Pelaburan Emas Memberi Pulangan Wang: Panduan Untuk Pelabur Baru

Pelaburan memberi peluang masa depan yang cerah, dan terdapat banyak pilihan pelaburan yang menarik yang boleh dipilih. Hari ini, kita akan beri tumpuan kepada pelaburan emas yang sangat popular di kalangan orang baru yang melabur. Menjelang akhir rencana ini, anda akan faham mengapa emas popular di kalangan pelabur bijak.

Anda mungkin dah tahu bahawa pelaburan emas sebenarnya adalah penggunaan emas sebagai objek utama usaha niaga. Anda mungkin tertanya-tanya, mengapa emas? Sejarah telah membuktikan bahawa pelbagai masyarakat dan budaya menganggap emas mempunyai nilai yang amat tinggi. Walaupun kini ia tak lagi digunakan sebagai mata wang utama, ia masih salah satu aset yang paling berharga yang boleh dimiliki leh seiapa saja.

Para pakar mendapati bahawa nilai mata wang di seluruh dunia banyak bergantung kepada iklim ekonomi yang berubah-ubah. Tidak kira betapa besar atau kecil perubahan, anda akan perasan bahawa harga emas, atau lebih tepat lagi – nilai emas – adalah sentiasa stabil. Walaupun sesetengah pelabur bergelut dengan saham di tengah-tengah huru-hara, pelabur emas biasanya tenang. Ini adalah kerana hakikatnya bahawa emas dianggap sebagai pelaburan yang stabil di seluruh dunia.

Kelebihan pelaburan emas

Kelebihan utama pelaburan emas adalah kerana ia diterima secara meluas di seluruh dunia. Ini kerana pelaburan dalam emas dianggap sebagai cair – mudah untuk diperoleh dan mudah untuk dijual balik. Kebanyakan pelabur emas boleh mencairkan pelaburan mereka dalam tempoh 24-48 jam.

Pelabur berpengalaman juga akan memberitahu anda bahawa emas menambah kepada kepelbagaian portfolio pelaburan. Malah, ramai pengurus dana dan profesional pelaburan akan menasihati bahawa pelabur memperuntukkan sekitar 5% hingga 10% dari keseluruhan portfolio kepada emas. Dikatakan bahawa strategi sedemikian membolehkan seseorang mengimbangi atau memudarkan kerugian dari pelaburan lain yang berrisiko semasa kelemahan pasaran.

Melabur dalam emas – suruhan dan larangan

Sekarang anda tahu apa yang membuat pelaburan emas begitu unik, jadi bagaimana nak melabur dalam emas?

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang emas sebagai pelaburan. Anda mesti berusaha membaca mengenai pelaburan emas sebelum membuat pelaburan pertama Untuk tujuan ini, anda boleh ambil kesempatan dari banyak sumber atas talian mengenai industri pelaburan.

Walau bagaimanapun, hati-hati. Walaupun emas sangat cair, anda harus mengelak dari melabur dalam emas menggunakan wang yang dipinjam, terutamanya jika anda masih baru dalam pelaburan emas. Mana-mana pelabur akan beritahu anda bahawa meminjam untuk melabur amat berisiko. Jadi apa yang perlu anda lakukan? Ia sentiasa lebih baik untuk menetapkan bajet bagi pelaburan anda. Ini membolehkan anda sentiasa dapat mengawal wang hasil titik peluh anda.

Pelbagai jenis pelaburan emas

Terdapat pelbagai jenis pelaburan emas. Anda boleh fokus pada jongkong emas, bulion emas, pinggan emas, syiling emas dan niaga hadapan emas. Walau bagaimanapun, niaga hadapan emas tak berapa digalakkan jika anda tidak mempunyai latar belakang yang kukuh dalam kewangan / perdagangan emas. Niaga hadapan dagangan emas adalah rumit dan biasanya dijalankan hanya oleh golongan profesional berpengalaman.

Sebaliknya, melabur dalam bulion emas adalah dianggap sebagai cara baik untuk mendapat pendedahan kepada pelaburan emas. Rakyat Malaysia boleh beli dan jual emas tanpa memiliki jongkong secara fizikal melalui akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh bank. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang akaun perlaburan emas yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia, rujuk kepada jadual perbandingan akaun perlaburan emas kami.

Emas adalah pasti pilihan pelaburan yang baik, walaupun untuk orang yang masih baru. Anda hanya perlu berhati-hati dan benar-benar bersedia sebelum melabur ringgit pertama. Berbekalkan maklumat yang betul dan ketabahan, mata wang sejagat ini boleh memberi anda pulangan yang baik dalam jangka masa panjang.

Tak sabar nak bermula? Ketahuilah bank mana yang menawarkan akaun perlaburan emas yang terbaik di Malaysia

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.