Simpanan Tetap – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Walaupun ia mudah, sesetengah simpanan tetap menawarkan berbagai ciri. Berikut, kita akan bincangkan sebahagian dari ciri-ciri biasa yang anda akan dapati bila membuat perbandingan di antara simpanan tetap yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia.

Kekerapan pembayaran faedah

Ini merujuk kepada masa faedah atas simpanan tetap anda dikira dan dibayar. Opsyen yang paling biasa ialah pembayaran faedah pada tarikh matang (iaitu pada penghujung tempoh yang dipersetujui) untuk simpanan tetap jangka pendek, dan pembayaran faedah tahunan (iaitu itu setiap tahun) untuk simpanan tetap jangka panjang. Sesetengah dari opsyen biasa termasuklah:

  • Pembayaran tahunan: faedah dibayar pada hujung setiap tahun
  • Pembayaran separa-tahun: faedah dibayar pada hujung setiap enam bulan
  • Pembayaran suku tahunan: faedah dibayar pada hujung setiap empat bulan
  • Pembayaran dua minggu: faedah dibayar pada hujung setiap dua minggu
  • Pembayaran mingguan: faedah dibayar pada hujung setiap minggu
  • Pembayaran pada tarikh matang: faedah dibayar pada hujung tempoh simpanan tetap

Kiraan faedah simpanan tetap

Di Malaysia, bank selalunya menyebut kadar faedah tahunan bagi simpanan tetap. Contohnya, kadar faedah simpanan tetap 3 bulan akan disebut sebagai 3.05% p.a. (p.a. juga di kenali sebagai per annum atau setahun). Ini bermakna, untuk pelaburan berjumlah RM10,000, jumlah faedah atas pelaburan ini ialah: RM10,000 x 3.05% x (3 bulan/12 bulan) = RM76.25

Pelaburan atau pembaharuan otomatik

Sekiranya akaun simpanan tetap anda mempunyai kemudahan pelaburan atau pembaharuan otomatik, bank akan melaburkan semula wang anda secara otomatik (termasuk faedah yang diperolehi) ke dalam pelaburan simpanan tetap yang baru bila pelaburan lama sudah sampai tempoh matangnya. Pelaburan simpanan tetap yang baru ini akan dilaburkan untuk jangka masa yang sama, tetapi kadar faedahnya tak semestinya sama dengan pelaburan sebelumnya. Anda dinasihatkan mencatat peringatan dalam diari anda untuk membandingkan kadar faedah simpanan tetap sebelum tempoh matang tiba. Untuk membatalkan opsyen pelaburan atau pembaharuan otomatik, anda hanya perlu beritahu bank sebelum sampai tempoh matang simpanan tetap anda.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.