Melabur Dalam Saham Buat Pelabur Baru

Tak larat lagi nak dengar rakan-rakan bercakap pasal pelaburan saham sedangkan anda tak faham? Baik, melabur dalam saham bukanlah rumit sangat macam sains roket. Di bawah ini kami jawab beberapa soalan popular yang selalu ditanya mengenai pelaburan saham:

Apakah maknanya mempunyai saham?

Satu saham atau sijil saham adalah dokumen undang-undang yang memperakui pemilikan dalam syarikat tertentu. Apabila anda memiliki saham dalam syarikat, anda dianggap sebagai “pemegang saham”. Sebagai pemegang saham, anda adalah sebahagian daripada pemilik syarikat, dan berhak kepada keuntungan yang dijana oleh syarikat, walaupun anda tak bekerja dengannya atau menjalankan urusannya. Menarik bukan?

Bagaimana anda buat duit dari pelaburan saham?

Secara umumnya, ada dua cara pelabur boleh buat wang dari melabur dalam saham:

1) Keuntungan berbentuk dividen: Sebagai sebuah syarikat yang menjana keuntungan, syarikat itu boleh mengagihkan sebahagian keuntungan itu kepada pemegang sahamnya. Pengagihan keuntungan ini dikenali sebagai “dividen”.

2) Keuntungan yang berbentuk keuntungan modal: apabila syarikat semakin besar dan lebih berharga, harga sahamnya akan naik . Sekiranya anda melabur pada harga yang lebih rendah, anda akan menjana wang dengan menjual saham pada harga yang lebih tinggi. Keuntungan anda dibuat dengan kaedah “membeli rendah dan menjual tinggi”, yang juga dikenali sebagai keuntungan modal.

Adakah melabur dalam saham satu bentuk perjudian?

Perjudian adalah permainan kalah atau menang (zero-sum). Ia ambil wang dari si kalah dan beri kepada pemenang. Tiada penghasilan nilai yang dibuat. Walau bagaimanapun, dengan membeli saham, anda melabur dalam perniagaan yang sebenar, yang menyumbang kepada kekayaan keseluruhan ekonomi. Walau bagaimanapun, dagangan saham boleh menjadi berrisiko, dan anda boleh berakhir dengan kehilangan banyak wang jika anda berspekulasi. Pastikan anda dapatkan nasihat profesional sebelum memulakan dagangan saham!

Sedia untuk berdagang saham?

Sebelum anda mula membeli dan menjual saham, anda perlu milikki akaun perdagangan saham. Lihatlah bimbingan ringkas mulakan perdagangan saham dalam empat langkah mudah!

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.