Harga RON95, RON97 Dan Diesel Terkini Di Malaysia

by
harga petrol

Harga petrol di Malaysia dikemas kini setiap Rabu. Disini merupakan harga petrol minggu ini, dan juga segala benda yang anda perlu tahu tentang mengisi minyak didalam kereta anda.

Jangan lupa semak halaman ini setiap minggu, kerana harga petrol akan dikemas kini setiap minggu.

Berapa harga petrol di Malaysia minggu ini?

Harga terkini untuk RON95, RON97 dan diesel.

Tarikh
RON95
RON97
Diesel
10 Oktober hingga 16 Oktober
RM2.05
(+RM0.00)
RM3.19
(+RM0.00)
RM2.95
(+RM0.00)
3 Oktober hingga 9 Oktober
RM2.05
(+RM0.00)
RM3.19
(+RM0.00)
RM2.95
(+RM0.00)
26 September hingga 2 Oktober
RM2.05
(+RM0.00)
RM3.19
(+RM0.00)
RM2.95
(+RM0.00)
19 September hingga 25 September
RM2.05
(+RM0.00)
RM3.19
(-RM0.06)
RM2.95
(-RM0.06)
12 September hingga 18 September
RM2.05
(+RM0.00)
RM3.25
(-RM0.15)
RM3.01
(-RM0.15)
5 September hingga 11 September
RM2.05
(+RM0.00)
RM3.40
(-RM0.02)
RM3.16
(-RM0.02)
29 Ogos hingga 4 September
RM2.05
(+RM0.00)
RM3.42
(-RM0.05)
RM3.18
(-RM0.05)
22 Ogos hingga 28 Ogos
RM2.05
(+RM0.00)
RM3.47
(+RM0.00)
RM3.23
(-RM0.02)
15 Ogos hingga 21 Ogos
RM2.05
(+RM0.00)
RM3.47
(+RM0.00)
RM3.25
(-RM0.05)
8 Ogos hingga 14 Ogos
RM2.05
(+RM0.00)
RM3.47
(+RM0.00)
RM3.30
(-RM0.05)
1 Ogos hingga 7 Ogos
RM2.05
(+RM0.00)
RM3.47
(+RM0.00)
RM3.35
(+RM0.00)
25 Julai hingga 31 Julai
RM2.05
(+RM0.00)
RM3.47
(+RM0.00)
RM3.35
(+RM0.00)
18 Julai hingga 24 Julai
RM2.05
(+RM0.00)
RM3.47
(+RM0.00)
RM3.35
(+RM0.00)
11 Julai hingga 17 Julai
RM2.05
(+RM0.00)
RM3.47
(+RM0.00)
RM3.35
(+RM0.00)
4 Julai hingga 10 Julai
RM2.05
(+RM0.00)
RM3.47
(+RM0.00)
RM3.35
(+RM0.00)
27 Jun hingga 3 Julai
RM2.05
(+RM0.00)
RM3.47
(+RM0.00)
RM3.35
(+RM0.00)
21 Jun hingga 26 Jun
RM2.05
(+RM0.00)
RM3.47
(+RM0.00)
RM3.35
(+RM0.00)
14 Jun hingga 20 Jun
RM2.05
(+RM0.00)
RM3.47
(+RM0.00)
RM3.35
(+RM0.00)

Sumber: MoF

Bagaimana harga minyak ditentukan?

Pernah tak anda terfikir, macam mana harga petrol ditentukan? Sebenarnya, kerajaan Malaysia yang tentukan harga petrol dengan menggunakan satu formula yang dipanggil Automatic Pricing Mechanism (APM).

APM merupakan satu mekanisme apungan terkawal yang mempunyai tiga fungsi utama;

  • Membantu menyelaras, dan mengawal harga petrol.
  • Mengurangkan dan menhalang aktiviti mengawal stok minyak dari pengusaha
  • Mengurangkan impak harga minyak sedunia terhadap rakyat Malaysia.

Formula APM adalah seperti tersebut;

Kos produk + alfa + kos pemasaran + kos peredaran + komisyen dealer + keuntungan syarikat = harga pasaran minyak

Apa maksud terma terma didalam formula ni?

Mari kita lihat.

Kos produk: Harga petroleum yang telah diproses. Harga ini ditentukan oleh Mean Of Platts Singapore (MOPS), kerana Singapura adalah pembekal petroleum yang telah diproses terbesar di Asia Pasifik dan ketiga terbesar di dunia. MOPS juga digunakan oleh sebahagian besar negara di rantau ASEAN.

Alpha: Perbezaan di antara harga MOPS dan harga sebenar yang dibeli oleh syarikat minyak. Juga berfungsi sebagai penampan untuk membantu mengimbangi turun naik harga minyak dunia.

Kos pemasaran: Kos yang ditanggung sewaktu memasarkan minyak tersebut.

Kos peredaran: Kos yang ditanggung sewaktu mengangkut minyak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Komisyen dealer: Komisyen yang diberi kepada pengusaha stesyen minyak.

Keuntungan syarikat: Keuntungan syarikat minyak dari membeli dan menjual produk APM.

Dalam semua kos-kos yang disebut di atas ni, ada diantara mereka yang telah ditetapkan.

Bagaimana kos-kos di atas digunakan untuk mengira harga minyak di stesyen minyak?

RON95 and RON97Diesel
Kos produkTidak ditetapkanTidak ditetapkan
Alfa5.00 sen4.00 sen
Kos peredaran2.62 sen2.62 sen
Kos pemasaran6.92 sen6.92 sen
Untung syarikat5.00 sen2.25 sen
Komisyen dealer12.19 sen7.00 sen
Cukai atau subsidiTidak ditetapkanTidak ditetapkan
Harga minyak pasaranJumlah semua kos diatasJumlah semua kos diatas
*Taxes if the MOPS price falls below the retail pump price; subsidy if the MOPS price rises above the retail pump price
Source: Affin Hwang Capital

Akan tetapi, buat masa sekarang kerajaan mengekalkan harga siling RON95 sebanyak RM2.05 seliter dan diesel sebanyak RM2.15 seliter, walaupun harga APM untuk kedua dua RON95 dan diesel telah melangkau harga siling.

Sewaktu pembentangan Bajet 2024, kerajaan Malaysia telah memaklumkan niat mereka untuk mula menyelaraskan semua subsidi, bermula dengan rasionalisasi semua harga minyak diesel.

Setakat ini, kos untuk subsidi minyak diesel melebihi RM1.5 billion sebulan. Disebabkan kos yang tinggi ini, Bajet 2024 telah menyatakan niat kerajaan untuk hanya mengekalkan subsidi diesel untuk pengangkutan barang. Keputusan ini diambil untuk mengurangkan kesan pelarasan semula subsidi terhadap rakyat, dan juga terhadap harga barang.

Read More: Highlights Of Malaysia Madani Budget 2024

Apa yang mempengaruhi harga petrol?

Jadi sebenarnya apa yang mempengaruhi harga petrol? Terdapat beberapa yang boleh mempengaruhi harga petrol seperti;

Harga minyak mentah: Menurut Caltex, harga minyak mentah merangkumi lebih dari setengah harga pasaran petrol.

Pembekalan dan permintaan: Seperti mana mana komoditi lain, harga minyak juga ditentukan oleh permintaan dan pembekalan didalam pasaran dunia.

Gangguan bekalan: Kebanyakan sumber minyak dunia terletak dikawasan yang tidak stabil dari segi politik. Jadi ini boleh menyebabkan gangguan bekalan yang berterusan. Jika gangguan bekalan berterusan, harga minyak akan terus meningkat.

Kadar pertukaran asing: Walaupun Malaysia merupakan salah satu negara pengeksport minyak berkualiti tinggi terbesar, Malaysia juga mengimport minyak gred rendah secara banyak untuk kegunaan dalam negara. Perubahan didalam kadar pertukaran asing boleh menyebabkan kos import ini meningkat, dan akan menyebabkan harga pasaran petrol meningkat.

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image