PRS (Bahagian 2): Istilah Skim Persaraan Swasta

PRS

Sebelum kita hurai PRS dengan lebih lanjut, baik kita mulakan dengan memperkenalkan beberapa istilah yang anda akan temui bila mencari PRS.

PRS

Skim Persaraan Swasta. Sukarela, dana pencen swasta, menyerupai KWSP.

Penyedia PRS

Penyedia dana yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Biasanya, bank pelaburan yang mantap. Pada masa kiini terdapat hanya lapan penyedia yang diluluskan:

  • American International Assurance Bhd
  • AmInvestment Management Sdn Bhd
  • CIMB-Principal Asset Management Bhd
  • Hwang Investment Management Berhad
  • ING Funds Bhd
  • Manulife Unit Trust Bhd
  • Public Mutual Bhd
  • RHB Investment Management Sdn Bhd

Perunding PRS

Individu yang diberi lesen untuk menawarkan produk PRS. Perunding ini perlu:

  • Berdaftar dengan FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia)
  • Tiada rekod buruk
  • Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
  • Telah lulus peperiksaan PRS kendalian FIMM

PPA

Pentadbir Pencen Swasta (PPA). Dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC), mereka bertindak sebagai pusat penyimpanan rekod, sumber dan kajian semua perkara berkenaan PRS. Anda boleh mengurus pelbagai dana caruman PRS anda pada penyedia berlainan melalui PPA.

Pemegang Amanah

Pihak berkecuali yang melindungi pelabur dengan memastikan dana diurus mengikut objektif dan keperluannya. Ia memegang aset di mana pelaburan dibuat bagi pihak pelabur.

SC

Suruhanjaya Sekuriti (SC). SC adalah badan pengawalselia yang diberi kuasa undang-undang untuk menyelia industry PRS. Ia juga mengawalselia lain-lain produk pelaburan dan penyedia pelaburan.

Opsyen Dana atau Pelan Dana

Opsyen pelaburan ditawarkan kepada anda oleh pelbagai penyedia. Opsyen-opsyen ini berbeza mengikut risiko yang diambil.

Harga Seunit

Harga seunit dana PRS sama dengan konsep harga satu saham. Harga seunit ditentukan berdasarkan nilai dana, dan naik turun dari masa ke semasa. Unit-unit PRS dinilai setiap hari.

Pemberian

Istilah yang digunakan untuk merujuk kepada pendapatan pelaburan. Pemberian dari PRS anda adalah seperti dividen yang anda terima dari pelaburan saham. Seperti dividen, pemberian dari dana PRS adalah tidak tentu.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.