Bolehkah Anda Mendapat Kelulusan Untuk Pinjaman Rumah?

Bolehkah Anda Mendapat Kelulusan Untuk Pinjaman Rumah?

Jika anda sudah bersedia mencapai matlamat anda untuk membeli rumah tahun ini, tahniah!

Tetapi sebelum itu, anda perlu berhadapan dengan realiti. Adakah anda cukup sihat dari segi kewangan untuk mendapat kelulusan bagi permohonan pinjaman rumah anda?

Menurut data perumahan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk suku ketiga 2018, kadar kelulusan pinjaman perumahan berada pada tahap paling rendah sejak 5 tahun yang lepas. BNM menyatakan bahawa perumahan yang tidak mampu dimiliki dan ketakpadanan antara bekalan dan permintaan rumah adalah sebab kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu membeli.

Tempoh pinjaman perumahan dihadkan pada 35 tahun pada 2013. Langkah oleh BNM ini mengetatkan syarat untuk ramai bakal pembeli rumah memenuhi kelayakan pinjaman rumah kerana sukar menunjukkan bahawa mereka mampu membayar ansuran bulanan.

Satu faktor terbesar untuk bank memutuskan sama ada permohonan pinjaman perumahan anda akan diluluskan ialah kesihatan kewangan anda. Memandangkan ini, skor kredit anda adalah salah satu cara untuk bank menilai sekiranya anda cukup ‘sihat’ dari segi kewangan untuk mampu membeli rumah anda sendiri.

Walaupun skor kredit anda bukan satu-satunya faktor yang menentukan kelayakan anda untuk mendapat pinjaman rumah, ia membentuk bahagian penting dalam keputusan pemiutang untuk meluluskan pinjaman rumah anda.

Oleh itu, sebelum anda mengambil salah satu langkah kewangan terbesar dalam kehidupan anda untuk memiliki rumah, ia berbaloi untuk anda mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya sebelum mengambil langkah ini.

Apakah pinjaman rumah?

Pinjaman rumah adalah salah satu hutang paling besar yang akan diambil oleh anda. Ia  mempunyai tempoh bayaran balik yang lebih lama dan melibatkan bayaran faedah yang lebih besar.

Pelbagai jenis pinjaman rumah boleh didapati di pasaran tetapi semuanya memerlukan beberapa bentuk bayaran pendahuluan serta cagaran, caj dan yuran termasuk duti setem dan insurans gadai janji.

Produk pinjaman ini terdiri daripada pinjaman rumah berjangka asas, separa fleksibel hingga fleksibel sepenuhnya serta pilihan pinjaman rumah konvensional atau Islam.

Pinjaman Rumah Berjangka AsasPinjaman Rumah Separa FleksibelPinjaman Rumah Fleksibel Sepenuhnya
Jadual pembayaran balik
 
Tetap setiap bulanBayaran tambahan di atas ansuran bulanan biasa yang dibenarkanBayaran tambahan di atas ansuran bulanan biasa yang dibenarkan
Akaun Semasa Dikaitkan
PilihanPilihanWajib
Bayaran tambahan
Dianggap sebagai pra-pembayaran untuk ansuran masa depanMengurangkan jumlah prinsipal secara automatikMengurangkan jumlah prinsipal secara automatik
Pengeluaran wang tambahan daripada Akaun Semasa yang dikaitkan
TidakYa, tetapi tertakluk kepada permintaan dan kelulusan bankYa. Tiada permintaan diperlukan

Setiap pembeli rumah perlu menyemak terlebih dahulu jika mereka layak memohon pinjaman rumah sebelum melakukan apa-apa syarat kewangan ke atas hartanah tersebut.

Ia adalah penting untuk anda mengetahui jumlah hutang yang anda boleh ambil apabila memohon pinjaman rumah sebab institusi kewangan akan melihat nisbah khidmat hutang (DSR) anda terlebih dahulu sebelum meneruskan pinjaman.

Semak nisbah khidmat hutang anda

Ini adalah pengukur yang digunakan oleh institusi kewangan untuk mengira keupayaan anda mengambil pinjaman berbanding dengan jumlah wang dalam bentuk pendapatan anda.

Institusi kewangan yang berbeza mempunyai had DSR yang berbeza dan pemohon yang dapat menunjukkan keupayaan pendapatan yang lebih tinggi mungkin dibenarkan had DSR yang lebih tinggi oleh pengeluar kredit. Sebagai panduan umum, pemohon tidak boleh melebihi DSR 60%.

Berikut adalah contoh pengiraan DSR berdasarkan pemohon dengan pendapatan bersih bulanan sebanyak RM5,000, mempunyai beberapa komitmen kredit dan ingin membeli hartanah bernilai RM500,000.

Contoh pengiraan DSR
Pendapatan bulanan RM5,000Jumlah komitmen hutang sedia ada
Ansuran pinjaman kereta RM800Ansuran pinjaman lain (PTPTN, kad kredit) RM300Jumlah: RM1,100
Permohonan pinjaman rumahJumlah bayaran balik pinjaman bulanan
Jumlah pinjaman (selepas bayaran pendahuluan 10%)
RM450,000
Tempoh pinjaman 30 tahunKadar faedah pada 4.50% setahunAnsuran pinjaman rumah bulanan: RM2,280.08
Apakah DSR andaDSR = (Jumlah Komitmen ÷ Pendapatan Bersih) x 100
Jumlah komitmen bulanan (termasuk pinjaman rumah: RM1,100 + RM2,280.08 = RM3,380.08Peratusan komitmen hutang dalam sebulan: (RM3,380.08/RM5,000) x 100 = 67.6%Anda 7.6% melebihi DSR anda!

Peratusan DSR anda akan membantu institusi kewangan menentukan jika pemohon pinjaman terlalu dibebani dengan komitmen pinjaman dan membantu mereka membuat keputusan sama ada untuk meneruskan permohonan pinjaman mereka.

Satu cara untuk meningkatkan DSR anda adalah untuk menjelaskan hutang yang lebih kecil atau menyatukan semua hutang tersebut pada kadar faedah yang lebih rendah. Ini dapat membantu anda menjelaskan hutang dengan lebih cepat.

Artikel kami baru-baru ini berkenaan penyatuan hutang dengan menggunakan pinjaman peribadi telah memberikan contoh berikut:

Hutang/PinjamanKadar faedahBayaran balik bulananTempohJumlah faedah
Kad Kredit A – RM10,00015% setahunRM5002 tahunRM1,579
Kad Kredit B – RM5,00015% setahunRM2501 tahun 11 bulanRM790
Pinjaman Peribadi – RM50,00013.09% setahunRM1,1407 tahunRM45,760
Jumlah: RM65,000 RM1,890 RM48,129
Penyatuan hutang dengan pinjaman peribadi RM65,000
Hutang/PinjamanKadar faedahBayaran balik bulananTempohJumlah faedah
RM65,0006% setahunRM1,0987 tahunRM27,232

Jika anda membayar sewa, bil kad kredit dan ansuran pinjaman kereta sebelum memohon pinjaman rumah anda, adalah penting untuk anda membayar semua hutang ini tepat pada masanya supaya dapat membina dan mengekalkan sejarah kredit yang baik.

Kekalkan sejarah pembayaran yang baik

Satu faktor yang akan menjejaskan skor kredit anda ialah sejarah pembayaran anda.

Selain menyenaraikan kredit tertunggak semasa anda (termasuk sebarang pinjaman rumah, pinjaman peribadi, kad kredit, sewa beli dan overdraf bank yang lain dalam nama anda), sejarah pembayaran pada iMoney CreditScore anda juga menunjukkan sama ada anda membayar tepat pada masanya, lewat dan terlepas bayaran untuk akaun kredit masa lalu dan masa sekarang, serta sebarang pinjaman tak berbayar yang belum dijelaskan.

Kami perlu menekankan betapa pentingnya bagi anda membayar bil anda tepat pada masanya. Sama penting juga adalah mengelak daripada penyelesaian hutang, penarikan balik kereta, perampasan, keingkaran atau amaran yang lebih membimbangkan seperti kebankrapan dan tindakan undang-undang dalam sejarah pembayaran anda.

Perkara negatif dalam sejarah pembayaran anda dalam tempoh 12 bulan terakhir diberikan lebih penekanan berbanding perkara masa lampau.

Oleh itu, walaupun anda mungkin terlepas bayaran pada masa lalu, usaha yang anda lakukan sekarang untuk mengekalkan rekod prestasi pembayaran baik akan ditunjukkan dalam iMoney CreditScore anda.

Catatkan semua tarikh pembayaran dalam kalendar supaya anda tidak terlepas bayaran dan berusaha untuk memenuhi tarikh akhir tersebut. Sediakan peringatan pembayaran atau pembayaran automatik bagi memastikan anda tidak lagi terlepas bayaran.

Walau bagaimanapun, jika anda telah melakukan usaha terbaik untuk menunaikan pembayaran hutang anda tetapi masih mempunyai skor kredit yang rendah, ini tidak bermakna anda secara automatik tidak layak mendapat pinjaman rumah.

Adakah skor kredit yang lemah akan membatalkan kelayakan anda?

Skor kredit minimum yang anda perlukan supaya bank menerima permohonan pinjaman rumah anda adalah berbeza dan bergantung kepada cagaran atau penjamin yang anda tawarkan kepada bank dan juga jenis pinjaman yang anda perlukan.

Jika anda mendapat skor lebih daripada 580 dalam iMoney CreditScore anda,pinjaman rumah anda kemungkinan besarnya akan diluluskan dan yang selebihnya adalah bergantung kepada sejarah pembayaran dan penilaian DSR anda berdasarkan syarat pemberi pinjaman anda.

Jika skor anda bukan di tahap yang anda inginkan, anda boleh mengambil langkah segera untuk memperbaikinya seperti membayar kad kredit anda tepat pada masanya setiap bulan, mengambil langkah untuk mengurangkan hutang atau membayar hutang sedia ada anda. Jangan lupa untuk menyemak iMoney CreditScore anda secara berkala.

iMoney CreditScore anda juga boleh memaklumkan anda jika rekod kewangan anda tidak tepat atau hilang. Jika anda mendapati maklumat yang tidak sepatutnya di dalam rekod anda, anda mesti semak punca kesilapan tersebut dan ambil langkah untuk bertanya dan mempertikaikan maklumat salah tersebut supaya skor kredit anda tidak terjejas.

Sebaik sahaja anda membuat keputusan untuk membeli rumah, tumpukan pada langkah-langkah yang anda perlu lakukan untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan kewangan anda.

Semak Kesihatan Kewangan Anda!
iMoney menyediakan alat skor kredit percuma yang dinamakan iMoney CreditScore bagi membantu anda mendapat gambaran lebih jelas mengenai kepercayaan kredit anda kepada bakal pemberi pinjaman. Jika skor kredit anda belum mencapai tahap yang memuaskan untuk memenuhi syarat pinjaman rumah, maka sudah tiba masanya bagi anda membuat rancangan untuk meningkatkan skor tersebut sebelum memohon pinjaman rumah.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image