AFFINBANK Logo

Pembiayaan Perumahan Affin Bank

  • icon Kadar Faedah
    Kadar Faedah
  • icon Standardised Base Rate
    Standardised Base Rate
    3.00 %
  • icon Jenis Pinjaman
    Jenis Pinjaman
    Pinjaman Fleksi
  • icon Tempoh Berkunci
    Tempoh Berkunci
    3 tahun

icon Standardised Base Rate Kalkulator Pinjaman Perumahan

RM
tahun
Kadar Faedah
Anda Bayar
RM /mth

Apa yang menarik tentangPembiayaan Perumahan Affin Bank?

  • Pakej Full Flexi

  • Tiada caj penyelesaian awal

icon Kelayakan

Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90% + 5% untuk pembiayaan MRTA
Sesuai Untuk: Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing)

Maklumat Lanjut Mengenai Produk Tersebut

  • Pinjaman perumahan Affin Bank didatangkan bersama tempoh lock-in selama 5 tahun, menjadikannya di antara tempoh terpanjang antara bank-bank di Malaysia. Anda boleh jangkakan penalti penamatan awal bernilai 5% dari jumlah keseluruhan pinjaman jika anda membayar pinjaman atau melakukan refinancing dalam tempoh 3 tahun pertama dan 3% untuk 2 tahun berikutnya. Dengan itu, pinjaman perumahan Affin Bank adalah sesuai untuk pembeli yang tidak berniat untuk melakukan refinancing atau menjual hartanah mereka sekurang-kurangnya selama 5 tahun dari tarikh pembelian. Affin Bank menawarkan pakej pinjaman perumahan inovatif – Home Solution Plus yang menyediakan pilihan pinjaman flexi ataupun tanpa flexi, bergantung kepada objektif kewangan anda. Bagi mereka yang mahukan lebih fleksibiliti, pakej Home Flexi Plus adalah kombinasi pinjaman perumahan dan pembiayaan overdraft. Bagi mereka yang mahu meminjam kurang dari RM200,000, Home Assist Plus adalah pakej terbaik Affin Bank. Ia juga diklasifikasikan di bawah Skim Rumah Pertamaku, jadi jika anda adalah pembeli rumah kali pertama yang sedang mencari margin pinjaman sehingga 100%, anda boleh memohon dengan Affin Bank. Kesemua kadar faedah pinjaman perumahan Affin Bank dikira berdasarkan baki harian. Di luar Skim Rumah Pertamaku, Affin Bank menawarkan margin pembiayaan sehingga 90%-95% dan lebihan 5% untuk membiaya polisi MRTA anda. Untuk layak menerima keistimewaan ini, anda perlu pilih polisi MRTA dari AXA Insurance. Pemohon boleh meminjam sehingga tempoh maksimum selama 35 tahun (berdasarkan garis panduan baru dari Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga berumur 75 tahun.

  • Affin Bank menawarkan 4 pakej gadai janji yang menepati keperluan pelbagai individu di dalam bentuk Home Solution Plus, Home Flexi Plus, Home Assist Plus dan Skim Rumah Pertamaku. Ciri-ciri istimewa setiap pakej adalah seperti berikut:

    Produk Ciri-ciri Utama Jenis Pinjaman
    Home Solution Plus
    • Lebih penjimatan dengan kiraan kadar faedah ke atas baki harian
    • Membenarkan pembayaran lebih dari jumlah ansuran bulanan
    • Khas untuk hartanah bernilai RM200,000 dan ke atas
    Pinjaman Flexi atau Tanpa Flexi
    Home Flexi Plus
    • Lebih penjimatan dengan kiraan kadar faedah ke atas baki harian
    • Membenarkan pembayaran lebih dari jumlah ansuran bulanan
    • Kemudahan overdraft sehingga 70% dari jumlah pinjaman
    Pinjaman Tanpa Flexi + Overdraf
    Home Assist Plus
    • Lebih penjimatan dengan kiraan kadar faedah ke atas baki harian
    • Membenarkan pembayaran lebih dari jumlah ansuran bulanan
    • Khas untuk hartanah bernilai RM100,000 hingga RM200,000
    Pinjaman Full Flexi
    My First Home Scheme
    • Khas untuk pembeli rumah kali pertama
    • Umur pemohon dari 35 tahun dan ke bawah
    • Untuk individu yang berpendapatan bulanan sebanyak RM5,000 dan ke bawah
    Pinjaman Tanpa Flexi
  • Pakej pinjaman flexi membenarkan peminjam melakukan pembayaran balik secara lebih pada setiap bulan untuk mengurangkan caj kadar faedah bulanan yang dikenakan. Pakej ini datang bersama dengan spesifikasi, yuran dan syarat yang patut diberi perhatian disamping manfaat lain.

      Home Solution Plus Home Assist Plus
    Jenis Flexi Full-Flexi Full-Flexi
    Adakah akaun bank bersambung diperlukan? Ya Ya
    Yuran Penyelenggaraan Akaun Ada Tiada
    Yuran Pengeluaran RM25 RM25
  • Tidak kira sama ada anda adalah warganegara Malaysia atau tidak, anda layak untuk memohon gadai janji ini sekiranya anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan sedang mencari hartanah bernilai sekurang-kurangnya RM100,000. Bagi pakej Home Solution Plus, terdapat syarat minimum hartanah bernilai RM200,000 dan jumlah minimum pinjaman sebanyak RM100,000.

  • Jika anda telah memohon gadai janji Affin Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

    • Borang Permohonan
    • Kad Pengenalan
    • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
    • Salinan Individual Title Deed
    • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
    • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Borang EA terkini
    • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan
  • Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Affin Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah idaman anda serta jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney, dan kami akan hubungi anda semula. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Affin Bank ini adalah yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

  • Beberapa cara yang anda boleh lakukan pembayaran balik Pinjaman Perumahan Affin Bank termasuklah:

    Pemindahan Secara Online
    : Pindahkan wang dari akaun Simpanan atau Semasa Affin Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online

    MEPS
    : Bayar semula pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara

    Interbank GIRO
    : Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang terlibat atau melalui perbankan online

    Kemudahan Standing Instruction
    : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan

    Mesin ATM Affin Bank
    : Pindahkan wang dari akaun Simpanan atau Semasa Affin Bank anda untuk melakukan pembayaran di mana-mana cawangan Affin Bank

    Mesin Express Payment
    : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Affin Bank

    Pembayaran melalui Pos
    : Poskan kepada Affin Bank cek serta penyata anda di dalam sampul surat

    Perbankan Telefon
    : Bekalkan arahan melalui T-PIN supaya pembayaran pinjaman perumahan anda dilakukan melalui pemotongan dari akaun bank

Dapatkan tips kewangan mingguan!

*Tips percuma. Batalkan langganan bila-bila masa.
image of two hands holding a package