Panduan Amanah Saham Bumiputera (ASB) Untuk Pelabur Baru Di Malaysia

Panduan Amanah Saham Bumiputera (ASB) Untuk Pelabur Baru Di Malaysia

Diperkenalkan pada tahun 1990, Amanah Saham Bumiputera (ASB) mengubah landskap pelaburan untuk para pelabur Bumiputera di Malaysia. Ia merupakan salah satu saham terbaik yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), sebuah anak syarikat di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Apa itu ASB?

ASB adalah unit amanah saham yang mempunyai dana berharga tetap sebanyak RM1 seunit. Setiap pelabur layak untuk melabur secara maksimum sebanyak RM200,000.

ASB menyediakan ruang buat pelabur Bumiputera untuk menyimpan dan melabur dalam pelaburan yang berisiko rendah dan untuk jangka masa panjang. Walaupun ketika negara mengalami kejatuhan ekonomi pada tahun 2008, di mana saham KLSE jatuh merudum kepada 876.74 mata, ASNB masih mengekalkan pulangan dividen yang positif bagi setiap dananya.

Mengapa anda patut melabur bersama ASB?

Berikut adalah beberapa manfaat jika anda melabur bersama ASB:

  • Tiada fi permulaan. Anda dikenakan 0% fi permulaan jika anda melabur bersama ASB. Ini bermaksud, kebanyakkan wang anda akan digunakan bagi tujuan pelaburan dan bukannya fi.
  • Fi pengurusan rendah. Saham ASB hanya mengenakan fi pengurusan tahunan serendah 0.35% setahun. Sebagai perbandingan, unit amanah saham lain boleh mengenakan fi pengurusan sebanyak 1.5% setahun.
  • Pulangan tetap. ASB telah memberikan dividen sebanyak 5% hingga 14% setahun sejak 1990.
  • Pengeluaran cepat. Saham ASB mudah untuk dicairkan dan dikeluarkan. Anda boleh mengeluarkan sehingga RM500 sebulan melalui dalam talian, atau hadir ke kaunter atau cawangan ASNB jika anda ingin mengeluarkan jumlah yang lebih besar dan lebih cepat.
  • Boleh digunakan untuk memohon kemudahan overdraf. Anda boleh menggunakan saham ASB sebagai cagaran untuk memohon kemudahan overdraf (sebuah pinjaman di mana pihak bank membenarkan anda mengeluarkan duit yang lebih banyak daripada apa yang anda ada di dalam akaun anda).

Apakah sejarah pulangan pelaburan ASB?

TahunPengeluaran (sen)Bonus (sen)Jumlah penuh (sen)
19908614
19918.5412.5
19927.5512.5
199394.513.5
19949.54.514
199510313
199610.25313.25
199710.251.2511.5
199882.510.5
19998.51.510
20009.75211.75
20017310
2002729
20037.2529.25
20047.2529.25
20057.251.759
20067.31.258.55
2007819
200871.758.75
20097.31.258.55
20107.51.258.75
20117.651.158.8
20127.751.158.9
20137.718.7
20147.518.5
20157.250.57.75
20166.750.57.25
201770.257.25
20186.50.57
201950.55.5
20203.50.754.25
20214.250.755
20223.351.254.6
20234.251.005.25

Bagaimanakah ASB melabur?

Setakat akhir tahun 2023, 83.13% daripada portfolio ASB telah dilaburkan dalam pasaran ekuiti, 7.45% dalam sekuriti berpendapatan tetap dan 7.22% dalam pelaburan yang lain. 2.20% daripada portfolio ASB dilaburkan dalam Unit Amanah dan ETF

Berikut adalah sepuluh pelaburan terbesar ASB:

Syarikat% Daripada Nilai Aset Bersih Tabung
1Malayan Banking Berhad20.77
2Sime Darby Plantation Berhad9.09
3Sime Darby Berhad3.89
4Tenaga Nasional Berhad3.76
5PNB Capital LLC2.58
6PNB Real Estate 1LLC USD1.93
7CIMB Group Holdings Berhand1.82
8Axiata Group Berhad1.75
9Celcom Digi Berhad1.58
10Maxis Berhad1.56

Apakah perbezaan ASB dan ASB2?

Anda mungkin pernah terdengar tentang unit amanah saham yang hampir sama seperti ASB: iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2). Diperkenalkan pada tahun 2014, ASB2 juga merupakan sebuah unit amanah saham yang diuruskan oleh ASNB. Sama seperti ASB, ia merupakan dana berharga tetap sebanyak RM1 seunit untuk pelabur Bumiputera. Tiada fi bayaran muka, dan fi pengurusan tahunan adalah serendah 0.35% setahun.

Namun, ASB2 mempunyai pelaburan aset yang berbeza. Strategi ASB adalah untuk “melabur dalam portfolio yang mempunyai pelbagai kategori aset yang mengutamakan pasaran sekuriti”, manakala strategi ASB2 adalah untuk melabur dalam portfolio aset bercampur. Berikut adalah rekod pengurusan ASB2:

TahunPengeluaran (sen)Bonus (sen)Jumlah penuh (sen)
20157.500.257.75
20167.05-7.05
20176.50-6.50
20186.75-6.75
20196.00-6.00
20204.75-4.75
20214.25-4.25
20224.30-4.30
20235.00-5.00
20245.25-5.25

ASNB telah mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk ASB2 pada Mac 28, 2024.

Bagaimanakah cara untuk melabur dalam ASB?

Untuk melabur dalam ASB, anda perlu membuka Akaun ASNB. Anda boleh hadir ke cawangan ASNB atau berjumpa bersama ejen ASNB (di bank anda atau pejabat pos). Terdapat dua jenis akaun:

Akaun DewasaAkaun Remaja/Bijak
Umur pelabur18 tahun dan ke atasBawah 18 tahun
Dokumen yang diperlukanKad pengenalanKad pengenalan penjaga dan kad pengenalan atau sijil lahir pelabur

Anda perlu memulakan pelaburan minimum sebanyak RM10 bersama ASB.

Untuk membuka akaun, anda perlu hadir ke cawangan ASNB atau berjumpa bersama ejen ASNB. Namun, anda boleh membuat pelaburan yang seterusnya secara dalam talian. Berikut adalah beberapa cara:

  • Aplikasi perbankan dalam talian (Maybank2u, MAE, CIMB Clicks, AffinOnline, RHBnow or HLB Connect)
  • Laman web myASNB (memerlukan pendaftaran dan akaun ASB yang sedia ada)

Bagaimana jika anda tidak mempunyai wang untuk melabur?

ASB menyediakan beberapa pilihan bagi mereka yang ingin melabur tetapi kekurangan dana untuk memulakan impian kewangan mereka.

1. Skim Pelaburan Ahli KWSP

Skim ini membenarkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melabur secara maksimum sehingga 30% daripada jumlah lebihan simpanan asas dari Akaun 1. Anda boleh melabur secara dalam talian melalui platform KWSP i-Invest atau hadir ke cawangan ASNB atau berjumpa bersama ejen (kecuali Pos Malaysia dan Maybank).

Walaupun anda tidak boleh menggunakan dana EPF untuk melabur dalam ASB, anda boleh melabur dalam ASB2 dan dana-dana yang lain:

  • Dana harga tetap: ASB2, ASB3 Didik, ASM3, ASM2 Wawasan
  • Dana harga berubah: ASN Ekuiti 2, ASN Ekuiti 3, ASN Imbang 1, ASN Imbang 2, ASN Sara 1

2. Skim Potongan Gaji

Skim ini memudahkan anda memotong pendapatan bulanan anda untuk melabur dalam akaun ASB atau ASB2 anda, dan ia tersedia untuk pemegang saham yang bekerja dalam sektor awam dan swasta.

Untuk memohon skim ini, pekerja sektor awam perlu melengkapkan Surat Pengesahan Potongan Gaji, dan mendapatkan pengesahan daripada majikan mereka dan kemudian hadir di cawangan ASNB. Bagi pekerja sektor swasta pula, anda perlu mengisi surat pengesahan dan memohon melalui majikan anda. Anda boleh dapatkan butiran surat pengesahan di sini.

3. Pinjaman ASB

Sesetengah bank tempatan menyediakan pinjaman ASB untuk para pelabur Bumiputera yang berminat untuk melabur bersama ASB tetapi tidak mempunyai dana yang secukupnya. Pelan pinjaman tersebut bergantung kepada bank pilihan anda, namun berikut adalah butiran umum:

Tempoh maksimum pinjaman: sehingga 40 tahun, atau sehingga umur 65 tahun

Kadar faedah: Kadar Asas + 1.25% (kadar yang lebih tepat bergantung kepada bank)

Jumlah maksimum pinjaman: RM200,000

Pinjaman ASB membolehkan anda membuat pembiayaan sehingga RM200,00 untuk melabur dengan ASB secara serta-merta. Ini bermaksud anda boleh menggunakan peluang ini untuk menjana keuntungan yang lebih besar berbanding menggunakan simpanan yang anda ada sahaja.

Jika anda yakin anda boleh membayar semula pinjaman ASB anda secara konsisten, ini mungkin sesuatu yang baik untuk anda. Apa yang lebih menarik adalah anda hanya perlu membayar semula hanya untuk tahun pertama (jika pembayaran semula pinjaman anda lebih rendah daripada pulangan tahunan anda). Anda boleh membayar semula pinjaman untuk tahun pertama, kemudian pulangan ASB dari tahun yang berikutnya akan membayar semula pinjaman anda disamping pulangan tambahan yang anda terima.

Cara mengeluarkan dana ASB anda

Terdapat dua cara untuk anda mengeluarkan dana ASB:

1. Secara bersemuka

Anda perlu hadir ke pejabat ASNB, pihak bank atau melawat ejen ASNB yang membantu anda membuka pelaburan ini. Anda tidak perlu memenuhi sebarang keperluan untuk mengeluarkan simpanan anda.

2. Secara dalam talian

Anda juga boleh mengeluarkan simpanan anda secara dalam talian melalui laman web myASNB. Tetapi anda tertakluk pada beberapa syarat:

  • Maksimum RM100 untuk setiap pengeluaran.
  • Jumlah maksimum pengeluaran adalah RM1,000 (jumlah penuh dari mana-mana unit amanah ASNB).
  • Maksimum tiga pengeluaran setiap bulan.

Bolehkah pelabur bukan-Bumiputera melabur dalam ASB?

Bukan-Bumiputera tidak boleh melabur dalam ASB, melainkan jika mereka merupakan penduduk Malaysia dari keturunan Siam/Thai atau Portugis/Eurasian, atau jika mereka penduduk bukan-Bumiputera dari golongan Mualaf.

Jika anda bukan dari golongan tersebut, anda masih boleh melabur bersama Amanah Saham Malaysia (ASM). Unit amanah saham ini mempunyai strategi yang sama seperti ASB, dan ia terbuka untuk semua rakyat Malaysia. Sama seperti ASB, ASM juga mempunyai pelaburan yang berisiko rendah yang memberikan pulangan tetap.

Namun, ASM mempunyai rekod pulangan dividen yang lebih rendah berbanding ASB, dan mempunyai fi pengurusan tahunan yang lebih tinggi sebanyak 1% berbanding 0.35% fi pengurusan tahunan ASB. Saham ASM juga agak sukar untuk diperolehi kerana saham yang tersedia adalah terhad. Anda perlu menyemak bersama ejen ASNB atau muat semula laman web myASNB beberapa kali sebelum anda boleh membeli saham tersebut.

Pelaburan berisiko rendah yang berbaloi

Walaupun ASB memberikan pulangan yang lebih rendah pada tahun 2022, ia masih pelaburan yang berbaloi kerana ia berisiko rendah dan memberikan pulangan yang konsisten.

Pelaburan merupakan perkara yang penting untuk dilakukan agar kita dapat melindungi diri dan keluarga kita daripada ketidaktetapan inflasi, dan juga untuk mencapai matlamat kehidupan kita.

Laburlah jika anda layak dan mampu.

Artikel ini telah dikemaskini pada Mac 28, 2024.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.