Insurans Motor Untuk Kereta Lama

Jadi anda ada sebuah kereta lama yang jauh lebih tua dari anak anda di tadika, dan walaupun anda mengidam nak dapatkan kereta baru, kereta lama ini menyimpan banyak kenangan yang anda hargai.

Kebanyakan syarikat insurans tak gemar menginsurankan kereta lama, lebih-lebih lagi kereta yang tidak lagi berada di bawah perjanjian sewa-beli. Pertamanya, kerana kereta lama dianggap mempunyai risiko tinggi dan lebih cenderung mengalami kemalangan. Jadi menginsurankannya akan mengurangkan margin keuntungan syarikat insurans. Keduanya, kerana kesukaran dalam membuat taksiran nilai kenderaan lama.

Jadi apa yang anda perlu buat?

Malaysia Motor Insurance Pool (MMIP)

Di sinilah di mana Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP) dapat membantu. Ia merupakan satu badan risiko tinggi khas yang ditubuhkan dan diurus secara bersama oleh semua syarikat insurans am yang beroperasi di Malaysia. Badan ini akan menginsurankan mereka yang tidak dapat perlindungan insurans di pasaran. Badan ini ditubuhkan pada tahun 1992 dan diuruskan oleh MMIP Services Sdn Bhd (MSSB), satu anak syarikat MNRB Holdings Bhd (MNRB).

Ada dua cara untuk pohon polisi MMIP. Opyen pertama ialah melalui salah satu dari dua penginsurans – Uni.Asia General Insurance Bhd atau Multi-Purpose Insurance Bhd. Opsyen kedua ialah melalui mana-mana cawangan Pos Malaysia Bhd di seluruh negara.

MMIP pada umumnya menawarkan kedua-dua pakej insurans pihak ketiga dan juga komprehensif. Namun begitu, pakej komprehensif hanya ditawarkan kepada kenderaan yang masih di bawah pinjaman sewa-beli. Walaupun kedua-dua penginsurans menyediakan polisi untuk segala jenis kenderaan, khidmat Pos Malaysia terhad kepada motosikal, kereta persendirian, teksi awam / bandar, bas kilang, bas henti-henti dan bas sekolah.
Pengecualian utama di bawah insurans motor MMIP ialah kenderaan atas rel, kenderaan yang tidak khusus untuk jalan raya, kenderaan lumba atau uji-laju dan tanggungan ke atas barangan yang dibawa dalam kenderaan.

Memohon polisi MMIP

Untuk memohon polisi MMIP, rujuk kepada di antara kedua penginsurans (Uni.Asia General Insurance Bhd atau Multi Purpose Insurance Bhd) dan kemukakan dokumen anda kepada mana-mana satu. Bagi mereka yang lebih gemar memohon melaui Pos Malaysia, sila semak alamat penginsurans berkhidmat yang tercetak di Jadual Polisi dan kemukakan dokumen anda kepada penginsurans pilihan anda.

Di bawah adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk memohon polisi MMIP:

A) Dokumen yang diperlukan:

  • Polisi Asal atau Notis Pemberitahuan insurans sebelumnya
  • Salinan asal Kad Pendaftaran Kenderaan (kedua-dua belah)
  • Satu salinan Kad Pengenalan Pemilik (kedua-dua belah)
  • Borang Cadangan yang telah diisi lengkap (ini diperlukan untuk setiap polisi baru atau pembaharuan polisi)

B) Dokumen tambahan:

i) Untuk Plet Perdagangan:

  • Salinan asal disk plet perdagangan

ii) Untuk Kenderaan Komersial:

  • Satu salinan permit (jika ada)
  • Satu salinan laporan pemeriksaan kenderaan (dari Puspakom)

Perhatikan bahawa laporan standard dari Puspakom sah untuk enam bulan dari tarikh dikeluarkan atau sehingga kemalangan berlaku, mana satu lebih awal. Apabila tempoh Puspakom sampai ke penghujungnya, anda perlu mendapatkan pemeriksaan lagi untuk membuktikan kenderaan anda selamat digunakan di jalan raya. Namun, laporan lengkap dari Puspakom tidak menjamin penginsuranan kenderaan anda. MMIP masih berhak menolak tuntutan akibat dari kegagalan mekanikal atau keuzuran kenderaan. Ini bermakna pemegang kenderaan masih perlu menanggung kos kemalangan.

iii) Untuk Kenderaan Milik Syarikat:

  • Cop syarikat

iv) Untuk Kenderaan Bukan Komersial yang berumur lebih dari 10 tahun:

  • Laporan pemeriksaan Puspakom ataupun laporan dari mana-mana panel penaksir MMIP yang membuktikan kenderaan yang diinsurankan tersebut selamat digunakan di jalan raya.

v) Untuk Orang Diinsurankan berumur lebih 65 tahun:

  • Salinan asal laporan kesihatan yang menyatakan beliau layak memandu

Bayaran untuk polisi

Bayaran perlu dibuat sebelum polisi motor dapat diproses tanpa halangan. Pemegang polisi boleh buat bayaran secara tunai atau dengan cek.

Perhatikan bahawa premium MMIP adalah lebih mahal dari yang sebut harga sebuah syarikat insurans. Ini adalah kerana MMIP bertindak sebagai pihak rujukan terakhir yang telah ditubuhkan untuk melindungi pemandu yang memilikki kenderaan berrisiko tinggi. Ia memberi perlindungan kepada kenderaan yang tidak akan diinsurankan secara bersendirian oleh sebuah syarikat insurans, jadi ia mengenakan bayaran yang lebih tinggi untuk menunjukkan pembabitan risiko yang lebih tinggi.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.