- Kadar Faedah
- Anda Bayar
- RM /mth
Pakej Flexi
Pilihan Pembayaran Balik Fleksibel
Pengeluaran lebihan yang mudah
Tempoh Pinjaman: | Sehingga 35 Tahun |
Margin Pembiayaan: | 90% |
Sesuai Untuk: | Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing) |
Maybank menawarkan pakej pinjaman perumahan yang fleksibel – MaxiHome – yang merupakan pinjaman perumahan semi-flexi dengan fasiliti pengeluaran semula. Juga terdapat skim pinjaman untuk hartanah di luar negara seperti di Melbourne dan London agar dapat menghapuskan impak perubahan mata wang ke atas ansuran gadai janji anda, selain dari pelbagai jenis pinjaman perumahan Islamik yang mematuhi Shariah. Pinjaman perumahan Maybank mempunyai tempoh lock-in selama 3 tahun dan boleh dikira sebagai tempoh kebiasaan apabila dibandingkan dengan produk dari bank lain. Jika anda mahu melakukan pembayaran penuh, anda perlu membayar penalti serendah 2% dari jumlah terkumpul pinjaman anda. Dengan pakej pinjaman perumahan Maybank, anda mendapat manfaat dari tempoh pinjaman yang lebih panjang sehingga 35 tahun (mengikut garis panduan terkini Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 65 tahun. Maybank juga boleh menawarkan margin pembiayaan sehingga 95% termasuk kos seperti Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA).
Maybank menawarkan dua pakej pinjaman perumahan yang kompetetif untuk memenuhi keperluan individu yang berbeza – MaxiHome dan Overseas Mortgage Loan Scheme. Ciri utama setiap pakej ini dirumuskan di bawah untuk perbandingan anda.
Produk | Ciri-ciri Utama | Adakah ini Pakej Flexi? |
---|---|---|
MaxiHome |
|
Ya, Semi-Flexi |
Maybank Overseas Mortgage Loan Scheme |
|
Ya, Semi-Flexi |
Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.
MaxiHome | Maybank Overseas Mortgage Loan Scheme | |
---|---|---|
Jenis Flexi | Semi-Flexi | Semi-Flexi |
Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? | Tidak | Tidak |
Yuran Penyelenggaraan Akaun | Tiada | Tiada |
Yuran Pengeluaran | RM25 | RM25 |
Terma & Syarat Pengeluaran | Jumlah harus mencecah nilai ribu. | Tiada |
Maybank menetapkan umur pemohon sekurang-kurangnya 25 tahun. Mereka juga membenarkan pembiayaan hartanah yang bernilai RM50,000 dan ke atas.
Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan Maybank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:
Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Maybank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Maybank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.
Dengan rangkaian cawangan terbesar, adalah mudah untuk membayar pinjaman perumahan Maybank. Terdapat juga cara selain dari pergi ke cawangan Maybank yang anda boleh gunakan:
Pemindahan Secara Online
: Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Maybank anda untuk melakukan pembayaran secara online.
MEPS
: Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.
Interbank GIRO
: Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.
Fasiliti Standing Instruction
: Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.
Mesin ATM Maybank
: Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Maybank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan Maybank.
Mesin Express Payment
: Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Maybank.
Pembayaran Melalui Pos
: Poskan kepada Maybank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.
Perbankan Telefon
: Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.