Adakah Anda Bersedia Daripada Segi Kewangan Untuk Membeli Rumah?

Kebanyakan pakar kewangan menyarankan anda supaya memperuntukkan tidak lebih daripada satu pertiga daripada jumlah pendapatan anda untuk membayar pinjaman rumah.

Kebanyakan pakar kewangan menyarankan anda supaya memperuntukkan tidak lebih daripada satu pertiga daripada jumlah pendapatan anda untuk membayar pinjaman rumah.

*Artikel ini juga terdapat di www.starproperty.my.

Memiliki rumah anda sendiri adalah impian utama untuk sesiapa sahaja. Tetapi dengan nilai-nilai kediaman yang meningkat dan beban tempoh pembayaran balik pinjaman yang boleh berpanjangan hingga 30 tahun atau lebih, membeli dan membiayai rumah bukan hanya setakat berkata “Saya sukakannya” dan menurunkan tandatangan. Ia adalah sesuatu yang patut dilakukan dengan penuh teliti dan berhati-hati.

Advertisement

Kepada semua warga Malaysia yang bercita-cita tinggi dan giat mempertimbangkan pembelian rumah dengan mengambil pinjaman, berikut adalah tiga perkara untuk menentukan sama ada anda bersedia daripada segi kewangan untuk melakukan usaha yang boleh mengubah hidup ini.

1) Adakah Anda Mempunyai Wang Yang Cukup Untuk Kos-Kos Pendahuluan?

Di Malaysia, kebanyakan bank menawarkan 90% daripada harga rumah (margin pembiayaan) untuk dua milik kediaman pertama anda. Jika anda menerima 90% tersebut, anda perlu 10% wang untuk membayar  baki harga kediaman berkenaan.

Katakanlah anda mensasarkan untuk membeli kondo di Cheras beranggaran RM400,000, anda mesti mempunyai minimum RM40,000 untuk membayar pendahuluan, sama ada daripada simpanan anda atau wang daripada ibu bapa anda atau adik-beradik.

2) Adakah Anda Mempunyai Wang Yang Lebih Untuk Pelbagai Yuran Dan Caj?

Pembeli-pembeli rumah yang masih baru mungkin tidak tahu; tapi membeli dan membiayai rumah memerlukan lebih daripada deposit dan pinjaman, ia juga melibatkan pelbagai yuran dan caj termasuk:

1. Duti setem pemindahan hak milik (juga dikenali sebagai memorandum tukar hak milik atau MOT) = 1% bagi RM100,000 pertama; 2% bagi RM400,000 seterusnya, dan 3% pada jumlah berikutnya.
2. Perjanjian Jual & Beli (“SPA”) yuran guaman = 1% bagi RM150,000 pertama dan 0.7% bagi nilai baki rumah dalam lingkungan RM1 juta
3. Setem untuk SPA = Kurang daripada seratus Ringgit
4. Yuran Pembayaran Guaman SPA = Beberapa ratus Ringgit
5. Yuran Guaman Perjanjian Kemudahan Pinjaman = 1% bagi RM150,000 pertama dan 0.7% bagi nilai baki pinjaman dalam lingkungan RM1 juta
6. Setem duti untuk pinjaman = 0.5% daripada jumlah pinjaman
7.Yuran pembayaran guaman Perjanjian Kemudahan Pinjaman = Beberapa ratus Ringgit
8. Yuran pemindahan hak milik = Beberapa ratus Ringgit
9. Insurans Pengurangan Tempoh Gadaian (cth anggap ia sebagai insurans nyawa untuk pinjaman rumah anda) = RM1,000 atau lebih (sesetengah bank mengecualikan jumlah ini)
10. Cukai Kerajaan atas Perjanjian = 6% daripada jumlah keseluruhan yuran peguam
11. Yuran pemprosesan bank untuk pinjaman = RM200

*Nota: Peratusan adalah berdasarkan angka dan purata industri yang disarankan. Angka sebenar mungkin berbeza.

Dalam perspektif, sebuah rumah bernilai RM400,000 dengan 90% margin pembiayaan adalah hampir RM20,000 dalam yuran dan caj – yang perlu ditanggung oleh anda, si pembeli. Sekarang pertimbangkan ini: adakah anda mempunyai wang untuk menjayakannya?

homeloan-728x90-bm

3) Adakah Anda Mampu Membayar Ansuran Bulanan?

Kecuali anda mempunyai kewangan yang kukuh untuk membeli rumah dengan wang pendahuluan (yang mana artikel ini mungkin bukan untuk anda), anda perlu mendapatkan pinjaman dari bank atau institusi kewangan untuk membantu membayar rumah anda.

Berdasarkan kadar pasaran semasa 4.2% ke 4.4% p.a. faedah untuk pinjaman rumah piawaian, anda perlu membayar minimum RM1,760 setiap bulan selama tempoh 30 tahun untuk 90% pinjaman bagi membiayai rumah bernilai RM400,000. Untuk mengira dengan cepat ansuran bulanan yang dicaj oleh bank-bank Malaysia untuk pinjaman rumah bagi sebarang nilai, anda boleh menggunakan kalkulator dalam talian.

Kebanyakan pakar kewangan menyarankan supaya anda memperuntukkan tidak lebih daripada satu pertiga daripada jumlah pendapatan anda untuk membayar pinjaman rumah, dan ini bermakna anda atau seisi rumah patut mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM5,280 setiap bulan untuk mampu memiliki rumah bernilai RM400,000.

Ingat yang bank-bank Malaysia biasanya membenarkan anda untuk memegang pinjaman (termasuk komitmen untuk pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan sebagainya) sehingga 80% daripada pendapatan anda jika anda mempunyai kredit skor yang agak baik, jadi anda sentiasa boleh memilih untuk menaikkan ansuran bulanan anda dan memendekkan tempoh pinjaman. Tetapi pastikan anda telah membuat pengiraan dan memahami implikasi-implikasi kewangan sebelum melakukannya!

Bagaimana Jika Saya Tidak Layak?

Kepada anda yang boleh menanggung ansuran bulanan tetapi tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk bayaran pendahuluan dan yuran guaman serta caj, harapan masih ada.

Sebagai permulaan, anda mungkin ingin mempertimbangkan kediaman dengan SPA dan perjanjian kemudahan pinjaman percuma untuk menjimatkan ribuan ringgit dalam yuran guaman. Ini sepatutnya mudah kerana kebanyakan projek perumahan baru menanggung kos-kos perjanjian guaman untuk pembeli-pembeli rumah.

Untuk mengurangkan bayaran permulaan yang diperlukan untuk membeli sebuah rumah, cari secara aktif kediaman-kediaman dengan bayaran pendahuluan yang rendah. Kebanyakan pemaju-pemaju sekarang menawarkan harga kompetitif atau “easy entry” pakej-pakej penjualan termasuk rebat antara 2% hingga 10% daripada harga rumah.

Akhir sekali, membeli rumah adalah satu keputusan serius yang tidak patut diambil mudah. Walaupun memiliki rumah di kawasan mewah selalunya sesuatu yang baik, anda patut sentiasa mempertimbangkan kedudukan kewangan apabila membeli rumah, supaya anda tidak menanggung beban yang berat untuk beberapa dekad yang seterusnya. Diharap artikel ini boleh membantu sebagai panduan am untuk semua warga Malaysia yang sedang memikirkan untuk membeli rumah pada masa ini.

Leave your comment