PRS (Bahagian 4): Mengira Manfaat Skim Persaraan Swasta

Mengetahui cara untuk mengira nombor-nombor tersebut adalah penting dalam memantau prestasi pelan PRS anda.

Mengetahui cara untuk mengira nombor-nombor tersebut adalah penting dalam memantau prestasi pelan PRS anda.

Dalam Bahagian 4 Siri PRS iMoney, kita menyelidik harga dan prestasi untuk pelan-pelan PRS, yang ditentukan oleh sesuatu yang dipanggil Nilai Aset Bersih (NAB).

NAB secara asasnya adalah nilai bersih portfolio pelan PRS dibahagikan dengan bilangan unit. Tapi jika ini mengelirukan anda, jangan risau. Sebagai pencarum PRS, apa yang anda perlu tahu adalah NAB merupakan satu nombor penting yang ditabulasikan oleh penyedia PRS setiap hari, dan boleh mempengaruhi caruman PRS anda dalam 4 cara berikut:

1) Apabila Membuat Caruman, Anda Sebenarnya Membeli Unit Berdasarkan NAB

Pertama sekali, fahami bahawa bila anda memutuskan untuk membuat caruman dalam pelan PRS, anda sebenarnya membeli jumlah unit yang tertentu menggunakan formula ini:

Jumlah Unit = Caruman Anda / NAB

Contoh:
– Katakan anda mencarum RM1,000 kepada satu pelan PRS.
– Jika NAB pelan RM 1, anda akan memiliki 1000 unit pelan tersebut (RM1,000 / RM1).
– Jika NAB pelan RM 2, anda akan memiliki 500 unit pelan tersebut (RM1,000 / RM2).

2) NAB Membolehkan Anda Memantau Prestasi Akaun PRS Anda

Untuk memantau nilai dan prestasi akaun PRS anda, hanya bandingkan NAB semasa pelan PRS anda dengan NAB ketika pertama kali anda mencarum kepada pelan tersebut.

Contoh-contoh Untung / Rugi NAB:
– Anda memiliki 500 unit pelan PRS dengan NAB RM2. Akaun anda bernilai RM2 X 500 unit = RM1,000.
– Jika NAB tersebut naik ke RM3, akaun anda kini bernilai RM3 X 500 unit = RM1,500.
– Jika NAB tersebut turun ke RM1, akaun anda kini bernilai RM1 X 500 unit = RM500.

3) NAB Mempengaruhi Caruman-caruman Baru Kepada Pelan PRS Anda

Atas budi bicara,para pencarum PRS boleh memilih untuk meningkatkan caruman anda kepada pelan PRS. Dalam kes sebegini, jumlah unit yang anda akan beli bergantung kepada NAB pada masa tersebut.

Contoh:
– Berdasarkan kepada anggapan awal yang anda mencarum RM1,000 untuk melabur dalam 500 unit dalam pelan PRS yang bermula dengan NAB RM2.
– Katakan anda membuat keputusan selepas tempoh tertentu untuk membuat caruman tambahan RM1,000 bila NAB naik ke RM4.
– Jumlah unit baru yang anda beli = RM1,000 / RM4 = 250 unit. Digabungkan dengan caruman-caruman awal anda, akaun anda kini bernilai RM4 X 750 unit = RM3,000.

4) Dividen Mengubah NAB Pelan PRS Anda

Sesekali, penyedia PRS anda boleh mengisytiharkan bayaran dividen ke atas pelan PRS anda. Bila ini berlaku, NAB pelan PRS anda dikurangkan berdasarkan nilai dividen-dividen tersebut.

Contoh:
– Katakan satu pelan PRS dengan NAB RM4 mengisytiharkan dividen RM1 per unit.
– Jika anda memegang 750 unit, anda akan menerima RM1 X 750 unit = RM750.
– Dividen RM1 per unit ditolak daripada NAB pelan PRS tersebut, dengan itu, NAB bagi akaun tersebut kini RM4 – RM1 = RM3.
– Oleh itu, akaun anda kini bernilai RM3 X 750 unit = RM2,250.

Jadi, berikut adalah empat perkara asas yang anda perlu tahu tentang harga dan nombor-nombor PRS. Dengan membuat penambahan caruman dan pelan, ia boleh menjadi agak rumit. Tapi setelah anda faham bagaimana pengiraan dibuat, anda akan berupaya memantau akaun-akaun anda dan memaksimakan pendapatan anda dengan lebih baik. Sekarang, untuk mempelajari risiko pelan-pelan PRS, teruskan ke Bahagian 5 Siri PRS iMoney.

Secara alternatif, jika anda fikir deposit tetap adalah satu jalan yang perlu diambil dalam perancangan kewangan anda; klik carta perbandingan deposit tetap  kami untuk melihat bank mana yang menyediakan kadar faedah terbaik sekarang!

Leave your comment