Inilah Cara Mendapatkan RM30 Percuma Dari Boost, Grab, Dan TNG eWallet

Inilah Cara Mendapatkan RM30 Percuma Dari Boost, Grab, Dan TNG eWallet

Bukan selalu kita mendapat wang percuma dari kerajaan. Kemurahan hati ini – yang dibentangkan di Belanjawan 2020 – bertujuan untuk mempromosikan kegunaan e-wallet di Malaysia.

Sistem pembayaran melalui aplikasi telefon pintar diperkenalkan di Malaysia pada akhir 2017 dengan tujuan menggalakkan penggunaan e-wallet.

Kerana rezeki jangan ditolak, inilah cara untuk anda mendapatkan RM30 kredit e-wallet anda melalui program e-Tunai Rakyat.

Langkah 1: Dapatkan aplikasi e-wallet

Tiga e-wallet telah diwartakan oleh Khazanah Nasional untuk mengedarkan kredit melalui program e-Tunai Rakyat: Boost, Grab, dan Touch ‘n Go eWallet. Jika anda sudah menggunakan salah satu e-wallet ini, tahniah! Anda sudah selesai dengan langkah ini

Jika anda memiliki akaun dengan lebih dari satu e-wallet, pilihlah salah satu yang paling digemari untuk menuntut kredit percuma ini. Ingat, anda tidak boleh menerima RM30 untuk lebih dari satu e-wallet.

Langkah 2: Sahkan identiti anda

E-wallet biasanya boleh digunakan selepas mendaftar emel dan nombor telefon sahaja. Tetapi, ada fitur tambahan bila anda mengguna akaun premium. Contohnya, kalau anda ingin menghantar kredit ke rakan-rakan atau keluarga melalui e-wallet.

Menuntut kredit RM30 dari kerajaan juga memerlukan akaun premium.

Alangkah baiknya yang anda tidak perlu membayar untuk membuka akaun premium. Anda cuma perlu menangkap gambar kad pengenalan dan mengambil swafoto.

Langkah-langkah yang diperlukan adalah lebih kurang sama bagi ketiga-tiga e-wallet ini mengikut peraturan yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia. Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan bagi ketiga-tiga e-wallet ini:

BoostMasuk skrin “Profile” dan tekan "Upgrade to Premium wallet for free" yang terletak dibawah Wallet Balance
GrabTekan pada ikon baki GrabPay untuk sampai di skrin GrabPay. Seterusnya, tekan pilihan “Upgrade”
Touch ‘n Go eWalletMasuk account settings dan pilih Account Verification

Proses pengesahan akan mengambil masa maksimum 48 jam, jadi jangan panik jika tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun begitu, anda biasanya hanya menunggu beberapa minit untuk disahkan jika anda telah mengikuti arahan dengan tepat.

Langkah 3: Ikuti pautan e-Tunai Rakyat

App e-wallet anda akan memaparkan notis e-Tunai Rakyat untuk memudahkan anda menuntut kredit percuma. Tetapi, jika anda terlepas notis ini, e-wallet anda juga akan mengiklankan program ini dalam app.

 

Untuk menuntut kredit ini, anda perlu menepati kriteria kelayakan berikut.

  1. Warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas
  2. Gaji tahunan kurang dari RM100,000

Anda tidak akan menerima RM30 tersebut serta-merta. Permohonan ini akan disemak oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menentukan gaji bulanan anda menepati kriteria kelayakan.

Mengikuti pautan dari Khazanah Nasional Berhad (yang menguruskan program ini), anda akan menerima kredit anda dalam lingkungan masa lima hari.

Langkah 4: Belanjakan kredit percuma anda sebelum 14 Mac 2020

Program e-Tunai Rakyat akan berakhir pada 14 Mac 2020, jadi anda ada dua bulan untuk mengguna wang percuma ini. Kredit yang tidak dibelanjakan selepas tarikh ini akan hilang dari akaun anda.

Matlamat utama program ini adalah untuk menggalakkan penggunaan e-wallet dikalangan rakyat Malaysia. Anda boleh belanjakan wang kredit ini dengan membeli apa-apa sahaja, selagi kedai yang dilawati menerima bayaran melalui e-wallet.

Jadi, pergilah membeli-belah dan nikmati wang percuma ini!

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.