Caj Kewangan Kad Kredit Boleh Menyebabkan Anda Sengsara

kad kredit

Sebagai konsumer kad kredit yang bijak, ia sangat penting yang anda tidak merancang aliran tunai anda berdasarkan kadar faedah kad kredit yang diiklankan, kerana itu bukan cara nombor-nombor kad kredit berfungsi

Dalam artikel kad kredit kami sebelum ini, kami telah bincangkan akibat-akibat tidak membayar penuh kad kredit anda dan bagaimana ia secara tidak sengaja membawa kepada situasi muflis pada mereka yang tidak berdisiplin.

Dalam artikel ini, kami akan menuju selangkah lagi dengan menunjukkan anda bagaimana syarikat-syarikat kad kredit mengira caj-caj kewangan (iaitu faedah) berdasarkan baki tertunggak kad kredit anda – yang merupakan salah satu sebab kenapa ramai orang terkejar-kejar untuk menguruskan hutang-hutang kad kredit sepanjang masa.

Bagaimana Untuk Mengira Kadar Faedah Rata Bulanan.

Untuk memahami kenapa faedah kad kredit adalah sangat berbahaya untuk wang poket anda, mari kita lihat bagaimana faedah bulanan biasa dikira menggunakan kadar faedah rata. Ini sangat mudah dan boleh dibuat dengan hanya menggunakan kalkulator:

Faedah Bulanan Menggunakan Kadar Faedah Rata = (Kadar Faedah Tahunan (%) X Jumlah Prinsipal) / 12


Contoh: Katakan anda berhutang RM10,000 dan kadar faedah ialah 18% setahun, faedah bulanan anda ialah (18% X 10,000) / 12 = RM150


Bagaimana Pengiraan Kad Kredit Berbeza

Faedah kad kredit sangat berbeza di mana ia dikira berdasarkan pengkompaunan faedah setiap hari. Untuk memahami bagaimana ia berfungsi, pertimbangkan hal yang berikut:

Hari 1: Anda mula dengan jumlah prinsipal. Di penghujung hari, syarikat kad kredit menjadualkan faedah harian anda berdasarkan jumlah prinsipal ini dengan menggunakan kadar faedah harian (secara asasnya, dengan membahagikan kadar faedah tahunan anda dengan 365 hari). Kemudian, ia menambah faedah ini ke dalam jumlah prinsipal anda.

Hari 2: Anda sekarang mula dengan jumlah prinsipal yang lebih tinggi berbanding hari sebelumnya. Di penghujung hari, syarikat kad kredit menjadualkan faedah anda untuk hari tersebut sekali lagi, tetapi kali ini berdasarkan jumlah prinsipal anda yang baru dan lebih tinggi.

Hari 3 Dan Seterusnya: Sama dengan Hari 2 dan seterusnya…


Contoh: Katakan anda berhutang RM10,000 dan kadar faedah ialah 18% setahun, faedah bulanan anda ialah lebih kurang RM154… itu lebih RM4 berbanding jika anda dicaj berdasarkan kadar faedah rata! Disebabkan kaedah pengiraan pengkompaunan, kadar faedah sebenar yang dicaj kepada anda (juga dikenali sebagai “kadar faedah efektif”) ialah lebih kurang 19.7% setahun dan BUKAN 18% setahun!


Apa Makna Semua Ini?

Sebagai pengguna kad kredit yang bijak, ia sangat penting yang anda tidak merancang aliran tunai anda berdasarkan kadar kad kredit yang diiklankan, kerana itu bukan cara nombor-nombor kad kredit berfungsi.

Termasuk kadar faedah yang amat tinggi (iaitu bayangkan bagaimana gembiranya kita jika  deposit-deposit tetap kita membayar, contohnya, 18% setahun!), kaedah pengiraan pengkompaunan yang digunakan syarikat-syarikat kad kredit menjadikan kad kredit instrumen kewangan yang berbahaya pada yang tidak berdisiplin.

Kunci utama di sini ialah bayar sebanyak yang anda boleh (berbanding membayar sedikit yang mungkin, yang ramai orang lakukan pada ketika ini) dalam bil-bil kad kredit anda. Lagipun, ia tidak masuk akal untuk membiarkan diri anda dibebani jumlah caj-caj kewangan yang melampau – yang anda akan lakukan setiap hari selagi anda mempunyai baki yang belum dibayar dalam akaun kad kredit anda.

Jika artikel ini membuatkan anda berfikir mengenai penggunaan kad kredit anda, anda mungkin ingin melawat jadual perbandingan kad kredit  kami untuk melihat tawaran-tawaran yang berbeza daripada syarikat-syarikat kad kredit sekarang. Ia mungkin masanya untuk bertukar ke sesuatu yang lebih memberi manfaat kepada anda!

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image