2 Cara Untuk Menjelaskan Hutang Kad Kredit Anda

hutang kad kredit

Jika anda sentiasa perlu menjelaskan baki satu atau beberapa kad kredit, anda tidak keseorangan. Berdasarkan keratan akhbar berkaitan dengan kad kredit, statistik daripada Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan bahawa masih terdapat RM5.719 billion hutang ekses yang belum dibayar oleh pemegang kad kredit pada hujung Mac 2000. Hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi juga telah mencecah RM20 bilion dalam tahun 2014, menurut laporan BNM.

Ini mewakili suatu peningkatan hutang dari penggunaan kad kredit. Dalam tempoh 14 tahun ini, pemegang kad meminjam lebih daripada lima kali ganda untuk pembelian peribadi. Jadi, bagaimana kita boleh menurunkan jumlah ini serta menikmati gaya hidup bebas dari hutang?

1. Bayar hutang satu kad dahulu

Dalam dompet anda, kira berapa kad kredit yang anda memiliki. Kemudian tanya diri sendiri, kad yang mana mempunyai hutang tertinggi akibat jumlah pembelian yang besar.

Contohnya, jika anda mempunyai kad kredit Maybank, gunakan laman web Maybank2u untuk melihat kenyataan elektronik anda. Berdasarkan jumlah yang tertera, bayar baki kad kredit yang mempunyai amaun hutang yang paling kecil terdahulu.

Selain daripada itu, anda boleh tumpukan perhatian pada satu kad kredit pada satu masa, dan jelaskan baki hutangnya sebelum bermula membayar habis kad seterusnya. Dengan usaha yang secukupnya, anda akan bebas dari hutang dalam jangka masa yang pendek. Bak kata, sehari selembar benang lama-lama jadi kain, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Dua cara untuk memilih and menghitung jumlah hutang kad kredit adalah seperti berikut:

  • Gunakan kalkulator pengiraan faedah kad kredit dari laman web bank anda untuk membuat perbandingan. Cari kad kredit yang mengenakan kadar faedah yang tertinggi, dan itulah kad kredit yang anda perlu menumpukan perhatian. Ianya sangat penting untuk membayar habis hutang tersebut supaya tidak tersekat dalam kitaran bayaran baki hutang.
  • Bayar hutang kad kredit yang mempunyai jumlah baki yang paling kecil terdahulu. Wang yang lebih boleh digunakan untuk membayar baki hutang yang terkecil berikutnya. Petua seterusnya, bayar lebih daripada jumlah minimum setiap bulan. Jika jumlah bayaran bulanan anda ialah RM200, bayar lebih daripada amaun itu untuk mempercepatkan penghabisan bayaran balik.

2. Memindah baki kad kredit

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak beberapa faham dengan konsep pemindahan baki ini. Apabila anda mendapati hutang kad kredit anda terlalu besar sehingga tidak dapat membayar balik dalam tempoh tertentu, inilah masanya untuk memindah baki kad kredit.

Konsepnya macam ini, ianya memindah baki hutang dari kad kredit yang mempunyai kadar faedah yang tinggi kepada kad lain yang mempunyai kadar faedah yang lebih rendah. Dengan ini, anda boleh menjimatkan beratus-ratus ringgit setahun.

Namun begitu, anda perlu komited untuk membuat bayaran bulanan tepat pada masa semasa proses pindahan baki supaya tidak mendatangkan kos ekstra. Pada masa yang sama, anda juga harus mengelakkan pembelian dengan kad baru kerana, kadang-kala, faedah rendah pindahan baki tidak boleh dipakai dalam situasi sebegini.

Misalnya, pengguna kad kredit boleh memindah baki kepada kad kredit BSN dengan kadar faedah serendah 0%. Dengan ini, jumlah faedah yang dibayar untuk hutang boleh dikurangkan dengan segera tanpa kerisauan.

Penyatuan hutang membenarkan anda untuk menggabungkan beberapa baki faedah yang tinggi ke dalam satu kad kredit yang mempunyai kadar yang lebih rendah. Dengan itu, anda boleh membayar baki lebih cepat tanpa meningkatkan jumlah pembayaran. Berikut adalah dua cara untuk menyatukan hutang:

  • Ambil kesempatan ini untuk memindah hutang dari kad kredit yang mempunyai faedah yang tinggi kepada kad yang mempunyai kadar pemindahan baki rendah. Tambahan itu, ingat bahawa bank juga akan mengenakan bayaran pemindahan baki, selalunya 3%-4% daripada jumlah yang dipindahkan.
  • Jika anda mempunyai ekuiti rumah, cuba gunakannya untuk membayar hutang kad. Barisan kredit ekuiti mungkin boleh menawarkan kadar yang lebih rendah daripada caj kad kredit anda. Faedah tambahannya pula ialah bayaran faedah ekuiti rumah dikecualikan cukai.

Jika anda memilih cara pemindahan baki, ingatlah bahawa anda perlu mengawal perbelanjaan sendiri untuk mengelak hutang baru, sedangkan hutang baki sebelumnya belum selesai dijelaskan.

Imej dari coreinvestors.asia

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image