Pelan Internet Jalur Lebar Baharu Sudah Tiba; Inilah Apa Yang Anda Perlu Tahu

Pelan Internet Jalur Lebar Baharu Sudah Tiba; Inilah Apa Yang Anda Perlu Tahu

Berkat daripada Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP), kerajaan telah mewajibkan para pembekal perkhidmatan internet (ISP) agar mengurangkan harga pelan internet jalur lebar untuk isi rumah. Jadi, di manakah anda boleh mendapat maklumat tersebut?

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengemukakan kenyataan yang meliputi segala perubahan yang tertera dalam landskap ISP, nescaya menonjolkan kejayaannya dalam penurunan harga serta peningkatan purata kelajuan internet jalur lebar. Kesemua inisiatif ini akan dilaksanakan tanpa perlu mengehadkan kuota data yang mengawal penggunaan bandwidth.

Kini, rakyat Malaysia di Lembah Klang dapat memanjakan diri dengan pelbagai pilihan pelan internet jalur lebar. Kami telah mengemaskini senarai pelan internet jalur lebar terkini untuk anda.

Maxis

Maxis merupakan ISP pertama yang memperkenalkan pelan pasca-MSAP yang baharu. Tindakan ini telah mendesak para pembekal internet lain untuk menangani kadar langganannya yang kian menurun, lantas membolehkan Maxis untuk mengaut keuntungan sebagai perintis dalam pasaran tersebut. Hakikatnya, persaingan sengit telah dicetuskan terutamanya dalam usaha pembekal sekalian untuk melancarkan pelan yang selaras dengan harga pasaran.

Muat TurunMuat NaikHarga
Maxis ONE Home 3030Mbps30MbpsRM89
Maxis ONE Home 100100Mbps50MbpsRM129

Antara perubahan ketara mengenai pelan Maxis ialah tawarannya yang fokus kepada dua pakej yang menawarkan harga jauh lebih rendah berbanding dengan bayaran pelan jalur lebar untuk kebanyakan isi rumah.

Namun, tiada lagi maklumat mengenai pengguna sedia ada yang telah dinaik taraf kepada pakej baru serta pelanggan harus membuat perubahan sendiri. Walau bagaimanapun, timbulnya kekangan pelan peralihan, iaitu peralihan hanya dibukakan kepada pengguna yang sudah menyelesaikan kontrak sebelumnya yang selama dua tahun atau pengguna tersebut akan menghadapi yuran pembatalan yang sebanyak RM500.

TM UniFi

Telekom Malaysia mempunyai liputan internet jalur lebar terluas di seluruh Malaysia. Oleh sebab itu, anda berkemungkinan besar akan menggunakan perkhidmatan internet yang dibekalkan oleh UniFi. Hal ini khususnya kepada anda yang bersinggah di luar kawasan Lembah Klang. Dengan ini, TM telah mengambil pendekatan dua arah untuk mematuhi MSAP.

Pendekatan pertama adalah untuk menaik taraf pelanggan UniFi sedia ada menerusi program UniFi Turbo. Ekoran inisiatif ini, semua pelanggan dapat menikmati peningkatan kelajuan sehingga 10 kali lebih cepat berbanding dengan apa yang sedia ada. Sebagai contoh, pengguna dengan pelan 10Mbps akan diserap sehingga 100Mbps, manakala pelan 30Mbps akan naik sehingga 300Mbps. Satu-satunya pengecualian ialah pengguna pelan UniFi 100 yang memiliki sambungan selaju 100Mbps akan dipertingkat ke 800Mbps.

Kerja penaikan taraf adalah agak perlahan selama ini kerana hanya segelintir pelanggan yang dilaporkan telah menerima rangsangan laju dalam tempoh dua bulan sejak pelancarannya.

Pendekatan kedua dari TM adalah memperkenalkan pelan UniFi baharu. Dengan ini, pelan UniFi yang sedia ada akan digantikan.

Muat TurunMuat NaikHarga
UniFi Basic30Mbps*10MbpsRM79
UniFi Pro 100100Mbps50MbpsRM129

Terdapat beberapa kaveat yang terkandung dalan pelan-pelan yang telah dikeluarkan oleh UniFi. Pertama sekali, pelan ini hanya tersedia untuk pelanggan baru, iaitu golongan pengguna yang ingin beralih. Sebelum peralihan pelan, para pengguna haruslah membatalkan langganan mereka yang sedia ada dan seterusnya melakukan permohonan baru. Memandangkan penalti TM yang agak berat terhadap pembatalan awal, langkah ini mungkinlah bukan antara pilihan yang terbaik bagi mereka yang masih terperangkap dalam kontrak dua tahun.

Kaveat kedua adalah mengenai UniFi Basic yang hanya tersedia melalui saluran TM tersendiri. Dengan kata lain, pendaftaran mestilah dilakukan di lokasi TM Point rasmi, bukannnya semata-mata peniaga biasa. Sebenarnya, ia amat mengehadkan akses pelan-pelan untuk mendekati orang ramai.

Akhirnya, kuota data yang rendah adalah daripada UniFi Basic. Memandangkan pelan telefon bimbit menawarkan 40GB pada masa kini, kuota data bulanan sebanyak 60GB tidak memadai untuk penggunaan isi rumah. Lagipun 40GB adalah khususnya untuk pengunaan seorang sahaja. Bayangkan keluarga berempat yang peru bertanding untuk 60GB yang begitu terhad.

Jika anda menggunakan seluruh quota UniFi Basic, kelajuan muat turun akan dihadkan kepada 128kbps sahaja.

Mengakui kuota datanya yang rendah, TM telah memperkenalkan satu program yang menawarkan pelanggan Streamyx dengan kelajuannya yang mampu bersaing dengan pengguna UniFi. Ini termasuklah peningkatan percuma ke UniFi (jika ada) atau hanya menyediakan peningkatan kelajuan.

TIME Fibre

Sebagai ISP terakhir yang mengumumkan produk baru, TIME berkesempatan untuk menyaksi persaingan antara ISP lain, lantas memperkenalkan tawaran yang paling sesuai untuk berdepan dengan keadaan pasaran. Oleh kerana begitu TIME telah melancarkan beberapa pakej internet jalur lebar yang paling kompetitif dalam sejarah Malaysia. Termasuklah sambungan gigabit yang pertama sekali di negara kita!

Muat TurnMuat NaikHarga
TIME Fibre 100100Mbps100MbpsRM99
TIME Fibre 500500Mbps500MbpsRM149
TIME Fibre 1Gbps1Gbps1GbpsRM199

Pada dasarnya, sambungan sebanyak satu gigabit merangkumi kapasiti jalur lebar yang jauh lebih banyak daripada apa yang diperlukan oleh anda. Hal ini tetap menjadi fakta biarpun anda telah mendedikasikan diri anda untuk melayari Netflix dalam 4K sambil memuat turun setiap filem yang sedia ada. Walau bagaimanpun, anda masih memilki jalur lebar yang mencukupi untuk menonton video 8K di YouTube pada masa yang sama.

Pastinya, 1Gbps adalah penting bagi isi rumah dengan penggunaan internet yang berat. Padahal senario ini akan berubah biasa sedangkan semakin banyak peranti isi rumah kini yang bersambung dengan intenet. Jadi, peranan sebagai seorang peneraju tidak semestinya sesuatu yang buruk.

TIME juga menawarkan pelan dengan harga yang serendah RM99. Sehubungan dengan itu, ia setanding dengan pilihan termurah yang ditawarkan oleh UniFi dan Maxis. Lagipun, ia hadir dengan tiga kali kelajuan muat turun. Tidak dapat dinafikan bahawa TIME mungkin menjadi pilihan terbaik bagi mereka yang sedang mencari pembekal internet yang baru.

Namun begitu, perkhidmatan TIME masih terhad kepada pencakar langgit. Selagi Time tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk membekalkan perkhidmatannya kepada residensi biasa, pengguna yang mengimpikan kelajuan internet yang pantas tidak akan mampu menikmati manfaatnya. Pada masa ini, bukannya semua bangunan tinggi berada dalam liputan TIME.

Cara untuk memastikan anda mendapat kelajuan layaran yang anda bayar

Adalah dimaklumkan bahawa aduan pengguna seringkali bekait rapat dengan tidak mendapat kelajuan internet yang dibayar oleh mereka. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada masalah ini dan tidak selalunya terhad kepada ISP.

Sebagai contoh, router anda mungkin akan menjadi antara punca masalah kelajuan. Router lama masih bergantung pada jalur 2.4GHz dan bukannya jalur 5GHz yang lebih baru, lantas mengehadkan keupayaannya untuk selaras dengan kelajuan jalur lebar yang ditawarkan. Dalam kebanyakan kes, sedangkan penghalang tersebut adalah diiklankan dengan kelajuan gigabit, ia langsung tidak dapat memenuhi spesifikasi dalam penggunaan dunia sebenar, terutamanya dalam penggunaan melalui WiFi.

Selain itu, sambungan WiFi boleh merosot apabila menimpa jarak jauh atau dinding. Menguji kelajuan internet dalam jarak yang jauh dari penghalang anda mungkin boleh menjadi salah satu cara baik untuk membazir masa.

Sebaliknya, tentukan sama ada ISP anda merupakan pengaruh utama. Cuba sambungkan komputer anda secara langsung ke penghala dengan kabel LAN. Langkah ini sepatutnya dapat menyingkirkan sebarang isu WiFi dan memberikan anda sambungan yang terbaik.

Sekiranya sambungan masih merosot, maka sudah tiba masanya untuk membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan daripada ISP anda dan melaporkan isu tersebut. Sebarang masalah lanjut juga boleh dipertingkat kepada SKMM; yang telah menubuhkan pelbagai cara untuk melaporkan isu sambungan internet yang lambat dan tidak responsif.

Walau bagaimanapun, Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah melakukan tugas yang mengagumkan untuk memperbaiki keadaan rakyat Malaysia. Kelajuan internet telah meningkat, sementara harga telah menurun.

Nampaknya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo tidak akan leka dengan kualiti perkhidmatan jalur lebar negara kita. Beliau telah mengarahkan TM untuk mengkaji kemajuan Streamyx pada masa ini; dengan harapan bahawa pengguna-pengguna Steamyx juga dapat menikmati kelajuan HSBB.

Terdapat banyak lagi yang boleh kita lakukan selain daripada menggesa ISP sekalian untuk bergabung usaha agar membekalkan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih berkualiti. Namun, ia menandakan sesuatu titik tolak yang maslahat supaya mendapat internet berkelajuan tinggi untuk semua rakyat Malaysia.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image