Istilah Pelaburan: Apakah Itu Dividen?

Dividen adalah sejumlah wang yang dibayar secara berkala (biasanya suku tahun) oleh sebuah syarikat kepada para pemegang sahamnya dari keuntungan. Bunyi rumit? Baca seterusnya!

Satu contoh bagaimana dividen berfungsi

Katakan anda nak mulakan perniagaan pizza. Anda perlukan modal dan anda sedar wang simpanan tak berapa cukup. Jadi, anda pergi cari wang dari pelabur, dan sebagai pulangan melabur dalam perniagaan pizza anda, anda keluarkan saham kepada pelabur.

Kedai pizza pertama anda adalah satu kejayaan besar dan dapat menghasilkan banyak wang. Anda labur semula keuntungan dan buka lebih banyak kedai. Ini berterusan untuk beberapa tahun, dan akhirnya, perniagaan anda sampai pada satu tahap di mana pesaing terbesar anda adalah kedai-kedai pizza anda sendiri (ini juga dikenali sebagai ketepuan pasaran).

Pada ketika ini, anda pasti boleh terus buat wang yang banyak dari jualan pizza. Jadi, anda mula bayar kembali sebahagian dari keuntungan kepada pelabur. “Keuntungan pembayaran” yang kembali kepada pelabur ini pada asasnya dipanggil dividen.

Dividen berbeza-beza bergantung kepada bagaimana perniagaan dijalankan. Sebuah syarikat umumnya mula bayar dividen kepada para pemegang sahamnya apabila pertumbuhan syarikat itu mula perlahan. Kadar dividen berbeza-beza bergantung kepada industri.Sebagai contoh, telekomunikasi / utiliti syarikat dan amanah pelaburan hartanah (REIT) biasanya bayar dividen yang lebih tinggi, manakala internet / e-dagang dan syarikat biotek bayar lebih rendah(kadang-kadang tiada).

Sekarang – anda mungkin bertanya, adakah pelaburan dalam saham sejenis perjudian? Bacalah bimbingan pengguna baru melabur dalam saham untuk ketahui!

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image