Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kad Kredit Pindahan Baki

Memindahkan baki pinjaman kad kredit anda yang semakin menggunung kepada satu kad kredit lain pada kadar faedah yang rendah, kadang-kadang kadar sifar, adalah satu cara yang baik untuk mengurus caj kewangan yang melonjak, yang kosnya seumpama sebuah iPhone baru.

Sebelum anda bergegas pergi cari pelan pindahan baki kadar faedah sifar yang terkini dan terbaik, biar kami beritahu satu rahsia yang tak diketahui ramai. Tersembunyi di sebalik ungkapan rahsia terbuka setiap bank ialah istilah seperti fleksibel dan ansuran. Ini adalah kerana pada sepintas lalu tak jelas apa jenis pelan pindahan baki yang anda masukki.

Jadi — Siapa atau apa dia sebenarnya?

Pelan pindahan baki fleksibel

Apakah dia? Pelan fleksibel memberi anda kelenturan menentukan berapa banyak anda mahu bayar setiap bulan, syaratnya bayaran minimum ialah 5%. Bakinya akan dikenakan pada kadar faedah pindahan baki sepanjang tempoh pindahan tersebut. Selepas tempoh ini, tak boleh nak kata dan anda mungkin dikenakan kadar faedah biasa (cekik darah) bagi kad kredit.

Jenis kadar faedah: Selalunya berganda. Ini sejajar dengan cara bank mengira caj kadar faedah biasa kad kredit.

Bagaimana nak kenal pasti pelan fleksibel: Ini adalah cara yang sering digunakan oleh bank, walaupun tak mudah dicam. Kalau anda lihat bank pamer jadual perbandingan simpanan yang menunjukkan jumlah faedah sampai ke angka sen yang terperinci, di situ boleh cam. Sebaliknya, kami telah buat perkiraan-perkiraan ini, dan telah menghasilkan satu jadual perbandingan pindahan baki untuk panduan anda.

Hati-hati dengan: Urutan pembayaran balik kad kredit (juga dikenali sebagai hierarki pembayaran). Bergantung kepada bank, sebarang pembayaran yang anda buat terhadap hutang kad kredit mungkin dikira sebagai pembayaran kepada hutang yang paling murah dulu (dalam hal ini, jumlah pindahan baki dibayar dulu). Bila jumlah ini sudah dijelaskan, barulah pembayaran anda digunakan untuk bayar perbelanjaan yang anda caj dengan kad kredit anda. Pada masa itu, anda mungkin telahpun menjana caj faedah yang agak tinggi terhadap perbelajaan dengan kad kredit pada kadar faedah biasa. Jadi elakkan dari berbelanja dengan kredit kad ini!

Pilih ini jika:
● Pendapatan bulanan anda berubah-rubah dan anda tak pasti berapa jumlah yang boleh dibayar setiap bulan.
● Anda tak berniat untuk guna kad kredit ini untuk perbelanjaan biasa.

Pelan ansuran pindahan baki

Apakah dia? Ia adalah pelan ansuran yang tetapkan jumlah yang anda perlu bayar kepada bank setiap bulan. Anda mungkin perlu jelaskan bayaran caj faedah awal-awal lagi pada bulan pertama, ataupun ia boleh dibahagi sama rata masuk ke dalam bayaran bulanan sepanjang ansuran. Tiada kejutan di sini, tiada kepelikan dan tiada kelenturan dibenarkan.

Jenis kadar faedah: Biasanya kadar faedah yang tetap. Jumlah caj faedah yang anda bayar ialah kadar faedah bulanan x jangka masa ansuran (bulan) x jumlah pindahan baki.

Bagaimana nak kenal pasti pelan ansuran: Jika kelihatan istilah “ansuran” (pastinya!). Ia juga selalunya wujud dengan istilah “tetap” atau “kadar faedah rata / sekali sahaja”.

Hati-hati dengan: Caj faedah ansuran yang belum jelas. Jika anda tak bayar penuh jumlah ansuran, baki jumlah yang belum jelas itu akan dikenakan kadar faedah biasa bagi kad kredit.

Pilih ini jika:
● Anda yakin anda mampu bayar jumlah ansuran bulanan.
● Anda tak mahu bersusah-payah mengguna satu lagi kad kredit untuk perbelanjaan biasa (dan lagi dikenakan pula RM50 cukai perkhidmatan!)

Pesanan akhir

Ingatlah bahawa walaupun pindahan baki boleh jadi satu cara yang baik nak kurangkan hutang anda, ia juga boleh makan diri. Jadi pastikan anda buat pembayaran yang ditetapkan.

Sekarang anda dah bersedia, lihatlah jadual perbandingan pindahan baki iMoney dan pilihlah yang paling sesuai untuk keperluan anda!

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image