Insurans Perjalanan – Apa Perlindungan Yang Diberikan Olehnya?

travel insurance

Insurans perjalanan, seperti semua polisi insurans yang lain, akan memberi penyelesaian kepada rata-rata masalah perjalanan anda dan tujuannya ialah untuk membantu anda dalam masa kecemasan. Harga yang anda bayar untuk beli polisi insurans perjalanan dikira berdasarkan umur anda, tempoh perjalanan dan tempat perjalanan. Skop perlindungan dan manfaat berbeza di kalangan syarikat insurans dan ini tertakluk kepada pengecualian tertentu.

Berikut adalah beberapa jenis perlindungan yang diberikan oleh pakej insurans perjalanan yang baik:

  • Kemalangan peribadi dan kos perubatan:

    Insurans perjalanan memberikan anda manfaat ganti rugi kewangan terhadap kemalangan yang dihadapi sewaktu bercuti. Ini termasuk kecederaan parah dan kematian akibat kemalangan. Ingat bahawa kemungkinan keracunan makanan lebih tinggi masa anda terdedah kepada persekitaran baru. Jadi dengan perlindungan insurans perjalanan, anda tak perlu risau sangat pasal kos perubatan di luar negara.

  • Pembatalan dan penangguhan perjalanan:

    Ini meliputi perlindungan terhadap pembatalan atau penangguhan perjalanan yang di luar kawalan anda. Jika penerbangan anda tertangguh beberapa jam, insurans perjalanan anda akan membayar ganti rugi berpatutan terhadap kesulitan anda dan juga kos penginapan, jika ada. Ini sememangnya bergantung kepada syarat-syarat dalam polisi insurans anda.

  • Kehilangan barangan dan kecurian:

    Berhati-hatipun kadang-kadang tak cukup dalam sesetengan keadaan. Jika anda hilang begasi atau lain-lain barang milik peribadi, polisi insurans perjalanan selalunya akan membayar ganti rugi dan membantu anda dalam menguruskan penyelesaian yang terbabit (misalnya jika anda hilang pasport).

  • Pemulangan mayat:

    Anda mungkin tak berapa faham tentang urusan resmi berkaitan dengan pengurusan penghantaran pulang mayat orang yang meninggal di luar negeri. Tapi dengan polisi insurans perjalanan, syarikat insurans biasanya akan mengurus pengangkutan pulang dan bayaran yang terlibat untuk keseluruhan urusan ini.

Mempunyai pakej insurans perjalanan yang baik untuk diri anda dan keluarga bukan saja memberikan anda bantuan kewangan di masa perlu, malah memberi ketenangan fikiran kerana anda tahu anda bersedia untuk sebarang kecemasan.

Tapi sebelum beli insurans perjalanan, pastikan anda cari dan banding semua pakej yang ada untuk mendapat perlindungan terbaik. Juga hati-hati dengan fasal pengecualian – iaitu fasal dalam kontrak anda yang menyatakan perkara-perkara yang tidak dilindungi oleh insurans perjalanan anda.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.