Bagaimana Skor Dan Penilaian Kredit Berfungsi Di Malaysia?

Apabila anda pohon pinjaman, maklumat peribadi anda (termasuk gaji, status perkahwinan dan kewangan) diberi kepada bank dan akhirnya diperolehi oleh Bank Negara. Maklumat ini disimpan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat Bank Negara (CCRIS), pengkalan data berkomputer yang menukarkan maklumat peribadi anda kepada laporan kredit. Setiap bank mempunyai akses kepada laporan kredit yang sama yang dikeluarkan oleh Bank Negara.

Maksudnya setiap bank tahu mengenai sejarah pinjaman anda dengan bank-bank lain. Jadi jangan ingat anda boleh larikan diri tanpa membayar pinjaman pada masanya.

Apa dia laporan kredit?

Laporan kredit anda mengandungi maklumat terperinci tentang sejarah pinjaman anda, termasuk setiap pinjaman anda yang telah pohon dan ambil setakat ini, bayaran lewat / caj terkumpul, penglibatan anda dalam kebankrapan dan lain-lain lagi. Bank guna laporan kredit anda untuk tentukan sama ada anda layak atau tidak mendapat kemudahan pinjaman, dan berapa banyak pinjaman yang mereka boleh beri kepada anda dan juga kadar faedahnya. Setiap bank ada cara sendiri menentukan penilaian kredit anda, dan ini biasanya dilakukan melalui pengiraan skor kredit.

homeloan-728x90-bm

Mengapa anda perlu jaga skor kredit?

Ramai rakyat Malaysia memandang ringan kepentingan skor kredit mereka. Skor kredit anda menentukan:

1. Sama ada anda akan diluluskan untuk mana-mana produk pinjaman, termasuk kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman rumah dan pinjaman peribadi

2. Kadar faedah yang anda perlu bayar untuk pinjaman anda

Mempunyai skor kredit yang tak baik boleh menyebabkan pembaziran wang anda. Jika anda nak buat pinjaman dan skor kredit anda tak elok, ia boleh mengakibatkan anda kena bayar kadar faedah yang lebih tinggi dari biasa. Jika skor kredit anda benar-benar buruk, bank boleh kurangkan jumlah pinjaman atau lansung tolak permohonan anda.

Berminat nak tahu skor kredit anda? Anda boleh dapati laporan kredit peribadi anda dari Bank Negara dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini.

Nak tinggikan skor kredit anda? Di sini ada 5 cara untuk berbuat demikian.

Leave your comment