MBSB Logo

Pembiayaan Hartanah-i MBSB Bank

  • icon Kadar Faedah
    Kadar Keuntungan
  • icon Kadar Asas Baru
    Kadar Asas Baru
    2.65 %
  • icon Jenis Pinjaman
    Jenis Pinjaman
    Pinjaman Bertempoh
  • icon Tempoh Berkunci
    Tempoh Berkunci
    5 tahun

icon Kadar Asas Baru Kalkulator Pinjaman Pembiayaan

RM
tahun
Kadar Keuntungan
Anda Bayar
RM /mth

Apa yang menarik tentangPembiayaan Hartanah-i MBSB Bank?

  • Perlindungan Takaful yang fleksibel

  • Tiada caj penyelesaian awal

icon Kelayakan

Umur Minima: 21 Tahun
Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90% + 10% untuk pembiayaan MRTA
Sesuai Untuk: Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing)

Ulasan oleh iMoney

  • MBSB menawarkan satu produk pinjaman perumahan digelar MBSB Home Financing, yang disediakan untuk hartanah yang telah siap dan yang masih di bawah pembinaan, tidak lupa juga untuk refinancing. Pakej Zero Entry Cost disediakan untuk semua pinjaman bernilai RM150,000 ke atas. Margin pembiayaan pinjaman perumahan MBSB boleh mencecah sehingga 100% dan tempoh maksimum pinjaman sehingga 35 tahun (mengikut garis panduan terbaru Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 70 tahun. Pembelian polisi Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Personal Accident Insurance (PA) dari MBSB adalah wajib. Pinjaman perumahan MBSB mempunyai tempoh lock-in selama 5 tahun, menjadikannya antara tempoh terpanjang di pasaran.

  • MBSB menyediakan pinjaman perumahan konvensional dalam bentuk produk Home Financing. Ciri utama produk ini dirumuskan di bawah untuk perbandingan anda.

    Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
    MBSB Home Financing
    • Zero Entry Cost (RM150,000 dan ke atas) dan yuran perundangan subsidi (di bawah RM150,000) disediakan
    • Margin pembiayaan sehingga 100%
    • Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Personal Accident (PA) adalah wajib
    Tidak
  • Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan MBSB, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

    • Borang Permohonan
    • Kad Pengenalan
    • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
    • Salinan Individual Title Deed
    • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
    • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Borang EA terkini
    • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan
  • Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan MBSB untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari MBSB adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

  • MBSB kini mempunyai rangkaian cawangan yang kecil di mana kebanyakan pinjaman perumahan MBSB dibayar. Kekurangan ATM dan sokongan perbankan online membuatkan pembayaran balik sedikit sukar.

    Pemindahan Secara Online
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa MBSB anda untuk melakukan pembayaran secara online.

    MEPS
    : Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.

    Interbank GIRO
    : Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.

    Fasiliti Standing Instruction
    : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.

    Mesin ATM MBSB
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa MBSB anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan MBSB.

    Mesin Express Payment
    : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan MBSB.

    Pembayaran Melalui Pos
    : Poskan kepada MBSB cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.

    Perbankan Telefon
    : Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.