Insurans Perjalanan di Malaysia – Perkara Asas

travel-insurance

Pasport, tiket kapal terbang dan krim pelindung cahaya matahari terbaik mungkin perkara penting yang anda fikir sebelum perjalanan, tapi sudahkah anda fikir tentang insurans perjalanan sebagai salah satu persiapan? Boleh jadi tidak, sebab orang selalunya terlepas pandang tentang keperluan dan manfaat insurans perjalanan . Kerana kita tak selalunya dapat jangka apa yang akan berlaku, sama ada dalam perjalanan ke Hong Kong atas urusan perniagaan atau semasa berbulan madu di Hawaii, adalah lebih baik dibeli insurans perjalanan, meskipun hanya untuk menenangkan fikiran.

Apakah Dia Insurans Perjalanan?

Secara ringkasnya, insurans perjalanan melindungi anda dan keluarga sekiranya berlaku kemalangan semasa perjalanan. Tujuan utama insurans perjalanan ialah untuk menghindarkan anda dari mengalami kesusahan setelah perkara yang tidak diingini berlaku semasa anda dalam perjalanan. Lain syarikat insurans akan menawarkan lain polisi, jadi penting anda fikir apa yang anda perlukan dan pilih polisi yang tepat untuk diri anda.

Betapa Pentingnya Polisi Insurans Perjalanan

Tak kira setakat mana kita berjaga-jaga, malang tidak berbau. Contohnya, kehilangan begasi bukannya di bawah kawalan kita dan langkah yang terbaik ialah menyediakan perlindungan insurans terhadapnya. Anda juga patut pertimbangkan membeli insurans perjalanan sekiranya perjalanan anda juga meliputi aktiviti yang bahaya atau mencabar seperti meluncur atas salji atau meluncur atas air.

Pentingnya insurans perjalanan dapat dilihat dari segi kewangan kerana dengan insurans perjalanan, anda tak perlu bimbang pasal caj perubatan di luar negeri atau lain-lain kos tak terjangka sekiranya berlaku kemalangan. Insurans perjalanan memberi anda bantuan kewangan dalam masa kecemasan dan mungkin dapat menjimatkan banyak wang. Juga, anda mampu tenangkan fikiran dan biarkan syarikat insurans saja yang menangani masalah yang tak terjangka.

Keperluan terhadap insurans perjalanan mungkin tidak diberi penekanan seperti jenis insurans yang lain. Namun, ia tidak boleh diketepikan sebagai tak penting kerana ada beberapa perkara tambahan yang dilindungi oleh insurans perjalanan.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.