Mencari pinjaman perumahan tetapi tidak pasti akan apa yang patut anda lakukan? Kini anda boleh mengira bayaran bulanan, bayaran faedah dan butiran lain dengan mudah melalui kalkulator pinjaman perumahan kami. Pilih antara bank-bank utama di Malaysia untuk mendapatkan maklumat pembayaran balik berdasarkan kadar faedah yang terkini.
Maklumat Terkini: Kadar Pinjaman Asas (BLR) telah dikemaskinikan ke Kadar Asas (BR).
Cara untuk menggunakan kalkulator pinjaman perumahan Malaysia:
Maklumat Terkini: Pada 2 Januari 2015, Kadar Pinjaman Asas (BLR) telah dikemaskinikan ke Kadar Asas (BR) untuk mencerminkan perubahan baru-baru ini yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia, dan kemudiannya oleh bank-bank utama tempatan.
Dengan mengambil pinjaman perumahan daripada institusi kewangan di Malaysia, anda bersetuju untuk membuat bayaran ansuran bulanan termasuk kadar faedah yang dikenakan bagi satu tempoh masa (tempoh pinjaman). Pengiraan faedah dibuat berdasarkan jumlah pinjaman yang belum dijelaskan setiap bulan.
Hampir semua pinjaman perumahan di Malaysia bergantung pada Kadar Asas (BR). Kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman rumah anda biasanya adalah peratusan atas kadar asas, di mana ' BR + 0.3 %' (BR = 4.00%) akan menghasilkan kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman anda adalah sebanyak 4.3%.
Memilih bank yang betul adalah sukar kerana setiap bank mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Berikut adalah beberapa panduan untuk memilih bank yang paling sesuai untuk anda:
Meningkatkan jumlah pembayaran bulanan - sama ada sebagai pertambahan sejumlah bayaran tertentu atau peningkatan dalam jumlah pembayaran balik secara konsisten setiap bulan - boleh membantu anda menjimatkan kadar faedah yang dibayar serta mengurangkan tempoh pinjaman. Sebagai contoh, untuk pembiayaan rumah sepanjang 30 tahun, peningkatkan bayaran bulanan sebanyak hanya RM100 boleh menjimatkan lebih daripada RM1,000 setahun dalam faedah sahaja.
Jika anda berpeluang untuk mendapat kenaikan gaji atau mempunyai sejumlah wang simpanan yang stabil, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk meningkatkan pembayaran bulanan anda. Dapatkan pinjaman perumahan fleksi (semi-fleksibel dan fleksibel sepenuhnya) yang membenarkan anda membuat bayaran tambahan kepada pinjaman rumah anda dengan mudah sekali.
Kalkulator pinjaman rumah iMoney untuk Malaysia direka supaya anda dapat mengira dengan mudah pembayaran balik bulanan anda melalui 3 langkah mudah:
To make the calculator even more powerful and personalized, it also has the advanced options to allow you to to fill in your "Year of Birth". This will show you the total amount you will need to pay, how much of that is in interest, time taken to repay and how old will you be.
What happens if you increase your monthly payment? How much will you save? Our mortgage calculator for Malaysia helps you calculate that all in a matter of seconds.
Sebaik sahaja anda mempunyai bank pilihan dan berasa selesa dengan keupayaan pembayaran bulanan anda, anda bolehlah memohon gadai janji melalui perkhidmatan iMoney dan kami akan membantu anda menguruskannya sebaik mungkin.
Jika anda mahu membuat perbandingan pantas antara kesemua pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh bank-bank Malaysia, lawati laman Perbandingan Pinjaman Perumahan kami.