Mengelak Penipuan Kad Kredit Apabila Membeli-belah Atas Talian

Walaupun kebanyakan kes penipuan kad kredit berlaku melalui kecurian dan kehilangan dompet/beg tangan, sebahagian besar daripada penipuan ini berlaku atas talian, kerana ramai orang kini mula membeli-belah atas talian menggunakan kad kredit mereka. Penipu ini – atau penjahat perisian intip – pada dasarnya mengakses maklumat peribadi kita melalui malware (perisianperosak).

Satu contoh perisian perosak dikenali sebagai perisian intip. Perisian perosak beroperasi secara senyap di latar belakang komputer, dan sebagai pengguna komputer, anda tidak akan melihat apa-apa perbezaan semasa anda membuat aktiviti atas talian. Bahaya perisian perosak, bagaimanapun, adalah ia diam-diam mengumpul maklumat di latar belakang komputer, serta memantau tabiat dan pelbagai program dan laman web yang digunakan oleh anda.

Apabila jumlah maklumat yang dikumpul mencukupi, perisian intip kemudian menghantar butiran berharga ini kepada pengintip, yang kemudian sama ada menjual maklumat kepada pihak ketiga atau mereka menggunakan kesempatan sepenuhnya (atas kelemahan anda!). Kebanyakan mangsa tidak menyedari bahawa mereka telah tertipu sehingga ianya terlambat. Jika penipuan melibatkan kad kredit, mangsa mungkin terpaksa menanggung akibat penyalahgunaan kad kredit oleh penipu.

Untuk mengelakkan jenis penipuan kad kredit atas talian ini daripada berlaku kepada anda, ikut garis panduan umum berikut:

  1. Gunakan kata laluan yang berbeza dan rumit untuk semua akaun anda di internet.
  2. Jangan simpan butir-butir kad kredit anda (contohnya nombor kad kredit anda dan tarikh luput) pada komputer anda, atau di mana-mana di internet.
  3. Gunakan perkhidmatan percuma yang boleh dipercayai seperti LastPass dan KeePass untuk menyimpan kata laluan anda.
  4. Hanya berikan maklumat peribadi kepada laman web yang dipercayai yang mempunyai “https” dalam bar alamat (bukan hanya “http”), atau mempunyai ikon berbentuk kunci di bahagian bawah pelayar.
  5. Amalkan etika e-mel yang selamat. Padamkan mana-mana e-mel yang meminta maklumat kad kredit dan peribadi, atau mengarahkan anda untuk melawat satu laman web yang akan mengaktifkan kad anda. E-mel ini biasanya menyamar sebagai wakil bank.
  6. Berhati-hati dengan pautan yang anda klik pada e-mel yang mencurigakan kerana mereka mungkin membawa anda ke laman web “Phishing”. Laman web “phishing” adalah pintu gerbang untuk mendapatkan nombor kad kredit. Jika anda tak pasti, padam e-mel yang mencurigakan dan jangan buka lampiran yang datang dengannya.
  7. Log masuk hanya pada laman web yang mempunyai reputasi dan borang bayaran atas talian yang selamat. Adalah yang terbaik hanya berurusan dengan peruncit atas talian yang terkenal.
  8. Pasang perisian anti-virus, anti-perisian intip dan tembok api pada komputer anda. Pastikan perisian terpasang di latar belakang komputer secara automatik setiap hari.
  9. Jangan dedahkan apa-apa maklumat kad kredit apabila anda mendaftar untuk mendapat percubaan/perkhidmatan percuma atas talian.
  10. Elakkan laman web yang diragui. Jika ia kelihatan seperti tak boleh dipercayai, ia mungkin benar begitu.
  11. Muat turun hanya fail dan dokumen dari laman web yang anda percayai atau yang terkenal.

Adakah anda mempunyai apa-apa tip yang lain untuk melindungi diri anda daripada penipuan kad kredit atas talian? Senaraikannya dalam komen di bawah!

Atau baca lebih mengenai ways to keep your credit card safe.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image