Public Bank Logo

Public Bank 5 HOME Plan

  • icon Kadar Faedah
    Kadar Faedah
  • icon Standardised Base Rate
    Standardised Base Rate
    3.52 %
  • icon Jenis Pinjaman
    Jenis Pinjaman
    Pinjaman Fleksi
  • icon Tempoh Berkunci
    Tempoh Berkunci
    3 tahun

icon Standardised Base Rate Kalkulator Pinjaman Perumahan

RM
tahun
Kadar Faedah
Anda Bayar
RM /mth

Apa yang menarik tentangPublic Bank 5 HOME Plan?

  • Pakej Flexi

  • Pilih semula dan sediakan semula kemudahan yang tersedia

icon Kelayakan

Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90% + 5% for GMTT (Group Mortgage Term Takaful)
Sesuai Untuk: Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing)

Ulasan oleh iMoney

  • Antara produk pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh Public Bank adalah 5 Home Plan yang memberikan anda pilihan pembayaran balik tetap, flexi ataupun graduate dan juga MORE Plan yang direka untuk refinancing hartanah. Pakej 5 Home Plan memberikan peminjam fleksibiliti untuk memilih kadar tetap atau kadar berubah-ubah. Terdapat juga pilihan Graduate Home Loan yang membenarkan pembayaran faedah sahaja untuk tempoh awal pinjaman supaya dapat memaksimakan keupayaan kemampuan pembeli. Pinjaman perumahan Public Bank mempunyai tempoh lock-in selama 3 tahun, di mana peminjam perlu membayar penalti penyelesaian awal sebanyak 2% jika mereka bercadang untuk melakukan refinancing ataupun menjual hartanah mereka. Nilai penalti ini bergantung kepada jumlah pinjaman terkumpul. Setiap pelan pinjaman perumahan Public Bank menawarkan pilihan Zero Entry Cost. Margin pembiayaan boleh mencecah sehingga 100% termasuk yuran perundangan, duti setem dan pembiayaan MRTA (Mortgage Term Reducing Assurance). Tempoh pinjaman pula boleh mencapai sehingga 35 tahun ATAU sehingga umur peminjam mencecah 70 tahun. Pembelian Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Personal Accident Insurance (PA) adalah wajib.

  • Public Bank menawarkan variasi pakej pinjaman perumahan yang memenuhi pelbagai jenis pembelian yang berbeza. Maklumat lanjut Pakej 5 Home Plan dan MORE Plan dirumuskan seperti di bawah.

    Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
    5 Home Plan
    • Pilih dari pakej kadar tetap, flexi atau Graduate Loan
    • Tempoh pinjaman sehingga 35 tahun
    • Pilihan untuk pengeluaran semula dan fasiliti overdraf
    Ya, Semi-Flexi
    MORE Plan
    • Direka khas untuk refinancing
    • Peminjam yang layak akan dapat kad kredit percuma dengan pengecualian yuran tahunan
    Ya, Full-Flexi
  • Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.

      5 Home Plan MORE Plan
    Jenis Flexi Semi-flexi Full-flexi
    Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? Tidak Tidak
    Yuran Penyelenggaraan Akaun Tiada Tiada
    Yuran Redrawal RM50 RM50
    Terma & Syarat Redrawal Tiada Tiada
  • Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan Public Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

    • Borang Permohonan
    • Kad Pengenalan
    • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
    • Salinan Individual Title Deed
    • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
    • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Borang EA terkini
    • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan
  • Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Public Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Public Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

  • Public Bank mempunyai rangkaian cawangan yang meluas di seluruh Malaysia. Selain dari ini, terdapat beberapa kaedah mudah untuk anda lakukan pembayaran.

    Pemindahan Secara Online
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Public Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online.

    MEPS
    : Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.

    Interbank GIRO
    : Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.

    Fasiliti Standing Instruction
    : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.

    Mesin ATM Public Bank
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Public Bank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan Public Bank.

    Mesin Express Payment
    : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Public Bank.

    Pembayaran Melalui Pos
    : Poskan kepada Public Bank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.

    Perbankan Telefon
    : Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.

Dapatkan tips kewangan mingguan!

*Tips percuma. Batalkan langganan bila-bila masa.
image of two hands holding a package