Bagaimanakah Saya Memohon Pinjaman PTPTN?

Bagaimanakah Saya Memohon Pinjaman PTPTN?

Menurut mendiang Nelson Mandela, pendidikan adalah senjata yang paling berkuasa untuk kita mengubah dunia ini. Sebenarnya, pendidikan yang betul adalah legasi paling baik daripada ibu bapa untuk anak-anak mereka. Namun demikian bukan semua ibu bapa berupaya untuk menghantar anak-anak mereka ke universiti.

Dengan beban kos pendidikan yang kian meningkat, anak-anak yang ibu bapanya tidak mampu untuk membiayai mereka harus beralih kepada bantuan biasiswa ataupun pinjaman pendidikan sekiranya permohonan bantuan biasiswa tidak berjaya.

Salah satu pinjaman pendidikan yang paling sesuai dengan kadar bunga yang paling rendah adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Berikut adalah contoh pengiraannya:

Advertisement
Jenis Pinjaman PendidikanJumlah PinjamanKadar BungaJangka Waktu Bayaran (Tahun) Bayaran balikJumlah Kadar Bunga
PTPTNRM60,0003%10RM71,759RM11,759
PTPTN 
(berdasarkan Ujrah)
RM60,0001%10RM66,000RM6,000
Bank KomersilRM60,0008%10RM95,329RM35,329

Berbanding dengan bank komersil tempatan yang lain, anda boleh menjimat sekurang-kurangnya RM23,570 apabila anda memohon pinjaman PTPTN.

Berikut adalah segala maklumat yang anda perlu ketahui untuk memohon pinjaman PTPTN:

1. Adakah saya layak untuk memohon PTPTN?

Berikut adalah senarai kriteria kelayakan untuk permohonan PTPTN:

[contact-form-7 id=”24982″ title=”PTPTN Checklist_malay”]

Sekiranya anda telah memenuhi semua kriteria di atas, maka anda layak untuk memohon PTPTN.

2.Adakah PTPTN merangkumi semua lapisan pembelajaran?

Tahap PendidikanInstitusi yang diluluskan PTPTN
IPTAIPTSPoliteknik
Pendidikan AsasTidakYa*Tidak
Diploma Sepenuh MasaYaYaYa
Diploma Setengah MasaYaYa #Ya
Diploma Jarak JauhYaTidakTidak
Diploma LanjutanYaTidakYa
Ijazah Sepenuh MasaYaYaTidak
Ijazah Separuh MasaYaYa #Tidak
Ijazah SarjanaYaTidakTidak
PhDYaTidakTidak
Kursus Profesional YaTidakTidak

* Terhad kepada pelajar di MMU, UNITEN, UTP, UNIRAZAK dan UNITAR.
# Terhad kepada pelajar di UNITEM, UNITAR, WOU dan AeU.

3. Adakah PTPTN akan membiayai pendidikan luar negara saya atau kursus yang berkaitan?

a. Program Pra Universiti Negara Asing
PTPTN tidak membiayai program pra-universiti negara asing seperti A-levels, Sijil Pra Universiti (CPU), International Baccalaureate (IB) atau Matrikulasi Australia (AUSMAT).

b. Program Berkembar
Untuk program berkembar, PTPTN hanya membiayai kursus yang dihadiri di Malaysia. Contohnya, sekiranya anda menghadiri kursus Program Berkembar Kejuruteraan selama empat tahun dengan dua tahun pertama di Malaysia dan dua tahun kemudian di London, maka PTPTN hanya membiayai perbelanjaan untuk kursus dua tahun yang pertama. Anda harus membiayainya sendiri selepas itu, ataupun memohon biasiswa atau pinjaman pendidikan swasta.

c. Program Pendidikan Luar Negara
Sekiranya anda sedang merancang untuk belajar di luar negara sepenuhnya, maka ini tidak termasuk di lingkungan PTPTN. Anda harus bergantung kepada biasiswa atau pinjaman pendidikan swasta yang lain.

PTPTN loanImej dari usnews.com

4. Berapakah jumlah pinjaman yang saya berhak?

Terdapat dua aspek yang dipertimbangkan PTPTN sebelum menentukan jumlah pinjaman yang anda berhak:

a. Status Dan Jumlah Pendapatan Ibu Bapa atau Penjaga
Jumlah pinjaman PTPTN adalah ditentukan berdasarkanstatus ibu bapa dan pelajar sama ada merupakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau tidak dan juga jumlah pendapatan bersih ibu bapa atau penjaga, selepas ditolak jumlah tangunggan.

Pinjaman PendidikanJumlah Pendapatan Isirumah Bersih Bulanan (RM)
Maksimum (100%)Penerima BR1M
75% daripada maksimumBUKAN penerima BR1M dan pendapatan sehingga RM8,000
50% daripada maksimumBukan penerima BR1M dan pendapatan melebihi RM8,000

b. Kursus atau Institusi
Bergantung kepada institusi, kursus, tahap pendidikan dan jangka waktu (sepenuh atau separuh masa) yang anda hadiri:

Sepenuh Masa:

INSTITUSITAHAP PENDIDIKANJUMLAH PINJAMAN TAHUNAN (RM)
100% 
(RM)
75% 
(RM)
50% 
(RM)
IPTA & POLITEKNIK**Diploma**4,7503,5602,380
Ijazah6,6504,9903,330
Ijazah (Seni)6,1804,6303,090
Ijazah Sarjana9,5007,1304,750
PhD24,70018,53012,350
Kursus Profesional5,7004,2802,850
IPTSPendidikan Asas6,8005,1003,400
Diploma6,8005,1003,400
Diploma (Farmasi, Pergigian dan Sains Kesihatan)12,7509,5606,380
Ijazah (Sains)14,03010,5207,010
Ijazah (Seni)13,60010,2006,800
Ijazah (Farmasi, Pergigian dan Sains Kesihatan)17,00012,7508,500
Ijazah Perubatan (MBBS)30,00030,00030,000

Separuh Masa: 

INSTITUSITAHAP PENDIDIKANJUMLAH PINJAMAN TAHUNAN (RM)
IPTA & POLITEKNIK**Diploma**4,750
Ijazah6,180
Ijazah Sarjana9,500
PhD24,700
Kursus Profesional5,700
IPTSDiploma3,150
Ijazah3,570

* Pinjaman PTPTN untuk separuh masa di IPTS hanya untuk OUM, WOU, UniRazak, AeU and Unitar.
** Pembiayaian untuk politeknik hanya meliputi tahap Diploma.

5. Bagaimana untuk saya memohon pinjaman PTPTN?

Langkah Pertama Memohon akaun simpanan di bank yang ditetapkan oleh institusi berkenaan: 

Senarai rujukan bank untuk pelajar IPTA dan Politeknik

Senarai rujukan bank untuk pelajar IPTS
Langkah KeduaBeli satu no pin berharga RM5.00 dari mana mana cawangan Bank Simpanan Nasional.

No pin ini hanya sah selama 6 bulan dan anda harus memohon no pin baru selepas itu.

Anda harus masukan no pin ini ke dalam kolum no PTPTN apabila anda memohon pinjaman PTPTN di talian.

No pin ini adalah unik untuk setiap pengguna dan anda akan menggunakan pin ini untuk semua urusan PTPTN.
Langkah KetigaBuka akaun simpanan SSPN-i di Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam ataupun Agrobank untuk mendapatkan nombor akaun simpanan SSPN-i
Langkah KeempatAnda boleh memohon pinjaman PTPTN melalui laman web PTPTN di talian. Terdapat banyak borang yang harus dilengkapi dengan keperluan yang ketat, maka garis panduan untuk setiap langkah proses pemohonan telahpun disertakan.

Cara untuk mengisi borang di talian
Langkah KelimaPemohon yang berjaya harus mendaftar masuk ke laman web PTPTN untuk mencetak dokumen tertentu.
Langkah KeenamCetak dan hantarkan semua dokumen berkenaan kepada pegawai PTPTN di institusi anda.

Maklumat Permohonan Pembiayaan yang boleh dicetak di butang CETAK MAKLUMAT di dalam Portal Rasmi PTPTN, Permohonan Online yang telah didaftarkan sebelum ini.

Salinan Kad Pengenalan. Salinan fotokopi muka hadapan dan belakang kad pengenalan tersebut perlu dilakukan pada muka surat yang sama.

Salinan slip transkrip Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) sekiranya tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil.

Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT. IPT tersebut perlu mengesahkan surat ini.

Salinan Buku Akaun (muka surat yang tercatat nombor akaun)/ Slip Deposit Bank/ Pengesahan Nombor Akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT.

Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain seperti STPM/Diploma/Matrikulasi/Ijazah/Sarjana.

Salinan Slip Gaji/ Borang Cukai Pendapatan Individu/ Kad Pesara/ Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Pendapatan/Surat Pengesahan Tidak Bekerja (Salinan anda sekiranya anda bekerja atau salinan ibu bapa/penjaga atau pasangan jika sudah berkahwin).

Surat Pengesahan/ Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/ Pusat Zakat sekiranya anda atau ibu bapa/penjaga anda menerima bantuan bulanan dari Agensi berkenaan.

Surat Pengesahan Pengalaman Kerja daripada Majikan (jika anda bekerja).

6. Bilakah saya patut memohon PTPTN?

Kebanyakan orang tidak menyedari bahawa pemohonan di laman web PTPTN adalah tertakluk kepada tarikh yang ditetapkan oleh IPTA atau IPTS tertentu. Kedua-dua IPTA dan IPTS menawarkan tarikh yang berbeza untuk pemohonan pinjaman yang popular ini.

Kamu dinasihati untuk membuat rujukan di bahagian hal ehwal pelajar di institusi tertentu untuk kepastian.

7. Adakah saya perlu membayar insuran untuk pinjaman PTPTN?

Selain daripada itu, pelajar dikehendaki untuk membayar insuran ke atas jumlah pinjaman. Insuran ini adalah bertujuan untuk melindungi pinjaman ini berdasarkan jangka waktu pembelajaran dan jangka masa pembayaran balik. Insuran ini akan ditolak oleh PTPTN setiap semester apabila pinjaman diagihkan.

PTPTN loanImej dari expertbeacon.com

8. Bilakah saya akan menerima pinjaman kewangan?

Pinjaman akan diagihkan kali pertama apabila perjanjian pinjaman telah diselesaikan dan diterima oleh PTPTN. Tempoh sah laku tawaran adalah 14 hari daripada tarikh Surat Tawaran. Pengagihan yang seterusnya akan disalurkan apabila PTPTN menerima status pembelajaran pelajar dari institusi tertentu. Pengagihan akan disalurkan kepada akaun pelajar melainkan terdapat arahan lain.

Jangka waktu untuk pinjaman adalah berdasarkan semester apabila pemohonan dibuat. Sekiranya pinjaman dibuat di semester kedua, maka kelulusan akan diberi untuk semester kedua dan kemudianya sehingga tamat pengajian.

9. Bolehkah saya memohon pinjaman kedua untuk membiayai pelanjutan pendidikan saya?

Ya, anda boleh berbuat demikian. Namun, anda harus melanjutkan pengajian ke tahap seterusnya, berbanding pinjaman yang terdahulu. Contohnya, anda telah dibiayai pinjaman untuk ijazah anda dan anda ingin meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana. Anda tidak perlu membayar balik pinjaman yang pertama sehingga anda habis pengajian di bawah pinjaman yang kedua. Selepas habis pengajian, anda perlu mula membayar balik kedua-dua pinjaman itu.

Sekiranya anda ingin memohon pinjaman kedua PTPTN untuk ijazah kedua maka anda dikehendaki untuk membayar balik pinjaman pertama anda sebelum anda boleh memohon pinjaman kedua.

Proses pemohonan untuk pinjaman kedua adalah sama sekali dengan pinjaman pertama.

10. Apakah akibatnya jika saya gagal melangsaikan pinjaman PTPTN saya?

Anda akan bertanggung jawab untuk membayar balik kesemua jumlah wang yang diterima daripada PTPTN dan kos-kos lain termasuk yuran, liputan insuran dan duti setem yang dinyatakan dalam surat tawaran pinjaman PTPTN. Anda akan dikecualikan dari membayar balik pinjaman PTPTN sekiranya anda mencapai keputusan Penghormatan Kelas Pertama untuk ijazah anda. Kalau tidak, pembayaran balik akan bermula enam bulan selepas anda habis pengajian.

Sekiranya anda gagal berbuat demikian, anda akan menerima notis pada bulan ketujuh selepas tamat pengajian anda. Sekiranya anda gagal untuk memberi sebarang pembalasan dalam tempoh 60 hari, anda akan menerima Peringatan Pertama. Anda diingati untuk membuat bayaran dalam tempoh 60 hari atau Peringatan Kedua akan dikeluarkan. Anda harus membuat pembayaran atau membalas dalam tempoh 90 hari.

Sekiranya anda gagal berbuat demikian, anda akan menerima notis Peringatan Terakhir dari PTPTN atau peguam mereka. Anda diingati untuk membuat bayaran dalam tempoh 90 hari.

Sekiranya anda gagal berbuat demikian, anda akan menerima Surat Tuntutan. Anda diwajibkan untuk membayar segala tuntutan yang dinyatakan dalam Surat Tuntutan. Sekiranya Surat Tuntutan ini dikembalikan oleh POS Malaysia, PTPTN akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anda.

PTPTN loansImej dari shortversionbycleo.com

Sewaktu anda menerima Surat Tuntutan, PTPTN akan menyenaraikan nama anda dalam senarai hitam di mana anda akan dilarang daripada meninggalkan negara dengan bantuan Jabatan Imigresen. Anda juga tidak dibenarkan untuk memohon atau memperbaharui pasport anda.

Untuk mengeluarkan nama anda dari senarai hitam, anda haruslah melangsaikan pinjaman PTPTN sekaligus. Namun, anda masih boleh membuat rundingan untuk membayar balik pinjaman secara ansuran atau cara bayaran yang lain di tahap ini.

Sekiranya anda masih tidak membuat sebarang maklum balas dalam tempoh 6 bulan selepas menerima Surat Tuntutan, anda akan dikenakan saman penguatkuasa. Berikutan itu, anda harus membayar sekaligus jumlah pinjaman termasuk kos guaman. Pelaksanaan kehakiman akan dibuat terhadap anda sekiranya anda gagal untuk membayar balik sekaligus.

Kegagalan untuk membayar balik pinjaman juga akan mengakibatkan anda mempunyai rekod buruk di dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS).

Diterjemahkan oleh Wong Hua Ying.

Leave your comment