Syarikat Besar = Harga Saham Tinggi? Anda Silap!

(Artikel ini asalnya muncul di www.howtofinancemoney.com)

Dalam dunia hari ini, kita biasanya menilai sesuatu produk atau perkhidmatan dengan melihat harganya. Jika sesuatu item itu berharga tinggi, biasanya bermaksud ia bernilai tinggi.

Malangnya, ini tak boleh dipakai dalam saham.

Kerap kali, anda mungkin mendengar komen tentang bagaimana sebuah syarikat tertentu hebat kerana harga sahamnya yang lebih tinggi dari pesaingnya.
Ini adalah sebuah mitos (hikayat dongeng).

Berikut adalah fakta: harga saham sebuah syarikat tak beritahu anda apa-apa tentang nilai syarikat tersebut. Harga juga tak beritahu anda apa-apa tentang saiz syarikat.

Kami tak nak bagi penjelasan terperinci tentang bagaimana harga saham syarikat ditentukan (anda boleh tengok Google kalau berminat!).

Secara mudahnya, anggaplah anda milikki sebuah syarikat bebas hutang dan ia dianggarkan bernilai RM100 oleh satu kumpulan pakar yang kerja mereka semata-mata menganggarkan nilai syarikat-syarikat seperti syarikat anda (ya, mereka wujud dan dikenali sebagai penganalisis saham).

Mari kita anggap bahawa anda dah tak larat lagi dengan syarikat anda. Daripada menutupnya, anda buat keputusan untuk beri syarikat kepada 10 pelabur.

Salah satu caranya ialah dengan mengeluarkan 10 saham, satu untuk setiap pelabur. Secara teorinya, setiap saham akan bernilai RM10 – kiraan mudah (RM100 dibahagikan dengan 10).

Sekarang mari kita anggap, anda nak keluarkan bukan 10 tetapi 100 saham. Dalam kes ini, setiap pelabur akan terima 10 saham, masing-masing bernilai RM1 –
sekali lagi, kiraan mudah (RM100 dibahagikan dengan 100).

Jika anda mkeluarkan 1,000 saham, setiap pelabur akan terima 100 saham, dan setiap saham bernilai RM0.10 – Anda faham kan?

Perhatikan bagaimana harga saham tak ada kaitan dengan nilai syarikat? Sama ada ia RM0.10 sesaham atau RM10 sesaham, harga tak menggambarkan nilai sebenar syarikat – RM100 dalam kes ini. Untuk menganggarkan nilai syarikat, anda juga perlu tahu jumlah saham yang telah dikeluarkan.

Sekarang mari kita pergi satu langkah ke hadapan.

Kita andaikan bahawa kumpulan pelabur ini beranggapan syarikat anda adalah benar-benar bernilai RM200 dan bukannya RM100. (Ingat, penilaian syarikat RM100 pada asalnya dinilai oleh pakar-pakar / penganalisis saham).

Dalam senario ini, harga RM10 untuk satu saham – andaikan anda hanya keluarkan 10 saham – adalah satu tawaran yang menguntungkan. Kerana kepada pelabur, setiap saham itu patut bernilai RM20.

Sudah tentu, ada banyak sebab mengapa pelabur-pelabur berfikir syarikat anda bernilai lebih dari yang sepatutnya (mungkin mereka tahu maklumat mengenai syarikat anda yang kumpulan penganalisis saham terlepas pandang, seperti bagaimana syarikat itu adalah hampir menemui penawar untuk kanser, atau mungkin kumpulan pelabur itu percaya dengan ketiadaan anda, syarikat itu akhirnya akan capai potensinya yang penuh).

Hakikatnya ialah, RM200 adalah apa yang pelabur fikir nilai syarikat anda – Ia adalah satu penilaian bahawa mereka sendiri buat dengan bebas, berdasarkan kepada pertimbangan terbaik mereka. Ia juga merupakan satu pendapat. Kepada pelabur, pada harga RM10, harga saham syarikat anda adalah benar-benar “murah”, tetapi kepada penganalisis saham, RM10 adalah harga yang berpatutan.

Jadi apa yang kita boleh belajar di sini?

1) Maklumat penting ialah: harga saham syarikat tak beritahu anda apa-apa tentang nilai syarikat, kerana syarikat boleh memanipulasi harga sahamnya dengan menerbitkan lebih atau kurang saham.

2) Sama ada saham sesebuah syarikat adalah mahal atau murah bergantung kepada tinggi mana anda fikir nilai sebenar syarikat tersebut. Jadi, melainkan anda adalah seorang penganalisis yang berpengalaman, atau tahu sesuatu tentang syarikat yang ramai orang awam tak tahu, lebih berhemah untuk anggap anda juga tak tahu.

3) Kami tak sentuh mengenai perkara ini sebelumnya, tapi untuk tentukan saiz syarikat, cara biasa adalah dengan mendarab bilangan saham yang diterbitkan oleh syarikat dengan harga saham (dalam bidang kewangan, kita panggil ianya sebagai permodalan pasaran syarikat).

Dalam contoh di atas, modal pasaran syarikat anda adalah RM100 (10 saham diterbitkan x RM10 sesaham, atau 100 saham yang diterbitkan x RM1 sesaham, atau RM1,000 terbitan saham x RM0.10 sesaham).

Kuiz: Jadi, apakah syarikat terbesar di dunia hari ini?
Jawapan: Apple (pada masa penulisan), pada permodalan pasaran sebanyak US$560 bilion.

Lihat beberapa pesaing Apple di bawah ini, dan perasan bagaimana harga saham bagi setiap syarikat benar-benar tak beritahu anda apa-apa tentang nilai atau saiz.

Harga saham Apple = US$603, permodalan pasaran = US$560 bilion
Harga saham Google = US$608, permodalan pasaran = AS$198 bilion
Harga saham Microsoft = US$29, permodalan pasaran = AS$243 bilion

Dan hanya untuk suka-suka: syarikat mana yang punyai harga saham tertinggi di dunia hari ini?

Jawapan: Berkshire Hathaway (syarikat Warran Buffett), pada harga AS$124,940 sesaham, permodalan pasaran = US$206 bilion

Nak mula berdagang saham? Ketahui kadar brokeraj terbaik yang ditawarkan di Malaysia

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.