Apa Yang Mempengaruhi Harga Emas?

Apa Yang Mempengaruhi Harga Emas?

Sejak berkurun lamanya, emas dilihat sebagai komoditi simpanan dan pelaburan yang paling bernilai. Dari segi kegunaan tradisional, emas kebiasaannya diberikan kepada pengantin baru sebagai tanda kekayaan dan barangan perhiasan. Selain daripada itu, emas juga disimpan dan digunakan pada waktu kecemasan. 

Bagi pelabur zaman kini pula, emas digunakan sebagai portfolio pelaburan yang kebiasaannya selamat daripada pelbagai risiko pelaburan. Walaupun harga emas tidak meningkat dengan banyak dan cepat, emas masih mempunyai nilai pasaran yang stabil. Para pelabur emas juga tidak terjejas dengan risiko turun naik pasaran emas walaupun tidak mengembalikan keuntungan yang banyak.

Jika kita bercakap tentang harga jualan emas, pelbagai jenis faktor yang akan berkait rapat antara satu sama lain. Jadi, untuk artikel ini, kita akan belajar mengenai harga pasaran emas yang terkini, dan juga faktor-faktor yang mempengaruhi harga pasaran emas.

Harga terkini pasaran emas

Berikut adalah harga pasaran jual beli Kijang Emas seperti yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia.

Setakat 11 Julai, 2023
1 oz1/2 oz1/4 oz
BeliJualBeliJualBeliJual
9,5209,1524,8504,5762,4702,288
Sumber: Kijang Emas BNM

Jika anda belum tahu, harga pasaran emas mula melonjak naik seawal tahun 2019 kerana para pelabur menganggap pasaran emas sebagai pelaburan yang selamat. Harga pasaran emas mencapai kedudukan yang tertinggi pada pertengahan tahun 2020 dan ia mula jatuh sedikit pada pertengahan tahun 2021.

Carta di atas menunjukkan bacaan harga pasaran emas yang dari tahun 2019 hingga tahun 2023. Walaupun harga pasaran emas kadang-kalanya turun dan naik, ia masih mempunyai kadar pertumbuhan nilai yang positif. Bahkan, ia telah meningkat sebanyak 58% sejak lima tahun yang lepas. Walaupun nilai pasaran ini adalah sesuatu yang baik, ada beberapa faktor untuk anda pertimbangkan sebelum melabur dalam pasaran emas.

1. Kadar pertukaran matawang Amerika Syarikat (US Dollar)

Ini mungkin merupakan faktor terbesar yang mempengaruhi nilai pasaran emas. Untuk pengetahuan anda, pasaran emas global didagangkan dalam US dollar, dan dagangan ini akan mempengaruhi pasaran tempatan. Ini bermaksud, harga pasaran emas akan menjadi rendah jika matawang Ringgit Malaysia  kukuh.

Kami galakkan anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan pertukaran matawang US dollar kerana faktor ini pasti akan mempengaruhi harga jual beli emas.

2. Inflasi

Kebiasaannya, harga emas akan meningkat apabila inflasi tinggi. Harga komoditi sebegini akan melonjak naik kerana para pelabur menggunakannya untuk menyelamatkan pelaburan mereka. Emas selalunya digunakan sebagai cara simpanan altenatif apabila nilai matawang Ringgit Malaysia tidak stabil atau jatuh.

Konsep ini juga turut digunakan untuk Dana Dagangan Saham,  termasuklah pasaran futures dan options untuk dagangan seperti  emas, perak dan tembaga  yang segalanya-galanya akan bergantung pada keadaan pasaran dagangan.

Peringatan

Sebagai peringatan, dagangan Futures (Niaga Hadapan) dan Options (Kontrak) adalah tidak patuh Shariah. Dari segi agama Islam, kedua-dua dagangan ini jatuh pada hukum tidak harus.

3. Ekonomi global

Kebiasaannya, para pelabur akan ingin menyelamatkan pelaburan mereka jika berlakunya ketidakstabilan ekonomi. Seperti yang telah diterangkan, emas adalah salah satu tempat yang selamat bagi para pelabur menyimpan dan menunggu jika berlakunya kemelesetan ekonomi atau perang dagangan.

Secara tidak langsung, harga jual beli emas akan dipengaruhi oleh faktor permintaan yang tinggi. Bahkan, permintaan yang tinggi ini bukan sahaja berlaku semasa kejatuhan atau kemelesetan ekonomi. Kepentingan emas sebagai bahan mentah dalam penghasilan barang elektronik turut mempengaruhi permintaan pasaran emas semasa ekonomi dalam keadaan yang baik.

Ini disebabkan faktor pengguna mempunyai pendapatan boleh guna/belanja yang tinggi dan boleh berbelanja dengan lebih banyak.

4. Kadar faedah

Kadang-kala, kadar faedah yang ditetapkan oleh institusi bank pusat boleh menjadi petunjuk aliran pasaran emas. Kadar faedah yang rendah bermaksud harga pasaran emas akan meningkat, manakala kadar faedah tinggi pula bermaksud harga pasaran emas akan menurun.

Untuk pengetahuan anda, kadar faedah diubah berdasarkan keadaan ekonomi negara. Kadar faedah rendah diberikan untuk membantu kadar peningkatan negara jika ekonomi tidak memberangsangkan. Pada masa yang sama, para pelabur akan mencari pelaburan yang selamat semasa kemelesetan ekonomi.

Di mana anda boleh beli emas?

Kebiasaannya, jika anda membeli emas, anda akan mendapat emas dalam bentuk fizikal. Dari segi tradisional, emas digunakan sebagai barangan kemas, tetapi pada zaman sekarang emas boleh dimiliki dalam bentuk jongkong emas kecil. Kemudian, emas ini akan disimpan di rumah atau di peti simpanan selamat sehinggalah anda ingin mencairkan jongkong emas anda.

Untuk konteks, emas boleh dibeli dimana-mana kedai barangan emas. Namun, cara ini tidak digalakkan jika anda ingin membeli emas bagi tujuan pelaburan. Ini kerana harga jualan balik akan menjadi lebih rendah berbanding harga pembelian (bagi jangka masa pendek).

Cara yang lebih selamat dan menguntungkan adalah dengan melabur melalui institusi kewangan. Kini, terdapat pelbagai institusi perbankan yang menawarkan akaun pelaburan emas yang membenarkan para pelabur untuk mengumpul simpanan mereka dan membeli emas. Juga, sesetengah institusi kewangan atau pelaburan tidak akan akan memberikan butiran tentang hak pemilikan anda terhadap emas anda.

Sebagai contoh, anda mempunyai 5g emas di dalam akaun pelaburan anda. Pihak bank mempunyai sejumlah simpanan jongkong emas yang besar dan menyatakan terdapat pemilikan anda dalam simpanan tersebut tanpa menyatakan jongkong yang mana satu.

Secara alternatif, pihak bank mungkin telah membeli jongkong emas dan menyimpan dalam peti besi untuk anda mengiystiharkan “ini bahagian saya”. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenis simpanan emas ini.

Perlukah anda melabur dengan emas?

Emas adalah pelaburan yang selamat untuk anda gunakan kerana harga emas tidak akan jatuh secara banyak dan ia tetap akan meningkat pada suatu masa. Namun, pelaburan emas tidak boleh memberikan hasil keuntungan yang baik kerana harga emas tidak meningkat secara banyak.

Secara ringkas, tidak salah untuk anda melabur dalam pelaburan bahan mentah berharga, terutama sekali jika anda terdedah dengan risiko pelaburan dan inginkan pelaburan yang lebih stabil.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image