Pelan Individu Atau Keluarga? 6 Platform Digital Penstriman Muzik Terbaik Untuk Anda.

Pelan Individu Atau Keluarga? 6 Platform Digital Penstriman Muzik Terbaik Untuk Anda.

Sebelum wujudnya perkhidmatan penstriman muzik, putaran lagu dan irama harian hanya boleh dinikmati melalui radio, CD, rekod hitam atau kaset. Kini, anda boleh menikmati alunan muzik melalui perkhidmatan penstriman dalam bentuk telefon pintar, tablet, komputer peribadi dan banyak lagi.

Kebanyakan platform penstriman muzik menawarkan perkhidmatan yang agak sama: pilihan lagu dan fail medial digital (podcast) yang luas, versi percuma (tidak semua platform), ciri mengemaskini senarai lagu dan banyak lagi. Namun, setiap platform penstriman mempunyai keunikan yang tersendiri bergantung kepada jenis pelan.

Di sini kami meringkaskan enam platform penstriman muzik terbaik yang tersedia di Malaysia.

Platform PenstrimanVersi PercumaCubaan PercumaSistem PengendalianJenis Pelan
Apple MusicTidak tersedia3 bulanversi web, iOS dan AndroidPelan Pelajar: RM6.90/sebulan

Pelan Individu: RM14.90/sebulan

Pelan Keluarga: RM22.90/sebulan (sehingga 6 ahli)
SoundCloudTersediaTidak tersediaversi web, iOS dan AndroidSoundCloud Basic: Percuma

SoundCloud Pro Unlimited: 12 USD/sebulan

Repost by SoundCloud: 2.50 USD/sebulan
TidalTidak tersedia1 bulanversi web, iOS dan AndroidTIDAL Premium: RM14.90/sebulan

TIDAL HIFI: RM29.80/sebulan

TIDAL Family Premium: RM22.35/sebulan (sehingga 5 ahli)

TIDAL Family HIFI: RM44.70/sebulan (sehingga 5 ahli)
Youtube MusicTersedia1 bulanversi web, iOS dan AndroidPelan Pelajar: RM10.90/sebulan

Pelan Individu: RM17.90/sebulan

Pelan Keluarga: RM26.90/sebulan (sehingga 5 ahli)
JOOXTersedia1 bulanversi web, iOS dan AndroidPelan Bulanan: RM9.90/sebulan

Pelan Keluarga: RM18.90/sebulan (sehingga 3 ahli)
SpotifyTersedia3 bulanversi web, iOS dan AndroidPelan Individu: RM14.90/sebulan

Pelan Pasangan: RM19.80/sebulan (sehingga 2 ahli)

Pelan Keluarga: RM23.80/sebulan (sehingga 6 ahli)

Apple Music

Jika anda menggunakan iOS, Apple Music semestinya tersedia secara khusu di dalam peranti digital anda. Istimewanya tentang Apple Music adalah fungsi integrasinya yang lebih efisien jika digunakan bersama peranti digital ekosistem Apple yang lain seperti Apple TV, HomePod, Apple Watch dan banyak lagi.

Juga, sesetengah artis terkenal antarabangsa mengeluarkan lagu mereka secara eksklusif untuk Apple Music dahulu sebelum di platform penstriman muzik yang lain.

SoundCloud

Soundcloud merupakan platform penstriman muzik yang paling popular dalam kalangan artis bebas, pencipta dan juga penerbit lagu. SoundCloud memberikan ruang kepada lebih 20 juta artis bebas untuk mencipta dan menerbit lagu. Keunikan SoundCloud terletak pada komunitinya sendiri untuk berinteraksi antara satu sama lain.

Sebagai contoh, para pendengar boleh berinteraksi bersama artis dan pengguna yang lain dengan menambah komen atau setem masa pada lagu pilihan. SoundCloud juga menawarkan SoundCloud Go+, tetapi ianya tidak tersedia di Malaysia.

TIDAL

Jika anda mementingkan kualiti bunyi dan lagu, TIDAL adalah platform penstriman yang sempurna bagi anda. Apa yang membezakan TIDAL dan platform penstriman muzik yang lain adalah kualiti bunyi TIDAL Masters yang tersedia untuk TIDAL HIFI dan TIDAL Family HIFI.

TIDAL Masters membolehkan anda mendengar lagu, menonton video dan strim secara langsung pada kadar bit audio yang Kualiti ini juga boleh dinikmati tanpa sebarang kerugian kualiti bunyi. TIDAL merupakan satu-satunya platform penstriman muzik yang menawarkan format Kualiti Master (Master Quality Authenticated) dalam senarai ini.

YouTube Music

YouTube Music merupakan platform penstriman yang paling baharu berbanding platform yang lain dalam senarai ini. Keunikan utama YouTube Music adalah pada pencarian media, di mana anda boleh mencari lagu dan senarai lagu pilihan dengan menggunakan lirik lagu, cuaca atau lokasi persekitaran anda. Kitaran dan cadangan media juga dipengaruhi oleh algoritma penggunaan YouTube anda. YouTube Music juga membenarkan anda untuk menukar media kepada versi lagu atau versi video pada bila-bila masa.

JOOX

JOOX merupakan platform penstriman muzik terbesar di Asia dan dilaporkan mempunyai koleksi lagu K-Pop yang paling menyeluruh di dalam industri penstriman muzik. Pada tahun 2020, JOOX melancarkan JOOX Originals di Malaysia, sebuah projek bersiri yang bertujuan untuk mengangkat muzik tempatan ke peringkat global.

Juga, pengguna JOOX boleh menebus tawaran dan ganjaran bagi setiap . Sebagai contoh, anda akan diberikan JOOX Coin percuma dengan hanya mendaftar masuk setiap hari di bahagian ‘Tugasan & Ganjaran’. JOOX Coin yang anda terima boleh digunakan untuk menghantar hadiah dan mesej kecil kepada artis kegemaran anda.

Spotify

Gergasi platform penstriman muzik, Spotify, merupakan aplikasi muzik yang paling banyak dimuat turun setakat Januari 2021. Platform Spotify boleh digunakan bersama hampir semua jenis peranti digital yang tersedia di pasaran. Salah satu keistimewaan Spotify adalah ciri pencarian lagu dan kurasi senarai lagu. Buat masa ini, Spotify hanya menawarkan kualiti audio pada 320Kbps, dan ingin menaiktaraf ke kualiti CD, yang dipanggil Spotify HiFi, pada tahun ini.

Untuk fungsi penstriman muzik ataupun video tanpa gangguan, cari pakej internet yang terbaik untuk anda.

Dapatkan Pelan Keluarga

Kebanyakn platform penstriman muzik yang tersenarai di sini, menawarkan diskaun dan potongan harga yang berbaloi bagi pengguna yang melanggan pelan keluarga berbandin pelan individu.

Kesemua ahli pelan keluarga juga boleh menggunakan ciri istimewa yang hanya disediakan oleh platform tertentu. Sebagai contoh, ciri Senarai Lagu Campuran Keluarga oleh Spotify mengandungi lagu dan fail media digital yang sudah disukai atau didengari oleh kesemua ahli keluarga. Jangan risau tentang privasi, kerana setiap akaun ahli keluarga mempunyai senarai lagu, sejarah pendengaran lagu dan koleksi lagu kegemaran yang sulit. Jadi, anda boleh memilih untuk mendengar bersama ahli keluarga atau pun secara bersendirian.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.