diakses, disimpan atau diproses bawah bidang kuasa lain, seperti Amerika Syarikat, di mana undang-undang perlindungan data peribadinya mungkin berbeza dari Malaysia. Dalam situasi sedemikian, kami akan menangani data peribadi anda bersesuaian Kenyataan Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi iMoney ini dan memastikan bahawa pemproses data kami mematuhi perlindungan data peribadi tersebut.

  • Maklumat yang dikumpulkan akan disimpan untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan penggunaan data yang dinyatakan dalam seksyen 4 di atas sahaja. Sepanjang tempoh ini, iMoney komited kepada segala usaha yang munasabah dan langkah-langkah praktikal untuk memastikan bahawa data yang dikumpul dilindungi daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan. Kami berjanji untuk melindungi kerahsiaan data anda untuk tujuan yang dinyatakan dalam seksyen 4 sahaja, dan untuk memastikan privasi data anda. Kami akan memastikan bahawa data peribadi anda akan dipadamkan secara kekal sebaik sahaja ia tidak lagi diperlukan untuk memenuhi tujuan asalnya, atau sebagaimana yang dikehendaki di sisi undang-undang.

  • iMoney mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa maklumat anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan dikemaskini, selaras dengan tujuan maklumat tersebut dikumpulkan.

    Sila tulis kepada kami melalui butiran hubungan di Seksyen 8 di bawah jika anda ingin mengakses atau meminda maklumat peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskini. Kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk menampung permintaan bagi akses dan perubahan maklumat.Dengan cara yang sama , sila hubungi kami jika anda ingin menarik balik persetujuan bagi penggunaan maklumat peribadi anda.

  • Anda bersetuju bahawa kami berhak untuk menghubungi anda melalui e-mel, pos, telefon, WhatsApp atau teks tentang produk, perkhidmatan dan tawaran lain yang kami berpendapat bahawa mungkin menarik minat anda.

    Setiap kali anda membekalkan maklumat peribadi kepada kami, kami akan memberi anda peluang untuk memberitahu kami jika anda tidak bersetuju dengan pengunaan dan pengongsian oleh kami dan orang lain maklumat anda untuk tujuan pemasaran. Melainkan jika anda memberitahu kami sebaliknya, bahawa anda bersetuju kepada penggunaan tersebut.

    Sebarang komunikasi pemasaran elektronik yang kami hantar akan mengandungi arahan yang jelas dan ringkas untuk diikuti jika anda ingin menghentikan langganan (unsubscribe) pada bila-bila masa.

    Jika anda:

    • tidak lagi mahu dihubungi oleh kami;
    • ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda;
    • ingin mengakses atau membetulkan data peribadi anda;
    • mempunyai pertanyaan lanjut; atau
    • ingin membuat aduan berkenaan dengan data peribadi anda

    Anda boleh memberitahu kami pada bila-bila masa sahaja dengan menghubungi

    Pengawai Dasar Privasi iMoney

    Address:
    Unit 25-01, Level 25, Tower B,
    The Vertical Business Suites,
    Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi,
    59200 Kuala Lumpur, Malaysia

    Email: privacy@imoney-group.com
    Tel: +603 2856 1800

    Anda juga boleh meminta kami pada bila-bila masa untuk menghentikan pemberian maklumat anda kepada pihak-pihak ketiga untuk tujuan pemasaran, dan kami akan memenuhi mengikuti permintaan tersebut.

  • Dalam usaha untuk memastikan Perkhidmatan yang kami bekalkan kepada anda akan terus memenuhi keperluan anda, kami boleh meminta anda untuk memberi maklum balas mengenai pengalaman anda semasa menggunakan laman web ini. Sebarang maklum balas yang anda berikan hanya akan digunakan sebagai sebahagian daripada program kami untuk penambahbaikan yang berterusan dan tidak akan diterbitkan di laman web.

  • Jika anda membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan atau produk pembekal pihak ketiga atau menyertai acara pembekal pihak ketiga atau memasuki kontrak dengan pembekal pihak ketiga melalui laman web ini (termasuk laman mikro), maklumat yang anda bekalkan kepada kami bersama-sama dengan apa-apa maklumat lanjut yang diminta oleh pembekal pihak ketiga, dan yang dibekalkan oleh anda atau kami kepada pembekal pihak ketiga tersebut akan diadakan oleh pembekal tersebut untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam dasar privasi pembekal tersebut. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membaca dasar privasi pembekal yang berkaitan dan memahami tujuan pengunaan maklumat peribadi anda sebelum menggunakan perkhidmatan atau product, menyertai acara atau memasuki kontrak. Kami tidak bertanggungjawab ke atas penggunaan maklumat peribadi anda oleh pembekal-pembekal tersebut.

  • Cookie ialah satu fail teks yang sangat kecil yang diletakkan pada komputer anda. Cookies membantu kami untuk:

    • memahami tabiat melayari laman web ini;
    • memahami bilangan pelawat ke laman web ini dan halaman-halaman yang dilawati; dan
    • mengingati anda apabila anda kembali ke laman web ini supaya kami boleh menyediakan anda dengan pengalaman pelayaran yang lebih baik.

    Kebanyakan cookies akan dipadam sebaik sahaja anda menutup penyemak imbas (browser) anda, ini dikenali sebagai session cookies. Cookies yang lain dikenali sebagai persistent cookies dan akan disimpan di dalam komputer anda sehingga anda memadamkannya atau ia tamat tempoh. Dengan menggunakan Perkhidmatan ini, anda bersetuju kepada pengunaan cookies oleh kami.

    Laman web ini menggunakan cookies berikut:

    Google Analytics
    Cookie Google Analytics membolehkan kami melihat maklumat mengenai aktiviti pengguna laman web, termasuk tetapi tidak terhad kepada paparan halaman (page view), rujukan (referrals) dan masa purata yang digunakan oleh penguna ketika melayari laman web ini. Maklumat tersebut akan dipaparkan sebagai nombor sahaja dan ini bermakna ia tidak boleh dikesan kembali kepada seseorang individu. Proses ini akan membantu untuk melindungi privasi anda. Dengan menggunakan Google Analytics, kami dapat mengenalpasti kandungan yang popular di laman web kami, dan membolehkan kami berusaha untuk memastikan anda mempunyai pengalaman pengguna (user experience) yang terbaik mungkin.

    DoubleClick
    Kami menggunakan kod pemasaran semula (remarketing codes) Google Analytics untuk mencatat pandangan halaman tertentu oleh penguna-penguna ataupun tindakan tertentu yang diambil oleh penguna pada laman web ini. Ini membolehkan kami untuk menyediakan pengiklanan yang disasarkan (targeted advertising) pada masa hadapan. Anda boleh memilih untuk menyekat atau memadam cookies melalui tetapan penyemak imbas (browser settings) anda. Jika anda membuat keputusan untuk menyekat atau memadam cookies kami, anda tidak akan menikmati rangkaian penuh Perkhidmatan kami dan ini boleh menjejaskan prestasi laman web kami pada sistem anda.

  • Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribada iMoney (“Dasar”) ini dalam Bahasa Inggeris dengan Dasar ini dalam Bahasa Malaysia yang sepadan dengannya, terma-terma Dasar dalam Bahasa Inggeris akan mengatasinya.

kemaskini pada 21 February 2022