- Kadar Faedah
- Anda Bayar
- RM /mth
Pakej Full Flexi
Pengeluaran lebihan yang mudah
CIMB InstaApproval - Kelulusan 1-Minit (Hanya untuk bank dan pemaju yang mengambil bahagian).
Tempoh Pinjaman: | Sehingga 35 Tahun |
Margin Pembiayaan: | 90% + 5% for GMTA (Group Mortgage Term Assurance) |
Sesuai Untuk: | Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing) |
CIMB Bank menawarkan pelbagai pakej yang fleksibel untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berlainan. Pakej konvensional HomeLoan didatangkan bersama kadar faedah yang berubah-ubah dan amat sesuai untuk mereka yang lebih gemarkan pembayaran balik awal yang rendah. Ia juga membenarkan pinjaman perumahan bersaiz kecil. Jumlah minimum pinjaman untuk produk ini ialah sebanyak RM15,000.
Pakej HomeFlexi CIMB disediakan untuk pinjaman berjumlah RM150,000 dan ke atas dan mempunyai ciri fleksibiliti pembayaran balik kerana ia membenarkan anda untuk mendepositkan apa-apa nilai pada bila-bila masa ke dalam sambungan akaun semasa untuk menjimatkan pembayaran faedah. Selain dari itu, CIMB Bank menawarkan pinjaman perumahan pada kadar yang dihadkan sekiranya berlaku perubahan dalam kadar BR (Base Rate).
Pakej kadar yang dihadkan ini juga membolehkan pilihan untuk menentukan semula harga setiap 3 hingga 5 tahun supaya pelanggan tidak perlu melakukan refinancing. CIMB juga mengambil bahagian di dalam Skim RUmah Pertamaku yang direka khas untuk pembeli rumah kali pertama yang berumur di bawah 35 tahun serta menawarkan pakej pinjaman perumahan yang mematuhi Shariah untuk pelanggan perbankan Islamik.
Pinjaman perumahan CIMB baru-baru ini mengenakan semula tempoh lock-in selama 3 tahun, menjadikannya antara tempoh yang terpendek jika dibandingkan dengan bank-bank lain. Margin pembiayaan sehingga 90% + 5% disediakan dengan tambahan 5% akan digunakan untuk membiaya kos MRTA dan kos kemasukan lain.
Elaun 5% ini adalah bergantung kepada pakej tertentu yang dipilih oleh bakal peminjam. CIMB menawarkan tempoh pinjaman sehingga 35 tahun (mengikut garis panduan terkini Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 70 tahun.
Kepelbagaian pakej pinjaman yang ditawarkan oleh CIMB yang termasuk HomeLoan, HomeFlexi, Capped Rate Home Loan dan Skim Rumah Pertamaku boleh memenuhi keperluan berbeza setiap individu. Kami telah menyusun ciri utama kesemua pinjaman perumahan tersebut untuk memudahkan perbandingan buat anda mencari pinjaman yang paling sesuai untuk diri anda.
Produk | Ciri-ciri Utama | Adakah ini Pakej Flexi? |
---|---|---|
HomeLoan |
|
Tidak |
HomeFlexi |
|
Ya, Full-Flexi |
Capped Rate Home Loan |
|
Tidak |
Skim Rumah Pertamaku |
|
Tidak |
Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.
HomeFlexi | |
---|---|
Jenis Flexi | Full-Flexi |
Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? | Ya |
Yuran Penyelenggaraan Akaun | RM10 setahun |
Yuran Pengeluaran | Tiada |
Terma & Syarat Pengeluaran | Tiada |
Semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas boleh memohon pinjaman perumahan CIMB.
Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan CIMB Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:
Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan CIMB Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari CIMB Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.
Terdapat banyak cara untuk melakukan pembayaran balik pinjaman perumahan CIMB. Mereka juga mempunyai salah satu rangkaian cawangan terbesar di Malaysia yang semestinya memudahkan pembayaran secara fizikal.
Pemindahan Secara Online
: Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa CIMB Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online.
MEPS
: Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.
Interbank GIRO
: Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.
Fasiliti Standing Instruction
: Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.
Mesin ATM CIMB Bank
: Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa CIMB Bank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan CIMB.
Mesin Express Payment
: Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan CIMB Bank.
Pembayaran Melalui Pos
: Poskan kepada CIMB Bank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.
Perbankan Telefon
: Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.