5 Cara Tingkatkan Skor Kredit Anda

Ramai orang yang pandang ringan kepentingan memiliki skor kredit yang baik. Skor kredit umpama buku laporan. Tanpa skor kredit yang baik, ia akan membebankan anda untuk membuat pinjaman lagi dengan pihak bank.

Namun begitu, tidaklah sukar untuk baiki skor anda, walaupun seperti nak kuruskan badan, ia tak berlaku dalam masa yang singkat. Di bawah terdapat tip untuk bantu anda jayakan misi ini.

Bayar bil tepat pada masanya

Bank gemarkan pelanggan yang bayar bil mereka tepat pada waktunya. Jika anda ada sejarah pembayaran lewat, ianya akan terpapar di laporan kredit Bank Negara, dan laporan ini boleh diakses oleh seluruh bank. Rekod buruk dalam laporan kredit tidak akan terpadam dalam jangkamasa yang lama, dan bank boleh menjadi amat tidak pemaaf!

Advertisement

Punyai pekerjaan yang baik

Mempunyai kerja dengan pendapatan yang kukuh amat membantu dalam mempertingkatkan skor kredit. Sumber pendapatan yang kukuh merupakan petunjuk bahawa anda berkemungkinan tak akan mengabaikan pembayaran pinjaman anda, dan ini juga bermakna anda juga bukanlah seorang peminjam yang berrisiko kepada bank. Peminjam yang kurang berrisiko biasanya punyai skor kredit lebih baik.

homeloan-728x90-bm

Punyai beberapa aset

Jika anda mempunyai beberapa aset, skor kredit anda akan meningkat. Bank memandang aset seperti pelaburan hartanah dan deposit simpanan sebagai petanda bahawa kewangan anda dalam keadaan baik.

Kurangkan hutang anda

Untuk dapatkan skor kredit yang lebih baik, anda bukan sahaja patut pastikan anda patuhi pembayaran hutang, namun haruslah juga jika boleh, bayar penuh baki hutang yang tertunggak. Satu idea yang baik ialah mengurangkan bilangan kad kredit serta hutang anda. Apabila bank menyedari yang anda juga meminjam dari tempat-tempat lain, serta ada banyak tanggungan hutang apabila anda cuba membuat pinjaman lain, harus diingat bahawa ianya bukanlah sesuatu perkara yang baik!

Jadilah pelanggan yang setia

Bank biasanya beri layanan lebih istimewa kepada pelanggan setia. Mempunyai sejarah yang lama dengan sesebuah bank itu akan secara amnya memperbaiki skor kredit anda dengan bank tersebut. Walau bagaimanapun, kalau boleh jimat banyak duit dengan menukar bank, mungkin anda kena tukar bank!

Seperti yang dapat dilihat, ianya tidaklah terlalu sukar untuk tingkatkan skor kredit anda. Namun, sebelum anda keluar dan pohon kad kredit baru, pastikan anda tanya diri sendiri tiga soalan penting ini!

Leave your comment