Anda Tidak Akan Menjadi Kaya Dengan Hanya Menabung

Anda Tidak Akan Menjadi Kaya Dengan Hanya Menabung

Nasihat untuk “menjadi kaya” biasanya tertumpu pada wang simpanan, dan memupuk tabiat menabung dari kecil. Memang benar yang ada individu yang berjaya menabung sampai membeli rumah, tetapi ada juga yang gagal dan terpaksa diisytiharkan sebagai muflis.

Membina kekayaan memerlukan rancangan untuk mengembangkan wang simpanan dan mengatasi kadar inflasi. Terus membaca untuk mengetahui mengapa sikap menabung sahaja tidak mencukupi untuk menjamin masa depan anda.

1. Ia tidak menangani kenaikan inflasi

Walaupun “simpanan” dan “pelaburan” sering digunakan secara silih berganti, kedua-dua konsep ini mempunyai tujuan yang berlainan.

Simpanan memelihara wang daripada kerugian fizikal, tanpa mengambil kira pertukaran nilai wang tersebut.

Walaupun menyimpan wang adalah tabiat yang baik, ia tidak semestinya melindungi anda daripada keadaan pasaran seperti kemerosotan ekonomi atau kadar inflasi yang tinggi, yang mungkin menyebabkan nilai simpanan anda merosot dari masa ke masa.

Sebagai contoh, anda menabung RM10 dalam akaun simpanan. Amaun ini mencukupi untuk membeli satu minuman bubble tea. Tetapi, dalam masa setahun, harga minuman tersebut meningkat ke RM10.30. Walaupun anda masih mempunyai simpanan RM10, barangan yang boleh dibeli dengan jumlah wang tersebut akan berkurangan.

Inilah yang dikatakan inflasi.

Untuk menangani inflasi dan mengekalkan taraf hidup semasa anda, anda perlu menambahkan nilai simpanan anda pada kadar yang sama atau lebih tinggi daripada kadar inflasi semasa.

Beberapa cara untuk mencapai matlamat ini adalah dengan melaburkan wang dalam hartanah, unit amanah, Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) dan skim persaraan swasta (PRS).
Pelaburan seperti ini meningkatkan nilai simpanan anda dan melindungi nilai wang tersebut dari kemerosotan ekonomi.

2. Ia mengambil masa lebih lama untuk mencapai matlamat anda

Kita dinasihati untuk menabung dari muda. Antara sebabnya ialah untuk menjamin masa depan atau untuk memenuhi hasrat membeli rumah atau kereta. Bagi orang ramai, nasihat ini memanglah berbaloi.

Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan masa yang panjang untuk mencapai matlamat. Terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang tinggi.

Contohnya, jika isi rumah anda mempunyai pendapatan median di Malaysia (RM5,000) dan anda dapat menabung 20% dari pendapatan ini bagi tujuan membayar wang pendahuluan untuk rumah yang berharga RM600,000.

Wang simpanan bulanan RM5,000 x 20% = RM1,000
Wang pendahuluan rumah RM600,000 x 10% = RM60,000

Tempoh masa yang diperlukan = RM60,000/RM1,000 = 60 bulan = 5 tahun

Bandingkan jika wang ini dilaburkan dengan kadar 6%:

RM1,000 x 60 bulan x 6% setahun = RM69,485.79.

Dengan ini, anda boleh melihat yang pelaburan dengan kadar yang konservatif mempunyai nilai kewangan 15% lebih tinggi dari hanya menabung. Dengan cara ini, anda boleh mencapai matlamat anda dalam tempoh masa yang lebih pendek.

3. Ia tidak menghasilkan pulangan yang tinggi

Pada masa ini, akaun simpanan di bank biasanya memberi hasil pulangan kurang dari 2%. Jika dibandingkan dengan purata kadar inflasi untuk 10 tahun yang bernilai 2.23%, nilai wang anda telah merosot jika hanya menabung sahaja.

Statistic: Malaysia: Inflation rate from 1984 to 2024 (compared to the previous year) | Statista
Find more statistics at Statista

Menabung melalui Tabung Haji menjadi kebiasaan untuk golongan beragama Islam. Akan tetapi, pulangan yang pada suatu ketika membayar dividen tinggi sudah berkurangan sehingga kadar 3.05% di 2019 dan 1.25% di 2018.

Nasihat untuk memupuk tabiat menyimpan wang atau menabung untuk masa depan perlu dikaji semula. Ibubapa mungkin perlu mengambil kira nasihat ini: melabur RM1,000 sahaja, dengan kadar pulangan purata 10% setahun, akan menjadi RM1,465 dalam tempoh lima tahun – ini merupakan pulangan pelaburan lebih 46%!

Tidak ada satu strategi pelaburan yang akan menjamin kejayaan, tetapi sekurang-kurangnya kemungkinan mencapai matlamat anda adalah lebih baik berbanding dengan semata-mata menabung.

Setiap kaedah pelaburan mempunyai ciri dan risikonya tersendiri, dan tertakluk kepada keadaan pasaran yang tidak menentu. Walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, ketidaktentuan tersebut dijangka bergerak ke arah trajektori yang lebih tinggi dan menghasilkan pulangan kewangan yang besar bagi pelabur.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image