Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perkara Asas Dalam Perjanjian Sewa-Beli Kereta

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perkara Asas Dalam Perjanjian Sewa-Beli Kereta

Perjanjian sewa-beli adalah konsep yang digunakan untuk membeli aset atau barang yang berkos tinggi.

Pembeli boleh membuat bayaran muka dahulu dan kemudian menyelesaikan baki pembayaran dalam bentuk ansuran bersama kadar faedah/keuntungan.

Apa itu perjanjian sewa-beli?

Namun, jangan keliru antara perjanjian sewa-beli dan ansuran biasa. Kebiasaannya, ansuran biasa memberikan hak pemilikan kepada pembeli secara serta-merta sebaik sahaja kontrak dipersetujui bersama penjual. Bagi perjanjian sewa-beli pula, hak pemilikan hanya diberikan kepada pembeli selepas keseluruhan pembayaran dilakukan.

Anda mungkin telah melihat banyak istilah perjanjian sewa-beli. Berikut adalah senarai istilah dalam perjanjian sewa-beli.

  • Persediaan dokumen. Dokumen asas yang anda perlu sediakan sebelum memasuki perjanjian sewa-beli termasuklah dokumen pendapatan terakhir, kad pengenalan, penyata bank dan dokumen berkenaan barangan tersebut (bergantung sama ada barangan tersebut baru atau terpakai).
  • Perjanjian. Perjanjian sewa-beli haruslah berada dalam bentuk bertulis dan mematuhi syarat-syarat seperti yang telah digariskan dalam Akta Sewa-Beli 1967. Jika tidak,  perjanjian ini akan dibatalkan.
  • Penjamin. Bagi menyokong permohonan anda, pihak bank mungkin akan meminta anda menamakan seorang penjamin. Penjamin adalah seseorang yang akan menjamin perjanjian sewa-beli anda sekiranya anda gagal memenuhi komitmen bulanan.
  • Pendahuluan. Kebiasaannya, anda perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 10% daripada nilai kenderaan anda. Sebagai peringatan, sesetengah pihak bank juga mungkin memerlukan peratusan yang lebih tinggi.
  • Margin kewangan. Dalam pembiayaan sewa-beli, anda selalunya boleh mendapat pembiayaan sehingga 90% (daripada nilai kereta) bank.
  • Kadar faedah. Kadar faedah dan keuntungan sewa-beli anda adalah berbeza yang bergantung pada rundingan anda dengan pihak bank. Kebiasaannya, kadar faedah boleh menjadi tetap (rata) atau boleh-ubah. Kadar faedah tetap atau rata tidak akan berubah, namun begitu ia selalunya lebih tinggi berbanding kadar boleh-ubah. Sebaliknya, kadar faedah boleh-ubah boleh berubah mengikut kadar pinjaman asas (BLR) bank, dan dikira berdasarkan baki belum jelas perjanjian sewa-beli anda.
  • Insurans kereta. Di Malaysia, anda perlu memastikan kereta anda diinsurankan, dan insuran kereta anda diperbaharui setiap tahun. Ini biasanya adalah salah satu syarat dalam kontrak sewa-beli anda.
  • Pembayaran. Terdapat yuran penalti untuk pembayaran lewat ke atas pembiayaan sewa-beli anda. Sekiranya terdapat kegagalan membuat pembayaran, kereta anda boleh ditarik oleh bank.

Proses perjanjian sewa-beli

Tugas dan tanggungjawab anda dalam perjanjian sewa-beli

Di bawah perjanjian sewa-beli, tanggungjawab utama anda ialah mematuhi perjanjian tersebut. Perkara yang perlu diawasi adalah:

  • Membayar ansuran bulanan berserta dengan faedah yang dipersetujui kepada pembiaya pada masanya.
  • Memegang sesuatu aset atau barangan tidak bermaksud anda memilikinya, jadi ingatlah supaya konsep ini tidak menjejaskan hak anda atas mana-mana bahagian kenderaan anda sehinggalah anda telah menjelaskan semua hutang yang terdapat pada perjanjian sewa-beli tersebut.
  • Anda dinasihatkan untuk menyimpan satu salinan perjanjian, segala resit pembayaran dan dokumen asal dan salinan di tempat yang selamat.

Apa yang paling penting untuk anda lakukan semasa membuat keputusan adalah membaca seluruh terma dan syarat yang dinyatakan dalam perjanjian sewa-beli. Sebagai pengguna, anda berhak untuk mengetahui segala hak anda.

Artikel ini diterbitkan pertama kali pada tahun 2012 dan telah dikemaskini pada tahun 2023 untuk maklumat yang lebih terkini dan tepat.

 

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.