6 Tips Mudah Menyimpan Wang Untuk Pekerja Kerajaan

pekerja kerajaan

Menyimpan wang merupakan satu langkah penting yang perlu dilakukan setiap individu terutamanya golongan yang sudah bekerja dan mempunyai pendapatan setiap bulan. Walaupun aktiviti menyimpan wang ini kelihatan sangat mudah untuk dilakukan, masih terdapat ramai individu di Malaysia yang gagal mempunyai simpanan sendiri.

Mengikut kajian yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia, tiga daripada empat rakyat Malaysia didapati sukar untuk mengadakan simpanan serendah RM1,000 bagi tujuan kecemasan. Statistik tersebut juga turut melibatkan individu yang bekerja swasta mahupun individu yang bekerja kerajaan.

Bagi individu yang bekerja kerajaan, terdapat banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan termasuk dari segi fasiliti kewangan yang sebenarnya mampu meningkatkan simpanan mereka. Kami ingin kongsikan dengan anda enam (6) tips untuk pekerja kerajaan membuat simpanan dengan mudah.

1. Pilih tempat simpanan yang menguntungkan

Setiap orang pasti mahukan keuntungan yang tinggi dari setiap simpanan atau pelaburan yang dilakukan. Oleh sebab itu, akaun simpanan yang mampu untuk memberikan keuntungan yang tinggi akan menggalakkan setiap individu pekerja kerajaan supaya lebih menyimpan. Keuntungan yang diterima akan menjadi satu kepuasan dalam menyimpan.

Namun begitu, menyimpan sahaja sebenarnya tidak mencukupi kerana pulangan yang diterima tidaklah setinggi dari pulangan dari pelaburan. Perkara ini berkait rapat dengan kadar inflasi yang menyebabkan mata wang serta simpanan susut nilainya setiap tahun.

Di Malaysia, terdapat banyak akaun simpanan yang anda boleh pilih dan mampu untuk beri pulangan yang sangat kompetetif. Pekerja kerajaan biasanya sangat gemar dengan beberapa akaun seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji dan lain-lain lagi.

Kesedaran yang tinggi juga turut membantu setiap orang terutama penjawat awam untuk membuat simpanan.

Alliance Bank Pinjaman Peribadi CashFirst

Alliance Bank Pinjaman Peribadi CashFirst

Dapatkan 40% pulangan tunai dengan kadar faedah tetap dari serendah 8.88% p.a

Pelanggan yang layak perlu membayar jumlah ansuran bulanan pada atau sebelum tarikh tamat tempoh sepanjang tempoh pembiayaan. Permohonan yang dibuat di antara 1 Mac ke 31 Mei.

2. Cipta akaun persaraan tambahan

Ramai pekerja kerajaan mengharapkan pelan persaraan mereka sepenuhnya dari pencen yang disediakan oleh kerajaan. Tetapi, berdasarkan dari statistik yang dikeluarkan, jumlah pencen tersebut tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian. Ini diperkuatkan lagi dengan kadar kos sara hidup yang semakin hari semakin tinggi.

Oleh itu, anda sebagai pekerja kerajaan disarankan untuk mencipta pelan persaraan tambahan untuk memastikan kehidupan selepas bersara lebih terjamin. Antara pelan persaraan yang boleh lakukan adalah seperti Private Retirement Scheme (PRS) yang diperkenalkan untuk membantu individu yang tidak mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP serta individu yang ingin menambah lagi simpanan KWSP mereka.

Melalui PRS ini, anda juga boleh mendapat pelepasan cukai bagi tujuan cukai individu anda. Selain PRS, anda juga boleh menggunakan instrumen pelaburan lain seperti unit amanah, emas dan lain-lain lagi sebagai pelan persaraan tambahan.

Pelan persaraan mestilah dimulakan sejak dari awal lagi supaya jumlah yang dikeluarkan tidak terlalu besar dan membebankan.

3. Kawal hutang

Seperti semua maklum, pekerja kerajaan memang golongan yang paling mudah untuk membuat pinjaman seperti pinjaman peribadi, rumah, kereta dan lain-lain. Namun, jika pinjaman yang dilakukan tidak dikawal dengan baik, anda akan semakin sukar untuk membuat simpanan setiap bulan.

Selain itu, jika anda terjerat dengan pinjaman yang berlebihan, anda boleh dapatkan nasihat kewangan supaya hutang tersebut tidak membebankan dan memberi kesan negatif seperti muflis. Pengurusan hutang yang baik akan membantu anda untuk membuat simpanan lebih mudah.

Penjawat awam sepatutnya menggunakan kelebihan seperti kadar keuntungan dari pinjaman yang rendah berbanding pekerja swasta. Ini bermakna penjawat awam sepatutnya boleh menyimpan lagi banyak dari pekerja swasta.

4. Kawal perbelanjaan 

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa semakin tinggi pendapatan seseorang, semakin tinggi juga perbelanjaan yang akan dikeluarkan. Namun, perkara yang sering berlaku apabila individu yang bergaji rendah tetapi berbelanja seperti mempunyai gaji tinggi.

Perkara seperti ini menjadikan individu tersebut sukar untuk membuat simpanan kerana perbelanjaan setiap bulan terlalu tinggi dan tidak terkawal.

Cara mudah untuk mengawal perbelanjaan adalah dengan melakukan jadual berbelanja setiap bulan. Pastikan anda mempunyai rekod perbelanjaan sebulan untuk memastikan anda tidak berbelanja melebihi dari yang sepatutnya.

Selain daripada itu, anda juga perlu tahu membezakan antara keperluan atau kehendak dalam berbelanja. Keperluan perlu diutamakan untuk memastikan perbelanjaan wajib setiap bulan dapat dibayar dan kawal dengan baik. Manakala perbelanjaan berdasarkan kehendak pula mestilah dibuat hanya selepas anda membuat lebihan wang setiap bulan.

5. Bergaul dengan orang yang celik kewangan

Perbelanjaan kita setiap bulan juga sebenarnya dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling kita. Jika anda dikelilingi oleh individu yang sukar untuk membuat simpanan, ada juga kemungkinan besar akan sukar membuat simpanan.

Begitu juga sebaliknya apabila anda dikelilingi oleh individu yang mudah membuat simpanan, anda juga akan berjaya membuat simpanan. Selain daripada itu, media sosial juga memainkan peranan penting kerana hidup kita pada hari ini tidak lari dari menyertai media sosial yang aktif.

Media sosial juga menjadi satu medan untuk anda menambah ilmu pengetahuan dan juga mendapatkan info berkenaan produk kewangan dan pelaburan yang ada di Malaysia. Oleh itu, kita harus bijak memilih bahan bacaan di media sosial supaya ilmu pengurusan kewangan kita dapat dipertingkatkan.

Bagi penjawat awam pula, anda perlu keluar dari zon selesa dipejabat dan perlu banyak habiskan masa untuk menambah ilmu kewangan pada hujung minggu.

Kuwait Finance House Pembiayaan Peribadi

Kuwait Finance House Pembiayaan Peribadi

Lakukan penyatuan hutang dengan pinjaman peribadi sehingga 10x jumlah gaji bulanan anda

Pembiayaan Peribadi KFH-i adalah cara terbaik untuk membuat pinjaman peribadi anda bermula dengan tempoh pembayaran yang paling fleksibel

6. Pilih paling murah & berbaloi

Tip terakhir yang kami ingin kongsikan adalah mengenai pemilihan sesuatu produk yang semestinya berdasarkan harga yang menjimatkan dan juga manfaat yang menguntungkan. Produk kewangan di Malaysia mempunyai banyak pilihan dan anda mungkin pening untuk memilih yang terbaik untuk anda.

Oleh itu, perkara pertama anda perlu lakukan adalah dengan membuat perbandingan terlebih dahulu dengan beberapa produk dari syarikat yang berbeza. Cara ini dapat membantu anda memilih produk kewangan atau pelaburan yang lebih jima dan menguntungkan

Lebih menarik lagi apabila anda juga boleh membuat perbandingan hanya melalui online sahaja. Kini, terdapat banyak portal yang dipercayai dan telah terbukti membantu ramai individu membuat pilihan terbaik. Anda juga dapat jimat masa dan wang, tanpa perlu keluar dari rumah atau pejabat.

Melalui 6 tips yang dikongsikan diatas, kami percaya pengurusan kewangan anda akan menjadi lebih baik dan anda juga dapat membuat simpanan dengan mudah setiap bulan terutama untuk golongan penjawat awam.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.