Perbandingan Kad Kredit Pulangan Tunai Terbaik 2021

Perbandingan Kad Kredit Pulangan Tunai Terbaik 2021

Kad kredit pulangan tunai mungkin tidak akan membuat anda kaya, tetapi penggunaannya boleh menjimatkan wang – dengan beberapa ratus ringgit setahun – bergantung kepada perbelanjaan anda. Berikut adalah cara penggunaannya, dan pilihan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Apa itu kad kredit pulangan tunai?

Kad kredit pulangan tunai mengembalikan anda sejumlah kecil daripada nilai pembelian anda dalam bentuk tunai. Kebiasaannya, jumlah kecil tersebut akan dikreditkan kepada anda pada penghujung kitaran bil kad kredit.

Bagaimanakah cara memilih kad kredit pulangan tunai yang terbaik?

Memilih kad kredit tidak semudah seperti menentukan kad kredit yang mempunyai jumlah pulangan tunai paling tinggi. Oleh itu, anda harus pertimbangkan:

  • Fi tahunan. Sesetengah kad kredit pulangan tunai mengenakan caj tahunan (boleh dikecualikan jika perbelanjaan anda memenuhi syarat). Perlu diingatkan bahawa anda masih perlu membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) setiap tahun, tanpa mengira jika kad kredit anda mengenakan caj fi tahunan atau tidak.
  • Jumlah pulangan tunai. Sesetengah kad menawarkan jumlah pulangan tunai yang lebih banyak, atau menawarkan pulangan tunai di kategori yang lebih luas. Semak semula kategori perbelanjaan dan dapatkan kad yang memenuhi gaya perbelanjaan anda.
  • Syarat pulangan tunai. Ada juga kad yang memerlukan anda berbelanja dalam jumlah minimum, atau hanya memberikan pulangan tunai pada hujung minggu sahaja.
  • Had maksimum pulangan tunai. Kebanyakkan kad mempunyai had maksimum pulangan tunai, atau mempunyai had perbelanjaan yang bergantung kepada kategori perbelanjaan tertentu.

Perbandingan: kad kredit pulangan tunai terbaik di Malaysia

Berikut adalah lapan perbandingan  kad pulangan tunai paling popular untuk anda:

Fi tahunanPulangan tunaiSyarat pulangan tunaiHad maksimum bulanan
Kad Citi Cash BackRM120 (dikecualikan untuk tiga tahun pertama)Sehingga 10% bagi perbelanjaan Grab, barangan runcit, makanan dan minyak, 0.2% bagi perbelanjaan runcit lain Perbelanjaan minimum RM500 untuk 10% pulangan tunai 10% pulangan tunai: RM10 bagi setiap kategori (berjumlah RM40)

0.2% pulangan tunai: tanpa had
Kad Hong Leong Wise GoldRM988% bagi perbelanjaan minyak, barangan runcit, dan makanan, 0.25% bagi perbelanjaan lain yang diterima8% pulangan tunai hanya tersedia pada hujung minggu sahaja; 1% pulangan tunai jika transaksi dilakukan pada hari bekerja8% pulangan tunai: RM18 bagi setiap kategori (berjumlah RM54)

0.25% pulangan tunai: tanpa had
HSBC Amanah Kad Kredit-I MPower PlatinumRM240 (dikecualikan jika digunakan lebih 12 kali dalam setahun)Sehingga 8% bagi eDompet, barangan runcit dan minyak, 0.2% bagi perbelanjaan lain yang diterimaPerbelanjaan minimum RM2,000 untuk 8% pulangan tunai8% pulangan tunai: RM15 bagi setiap kategori (berjumlah RM45)

0.25% pulangan tunai: tanpa had
Kad Maybank 2Dikecualikan5% rebat tunai bagi perbelanjaan minyak dan barangan runcitTersedia pada hari Jumaat dan Sabtu sahajaRM50
Kad Emas Maybank Islamik Ikhwan MasterCardDikecualikan5% rebat tunai bagi perbelanjaan minyak dan barangan runcitTersedia pada hari Jumaat dan Sabtu sahajaRM50
Kad Public Bank QuantumDikecualikanVisa: 5% pulangan tunai untuk transaksi berjarak (tidak termasuk minyak)

Mastercard: 5% pulangan tunai untuk transaksi dalam talian
Visa: Perbelanjaan minimum RM30 untuk 5% pulangan tunaiRM30 untuk Visa dan RM30 untuk Mastercard (berjumlah RM60)
Kad Public Bank Visa SignatureRM388 (dikecualikan untuk tahun pertama, tahun yang berikutnya akan dikecualikan jika digunakan melebihi 12 dalam tempoh 12 bulan)6% pulangan tunai bagi barangan dapur, makanan dan transaksi dalam talianTiadaRM38
Kad Standard Chartered JustOne Platinum MasterCardRM250 (dikecualikan untuk tahun pertama)15% pulangan tunai bagi perbelanjaan dalam talian, pembayaran bil automatik dan minyak, 0.2% pulangan tunai bagi perbelanjaan lain yang diterimaPulangan tunai bergantung kepada perbelanjaan; minimum RM2,500 sebulan untuk 15% pulangan tunai15% pulangan tunai: RM20 bagi setiap kategori (berjumlah RM60)

Berdasarkan perbandingan ini, kad-kad tersebut menawarkan manfaat untuk senario yang berikut:

Kad terbaik untuk perbelanjaan hujung minggu: Kad Maybank 2 atau Kad Hong Leong Wise Gold

Kad Maybank 2

Kad Maybank 2

5% pulangan tunai untuk semua perbelanjaan yang diterima pada hujung minggu

Tiada fi tahunan

  • Fi tahunan: Dikecualikan
  • Pulangan tunai: 5% pulangan tunai untuk semua perbelanjaan yang diterima
  • Syarat pulangan tunai: Hanya tersedia untuk perbelanjaan pada hujung minggu jika menggunakan kad American Express; hanya diberikan jika jumlah pulangan tunai bernilai RM1 keatas (atau RM20 keatas bagi setiap transaksi).
  • Had maksimum: RM50
  • Pendapatan minimum: RM2,500

Kad Maybank 2 merupakan gabungan 2 kad iaitu kad American Express (AMEX) dan satu kad Visa atau Mastercard – dua kad pada satu harga. Dengan kad AMEX, anda layak untuk menerima 5% pulangan tunai untuk semua perbelanjaan (kecuali perbelanjaan badan kerajaan dan bil utiliti) dan 5x TreatsPoints pada hujung minggu, manakala kad Visa/Mastercard memberi anda 1x TreatsPoints pada hari bekerja.

Ini menguntungkan anda kerana tawaran ini tiada fi tahunan, tiada had perbelanjaan untuk kategori perbelanjaan anda atau syarat-syarat perbelanjaan bulanan. Jika anda berbelanja sebanyak RM1,000 setiap bulan pada hujung minggu, anda boleh menerima maksimum RM50 pulangan tunai setiap bulan – yang berjumlah sebanyak RM600 untuk satu tahun!

Kad  Hong Leong Wise Gold

Kad Hong Leong Wise Gold

8% pulangan tunai untuk perbelanjaan minyak, barangan runcit dan makanan pada hari bekerja

0.25% pulangan tunai untuk perbelanjaan lain yang diterima

  • Fi tahunan: RM98
  • Pulangan tunai: 8% pulangan tunai untuk perbelanjaan minyak, barangan runcit dan makanan, 0.25% pulangan tunai untuk perbelanjaan lain yang diterima
  • Syarat pulangan tunai: 8% pulangan tunai pada hujung minggu sahaja; 1% pulangan tunai jika transaksi dilakukan pada hari bekerja.
  • Had maksimum: 8% pulangan tunai: RM18 bagi setiap kategori (berjumlah RM54); 0.25% pulangan tunai: tanpa had
  • Pendapatan minimum: RM2,000

Kad Hong Leong Wise Gold merupakan satu lagi kad pulangan tunai yang hebat untuk perbelanjaan hujung minggu. Anda layak untuk menerima 8% pulangan tunai minyak, barangan runcit dan makanan apabila anda berbelanja pada hujung minggu, dan 1% pulangan tunai untuk kategori tersebut pada hari bekerja. Juga, anda layak untuk menerima 0.25% untuk perbelanjaan lain yang diterima, tanpa mengira hari bekerja atau hujung minggu.

Dengan hanya berbelanja RM675 setiap bulan, anda layak untuk menerima had maksimum pulangan tunai sebanyak RM54. Walaupun kad ini mempunyai RM98 fi tahunan, anda boleh membayar fi tahunan dengan memaksimumkan penggunaan pulangan tunai setiap bulan.

Kad terbaik untuk perbelanjaan asas: Kad Citi Cash Back

Kad Citi Cash Back

Kad Citi Cash Back

Pulangan tunai sehingga 10% untuk perbelanjaan Grab, barangan runcit, makanan dan minyak

0.2% untuk perbelanjaan runcit lain
  • Fi tahunan: RM120 (dikecualikan untuk tiga tahun pertama)
  • Pulangan tunai: Pulangan tunai sehingga 10% untuk perbelanjaan Grab, barangan runcit, makanan dan minyak, 0.2% untuk perbelanjaan runcit lain
  • Syarat pulangan tunai: Perbelanjaan minimum RM500 untuk 10% pulangan tunai
  • Had maksimum: 10% pulangan tunai: RM10 bagi setiap kategori (berjumlah RM40); 0.2% pulangan tunai: tanpa had
  • Pendapatan minimum: RM3,000

Jika anda inginkan kad yang mudah digunakan pada bila-bila masa, mohonlah Kad Citi Cash Back. Kad ini menawarkan 10% pulangan tunai untuk perbelanjaan Grab, barang runcit, makanan dan minyak, dan 0.2% pulangan tunai untuk perbelanjaan runcit lain.

Anda hanya perlu berbelanja minimum RM500 setiap bulan untuk layak menerima 10% pulangan tunai. Namun, fi tahunan kad ini agak tinggi, iaitu pada RM120 setahun.

Kad terbaik untuk perbelanjaan eDompet: HSBC Amanah Kad Kredit-I MPower Platinum

HSBC Amanah Kad Kredit-I MPower Platinum

HSBC Amanah Kad Kredit-I MPower Platinum

Pulangan tunai sehingga 8% untuk perbelanjaan eDompet, barangan runcit dan minyak

0.2% untuk perbelanjaan runcit lain
  • Fi tahunan: RM240 (dikecualikan jika digunakan 12 kali dalam setahun)
  • Pulangan tunai: Pulangan tunai sehingga 8% untuk perbelanjaan eDompet, barangan runcit dan minyak, 0.2% untuk perbelanjaan runcit lain
  • Syarat pulangan tunai: Perbelanjaan minimum RM2,000 untuk 8% pulangan tunai
  • Had maksimum: 8% pulangan tunai: RM15 bagi setiap kategori (berjumlah RM45); 0.2% pulangan tunai: tiada had
  • Pendapatan minimum: RM3,000

Jika anda memerlukan kad yang memberikan anda kemudahan dan faedah setiap hari, termasuklah perbelanjaan eDompet, dapatkan HSBC Amanah Kad Kredit-I Mpower Platinum. Anda layak untuk menerima 8% pulangan tunai untuk perbelanjaan eDompet, barangan runcit dan minyak, sehingga maksimum RM45 setiap bulan atau RM540 setahun. Anda juga layak untuk menerima 0.2% pulangan tunai untuk kategori-kategori yang lain.

Walaupun kad ini mempunyai fi tahunan berjumlah RM240, ia sangat mudah untuk dikecualikan – hanya gunakan kad anda sekurang-kurangnya 12 kali dalam satu tahun.

Namun, anda perlu berbelanja sebanyak RM2,000 sebulan untuk layak menerima 8% pulangan tunai. Walaupun begitu, manfaat ini akan menguntungkan anda jika anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Gunakan kad kredit anda secara bijak

Kad pulangan tunai sememangnya akan menjimatkan anda beberapa ratus ringgit dalam satu tahun. Jika anda mempunyai beberapa kad pulangan tunai yang berbeza, anda pasti layak untuk memaksimumkan pulangan tunai ke atas semua perbelanjaan anda.

Tetapi anda harus ingat: walaupun kad-kad ini boleh membantu anda berjimat cermat, elakkan daripada berbelanja lebih daripada kemampuan anda dan sentiasa membayar bil kad kredit anda mengikut tempoh yang ditetapkan. Jika tidak, faedah bulanan akan menjejaskan corak pembayaran dan pengurusan pulangan tunai anda.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.