Pindahan Baki Kad Kredit – 6 Perkara Untuk Dipertimbangkan

shutterstock_108619787Setelah membaca Asas-asas Pindahan Baki Kad Kredit dan mengetahui bagaimana anda boleh menggunakan pindahan baki untuk mengurangkan segera kadar faedah kad kredit anda, anda mungkin tertarik untuk melakukannya secepat mungkin. Tetapi sebelum anda berbuat demikian, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membantu anda membuat pilihan yang tepat.

1) Bagaimana Kadar Persaingan Faedah Permulaan?

Lazimnya, syarikat-syarikat kad kredit menawarkan kadar faedah permulaan untuk pelanggan-pelanggan baru pindahan baki. Kadar-kadar faedah permulaan adalah lebih rendah daripada kadar faedah biasa, tetapi hanya dalam tempoh yang tertentu sahaja. Jika anda mendapat 17.5% sekarang, kadar faedah permulaan 6.99% untuk setahun bermakna anda akan jimat lebih daripada 10% dalam caj kewangan untuk dua belas bulan seterusnya! Perlu diingatkan yang sesetengah bank memang menawarkan kadar faedah permulaan 0%, jadi pastikan anda telah membuat kaji selidik anda.

2) Berapa Lama Anda Boleh Menikmati Kadar Faedah Yang Rendah?

Bergantung kepada syarikat kad kredit yang anda pilih, kadar faedah permulaan yang anda nikmati mungkin bertahan dalam beberapa bulan ke beberapa tahun. Apabila menentukan kad kredit yang bagus untuk pindahan baki anda, cuba pilih kad kredit yang menawarkan tempoh kadar faedah permulaan yang panjang. Kadar faedah rendah untuk beberapa bulan dan beberapa tahun boleh membawa perbezaan yang banyak.

3) Berapa Rendah Kadar Faedah Tersebut?

Apabila tempoh permulaan anda luput, anda akan kembali ke kadar faedah biasa seperti yang ada pada kad kredit semasa anda. Oleh itu, anda perlu sentiasa membandingkan kadar faedah kad kredit baru anda dengan kad kredit lama. Jika anda bercadang untuk mengekalkan baki selepas tamat tempoh kadar permulaan, kad kredit dengan kadar faedah yang lebih tinggi boleh membebankan anda dalam jangka masa panjang.

4)Apakah Yuran Pindahan Baki?

Lazimnya, pindahan-pindahan baki BUKAN PERCUMA. Apabila anda melakukan pindahan baki, adalah perkara biasa bagi syarikat kad kredit baru anda mengenakan yuran pendahuluan tunai dalam lingkungan 3% daripada jumlah yang ingin dipindahkan. Pastikan anda mempertimbangkan perkara ini – anda mungkin mendapat penjimatan daripada kadar permulaan anda, tetapi menghadapi bebanan daripada yuran pindahan baki anda!

5) Adakah Anda Layak?

Hanya kerana anda melihat iklan “0% Kadar Faedah” tidak bermakna anda layak. Apabila mencari kad kredit yang terbaik untuk anda untuk melakukan pindahan baki, hubungi pihak yang berkenaan untuk memastikan yang anda layak dan mendapat kadar permulaan yang sewajarnya.

6) Sudahkah Anda Baca Cetakan-cetakan Halus (Fon Bersaiz Kecil)?

Sama seperti semua yang berkaitan dengan wang, baca cetakan-cetakan halus tersebut. Lebih baik selamat daripada menyesal kemudian.

Suka artikel ini? Anda juga mungkin ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai apa yang anda perlu tahu tentang pindahan baki kad-kad kredit.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.