- Kadar Faedah
- Anda Bayar
- RM /mth
Pakej Full Flexi
Produk komprehensif – Pinjaman Berjangka dengan pilihan Overdraf, Pakej Semi-Flexi dan Full-Flexi
Tempoh Pinjaman: | Sehingga 35 Tahun |
Margin Pembiayaan: | 90% + 5% untuk pembiayaan MRTA dengan Hong Leong Assurance |
Sesuai Untuk: | Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing) |
Hong Leong Bank menawarkan pelbagai pinjaman perumahan termasuk Hong Leong Flexi Mortgage yang mempunyai ciri “bullet-payment” yang membenarkan anda untuk melakukan pembayaran balik prinsipal sehingga 35% sebagai pembayaran balik terakhir pada hujung tempoh pinjaman.
Selain itu, terdapat Hong Leong Housing Loan dengan pilihan tempoh berjangka dengan fasiliti overdraf dan juga pakej refinancing yang dikenali sebagai Hong Leong MortgagePlus yang membenarkan pembayaran balik secara berlebih untuk mengurangkan caj faedah. Pakej Hong Leong Special Housing Loan direka cipta khas untuk pembeli rumah kali pertama melalui penyertaan Hong Leong Bank di dalam Skim Rumah Pertamaku, iaitu program yang membantu pembeli rumah kali pertama yang berumur di bawah 35 tahun dan berpendapatan kasar di bawah RM5,000.
Pinjaman Perumahan Hong Leong Bank mempunyai tempoh lock-in selama 3 tahun dan anda boleh jangkakan penalti penyelesaian awal sehingga 3% dari jumlah terkumpul pinjaman sekiranya anda mahu membayar pinjaman secara penuh ataupun melakukan refinancing di dalam tempoh ini.
Tempoh lock-in serta nilai penalti dari Hong Leong adalah antara yang terendah berbanding dengan produk pinjaman perumahan lain di pasaran semasa. Margin pembiayaan yang ditawarkan oleh Hong Leong Bank boleh mencecah sehingga 90% dan tempoh maksimum pinjaman sehingga 30 tahun ATAU sehingga umur peminjam mencecah 65 tahun. MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) boleh dibiaya bersama dengan pinjaman, membuatkan margin pembiayaan boleh mencecah 95%, asalkan polisi MRTA ini dibeli dari Hong Leong Assurance.
Hong Leong Bank menawarkan pelbagai pakej pinjaman perumahan seperti Flexi Mortgage, Housing Loan, MortgagePlus, Special Housing Loan dan Skim Rumah Pertamaku dalam usaha memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza. Kami telah gabungkan ciri-ciri setiap pakej untuk perbandingan anda.
Produk | Ciri-ciri Utama | Adakah ini Pakej Flexi? |
---|---|---|
Flexi Mortgage |
|
Ya, Semi-Flexi |
Housing Loan |
|
Tidak |
MortgagePlus |
|
Ya, Full-Flexi |
Skim Rumah Pertamaku (My First Home Scheme) |
|
Tidak |
Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.
Flexi Mortgage | MortgagePlus | |
---|---|---|
Jenis Flexi | Semi-flexi | Full-flexi |
Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? | Tidak | Ya |
Yuran Penyelenggaraan Akaun | Tiada | RM10 sebulan |
Yuran Pengeluaran | RM50 | Tiada |
Terma & Syarat Pengeluaran | Tiada | Tiada |
Tiada syarat tertentu untuk permohonan pinjaman perumahan Hong Leong. Pemohon Skim Rumah Pertamaku perlulah warganegara Malaysia yang belum pernah membeli rumah, berumur 35 tahun dank e bawah serta mempunyai pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM5,000.
Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan Hong Leong Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:
Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Hong Leong Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Hong Leong Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.
Berikut merupakan beberapa kaedah pembayaran balik pinjaman perumahan Hong Leong.
Pemindahan Secara Online
: Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Hong Leong Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online.
MEPS
: Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.
Interbank GIRO
: Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.
Fasiliti Standing Instruction
: Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.
Mesin ATM Hong Leong Bank
: Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Hong Leong Bank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan Hong Leong.
Mesin Express Payment
: Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Hong Leong Bank.
Pembayaran Melalui Pos
: Poskan kepada Hong Leong Bank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.
Perbankan Telefon
: Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.