Standard Chartered Logo

Pinjaman Perumahan MortgageOne Standard Chartered

  • icon Kadar Faedah
    Kadar Faedah
  • icon Standardised Base Rate
    Standardised Base Rate
    3.00 %
  • icon Jenis Pinjaman
    Jenis Pinjaman
    Pinjaman Fleksi
  • icon Tempoh Berkunci
    Tempoh Berkunci
    Tiada

icon Standardised Base Rate Kalkulator Pinjaman Perumahan

RM
tahun
Kadar Faedah
Anda Bayar
RM /mth

Apa yang menarik tentangPinjaman Perumahan MortgageOne Standard Chartered?

  • Pakej Full Flexi

  • Tiada tempoh lock-in

  • Pengeluaran lebihan yang mudah

icon Kelayakan

Umur Minima: 21 Tahun
Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90%
Sesuai Untuk: Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing)

Ulasan oleh iMoney

  • Standard Chartered Bank menawarkan tiga pakej pinjaman perumahan yang termasuk pinjaman berjangka biasa dan pakej flexi. Conventional Housing Loan (pakej pinjaman berjangka biasa) memberikan anda kelayakan pinjaman yang tinggi sehingga 40% dari gaji anda. MortgageOne yang merupakan pakej pinjaman perumahan full-flexi Standard Chartered adalah pelan kewangan bersepadu yang menggabungkan akaun simpanan pembeli, akaun semasa dan deposit bank.

    Jumlah deposit digunakan untuk mengimbangi lebihan hutang apabila faedah dikira dan ini memastikan anda memaksimumkan penjimatan ke atas faedah. Standard Chartered juga menawarkan produk pinjaman perumahan yang dikaitkan kepada 3-Month Kuala Lumpur Inter-Bank Offered Rate yang digelar MortgageKLIBOR.

    Walaupun penanda aras kadar faedah yang digunakan adalah berbeza, kadar faedah terakhir untuk pakej pinjaman berjangka ini kekal bersaing dengan pakej lain. Pinjaman perumahan Standard Chartered tidak mempunyai tempoh lock-in, yang bermaksud tiada sekatan untuk anda lakukan refinancing ataupun jual hartanah anda.

    Standard Chartered boleh menawarkan anda margin pembiayaan sehingga 90% dan tempoh maksimum pinjaman sehingga 35 tahun (berdasarkan panduan terbaru Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 65 tahun.

  • Standard Chartered mempunyai beberapa pakej pinjaman perumahan yang inovatif dan rumusan tentang manfaat dan faedah pakej adalah seperti di bawah:

    Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
    Conventional Housing Loan
    • Pinjaman berjangka dengan ansuran bulanan tetap
    • Kelayakan pinjaman sehingga 40% dari gaji
    • Margin pembiayaan sehingga 90%
    Tidak
    MortgageOne
    • Menggunakan satu akaun tunggal yang menggabungkan kesemua deposit untuk mengurangkan faedah pinjaman
    • Faedah dikira berdasarkan kadar harian untuk lebih penjimatan
    • Payment holiday membenarkan peminjam untuk melangkau ansuran selama sebulan
    Ya, Full-flexi
    MortgageKLIBOR
    • Pinjaman perumahan dengan kadar faedah yang dikaitkan dengan KLIBOR (Kuala Lumpur Inter-Bank Offered Rates)
    • Membenarkan pembayaran secara lebih dari nilai ansuran
    Tidak
  • Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.

     MortgageOne
    Jenis Flexi Full-flexi
    Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? Ya
    Yuran Penyelenggaraan Akaun RM10 sebulan
    Yuran Redrawal Tiada
    Terma & Syarat Pengeluaran Tiada
  • Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan Standard Chartered Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

    • Borang Permohonan
    • Kad Pengenalan
    • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
    • Salinan Individual Title Deed
    • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
    • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Borang EA terkini
    • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan
  • Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Standard Chartered Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Standard Chartered Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

  • Berikut adalah beberapa cara pembayaran balik pinjaman perumahan Standard Chartered anda.

    Pemindahan Secara Online
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Standard Chartered Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online.

    MEPS
    : Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.

    Interbank GIRO
    : Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.

    Fasiliti Standing Instruction
    : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.

    Mesin ATM Standard Chartered Bank
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Standard Chartered Bank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan Standard Chartered.

    Mesin Express Payment
    : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Standard Chartered Bank.

    Pembayaran Melalui Pos
    : Poskan kepada Standard Chartered Bank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.

    Perbankan Telefon
    : Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.

Dapatkan tips kewangan mingguan!

*Tips percuma. Batalkan langganan bila-bila masa.
image of two hands holding a package