Sejauh mana kemampuan pemilikan rumah anda?

Adakah anda sudah bersedia untuk melompat ke kolam hartanah sebagai pembeli rumah kali pertama? Dengan kenaikan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) yang menggalakkan melalui Bajet 2014, mungkin rumah impian anda kini mampu menjadi realiti

Memandangkan anda sudah bersedia, tahukah anda jenis hartanah dan titik harga yang anda patut pertimbangkan? Penentuan kemampuan pemilikan rumah tidaklah semudah yang disangka. Mampukah anda membeli kondominium baru berdekatan dengan kota? Atau anda hanya mampu membeli apartmen di pinggir bandar.

Berapa jumlah wang yang anda perlukan untuk membeli hartanah bernilai RM300,000? Mampukah anda menanggung bayaran pendahuluan atau ansuran bulanan dengan gaji semasa anda?

Sebelum anda mula menjelajahi senarai hartanah, lihat dengan teliti keadaan kewangan anda dan tentukan nilai realistik yang anda boleh bayar.

Berapa nilai kemampuan anda?

Untuk menentukan titik harga mampu milik hartanah pertama anda, terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan. Ini termasuklah pendapatan bulanan anda, jumlah wang yang anda punyai dan berapa nilai yang anda boleh pinjam.

Jumlah pinjaman anda bergantung kepada beberapa faktor, antaranya nilai pasaran atau harga pembelian rumah anda, jenis hartanah (kediaman atau komersial), lokasi hartanah, serta profil anda (contohnya umur dan tahap pendapatan).

Untuk menentukan harga hartanah maksimum yang anda mampu miliki, adalah baik untuk memastikan jumlah ansuran bulanan untuk semua pinjaman tertunggak anda, serta bakal pinjaman perumahan tidak melebihi 70% dari gaji bersih anda. Gaji bersih merujuk kepada pendapatan anda setelah ditolak caruman KWSP dan cukai pendapatan sebagai contoh.

Merujuk kepada profil contoh di bawah, pembeli adalah layak untuk mendapatkan tempoh maksimum pinjaman perumahan sehingga 35 tahun. Untuk pembeli yang berumur di atas 30 tahun, tempoh maksimum ini terikat kepada umur peminjam. Kebanyakan bank menetapkan peminjam untuk membayar semula pinjaman perumahan mereka secara penuh sebelum mereka berumur 65 atau 70 tahun.

Berikut adalah pecahannya:

housing affordability BM

Berdasarkan pengiraan di atas, jumlah ansuran bulanan serta komitmen hutang lain tidak melebihi 70% dari pendapatan bersih bulanan. Maka, dengan gaji bulanan (bersih) sebanyak RM3,500, anda mempunyai kemampuan untuk memiliki hartanah bernilai RM400,000.

Lebih memudahkan lagi, anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan yang disediakan untuk mengira pembayaran balik bulanan pinjaman perumahan. Berdasarkan ansuran bulanan tersebut, anda akan tahu kemampuan pemilikan rumah berdasarkan gaji bersih semasa anda.

hl-620x100-bm

Bagaimana dengan bayaran pendahuluan?

Semuanya tidak berkisar tentang ansuran bulanan sahaja – kos terbesar dalam pembelian rumah ialah bayaran pendahuluan ke atas hartanah iaitu sebanyak 10%. Tapi bukan sekadar itu sahaja.

Pembeli rumah kali pertama mungkin tidak tahu tentang ini; tetapi pembelian dan pembiayaan sebuah rumah bukan sahaja melibatkan bayaran pendahuluan dan pinjaman sahaja. Terdapat pelbagai yuran serta caj lain yang terlibat. Di bawah adalah anggaran* yuran dan caj yang mungkin perlu ditanggung:

1) Duti setem untuk pemindahan hakmilik (juga dikenali sebagai Memorandum of Transfer atau MOT)

  • 1% untuk jumlah RM100,000 yang pertama
  • 2% ke atas RM400,000 yang seterusnya
  • 3% ke atas jumlah berikutnya

2) Perjanjian Jual Beli (SPA) – Yuran guaman

  • 1% untuk jumlah RM150,000 yang pertama
  • 0.7% ke atas baki hartanah yang bernilai di bawah RM1 juta

3) Stamping untuk SPA – Kurang dari seratus Ringgit
4) Yuran guaman pembayaran keluar pinjaman SPA – Beberapa ratus ringgit
5) Yuran guaman perjanjian fasiliti pinjaman

  • 1% untuk jumlah RM150,000 yang pertama
  • 0.7% ke atas baki hartanah yang bernilai di bawah lingkungan RM1 juta

6) Duti setem untuk pinjaman – 0.5% dari jumlah pinjaman
7) Yuran guaman pembayaran keluar pinjaman untuk Perjanjian Fasiliti Pinjaman – Beberapa ratus Ringgit
8) Yuran pemindahan hakmilik – Beberapa ratus Ringgit
9) Mortgage Reducing Term Insurance – Anggapnya sebagai insurans hayat untuk pinjaman perumahan anda. Ia boleh mencecah sehingga RM1,000 atau lebih, tapi ini mungkin berbeza untuk bank berlainan.
10) Cukai Kerajaan ke atas Perjanjian – 6% dari yuran peguam
11) Yuran pemprosesan pinjaman bank – RM200

*Nota: Yuran dan caj adalah anggaran berdasarkan nombor yang disyorkan serta nilai purata industri. Angka sebenar mungkin berbeza.

Untuk melihatnya dari sudut perspektif, sebuah rumah yang bernilai RM400,000 dengan margin pembiayaan sebanyak 90% mungkin akan mengenakan yuran dan caj sehingga RM20,000 – di mana kos ini perlu ditanggung oleh anda, iaitu pembeli.

Ianya adalah dinasihatkan supaya anda mempunyai wang lebih selain daripada wang yang diperuntukkan untuk bayaran pendahuluan sebanyak 10% sebelum anda membuat apa-apa keputusan untuk membeli hartanah.

Ya, saya sudah bersedia!

Setelah anda cukup bersedia dan yang paling penting, telah jumpa rumah idaman anda, inilah masanya untuk mencari pinjaman perumahan yang menawarkan kadar yang paling kompetetif. Kebanyakan orang terus mengambil pinjaman perumahan yang ditawarkan pertama kali kepada mereka dan tidak meluangkan masa untuk melakukan perbandingan dan penyelidikan lanjut.

Melalui kalkulator pinjaman perumahan iMoney, anda boleh bandingkan kadar dengan mudah dan pohon di atas talian tanpa sebarang kos tambahan. Dengan khidmat perundingan percuma, pembeli rumah kali pertama akan mempunyai keyakinan yang mereka melakukan keputusan kewangan yang betul apabila membeli rumah baru mereka.

Leave your comment