Apa Itu Buy Now, Pay Later, Dan Haruskah Anda Menggunakannya?

Apa Itu Buy Now, Pay Later, Dan Haruskah Anda Menggunakannya?

Adakah anda perasan tentang pilihan pembayaran terbaru? Kini, terdapat pelbagai platform Buy Now, Pay Later (BNPL) yang telah diperkenalkan di Malaysia. Platform ini membantu anda membeli barang keperluan dan kehendak anda tanpa sebarang yuran atau faedah bulanan. Tetapi, tahukah anda tentang cara untuk menggunakannya?

Apa itu Buy Now, Pay Later?

Platform BNPL membolehkan anda membuat pembelian dengan membahagikan jumlah pembelian kepada bayaran ansuran bulanan, yang kebiasaannya mempunyai 0% faedah. Ada juga platform yang menawarkan penangguhan pembayaran sehingga hujung bulan, atau bayar pada bulan yang seterusnya. Namun, mereka mungkin akan mengenakan caj pembayaran lewat jika anda tidak menepati perjanjian anda.

Berikut adalah konsep BNPL:

Advertisement
  • Jika anda membeli sesuatu daripada penyedia yang menggunakan BNPL, anda boleh memilih untuk membayar melalui platform BNPL.
  • Anda mungkin perlu membuat pembayaran muka, kebiasaannya pembayaran ansuran pertama daripada jumlah pembelian.
  • Kemudian anda membayar jumlah yang selebihnya setiap bulan.

Kelebihan Buy Now, Pay Later

  • 0% faedah ansuran. Kebanyakan platform BNPL menawarkan 0% faedah untuk pembelian anda. Ini bermaksud anda tidak perlu membayar sebarang faedah atau caj – melainkan anda terlewat membuat pembayaran.
  • Anda mungkin tidak memerlukan skor kredit yang baik. Anda wajib memerlukan kad kredit jika anda ingin memohon 0% faedah ansuran menggunakan kad kredit. Dan untuk memohon kad kredit, anda memerlukan skor kredit yang baik. Tetapi, sesetengah platform BNPL mungkin tidak memeriksa skor kredit. Ini bermaksud, anda boleh memohon BNPL walaupun anda mempunyai skor kredit di bawah tahap yang baik.
  • Membahagikan pembayaran. Dengan BNPL, anda boleh membuat pembayaran besar secara berkala supaya bajet bulanan anda tidak terjejas. Sebagai contoh, komputer riba anda rosak secara tiba-tiba, dan anda memerlukan RM3,000 untuk menggantikannya. Anda boleh membuat bayaran bulanan sebanyak RM1,000 setiap bulan dan tidak perlu menggunakan simpanan kecemasan anda. Ini memberikan anda sedikit ruang untuk bernafas jika ada kecemasan yang berlaku pada bulan yang sama dengan menggunakan simpanan kecemasan untuk perkara yang mustahak dan bukannya untuk membuat pembelian.

Kekurangan Buy Now, Pay Later

  • Caj pembayaran lewat yang tinggi. Kebanyakan platform BNPL akan mengenakan caj jika anda tidak boleh membayar ansuran anda. Sesetengah pembayaran platform BNPL mungkin akan menelan belanja yang lebih banyak berbanding menggunakan kad kredit.
  • Anda cenderung untuk menggunakannya lagi. Platform BNPL memudahkan anda untuk membeli barangan yang anda mungkin tidak akan beli jika anda terpaksa membayar secara penuh, atau anda tidak mempunyai bajet. Walaupun BNPL memberikan anda manfaat dalam pembelian barang, ia juga boleh mempengaruhi anda untuk membuat perbelanjaan yang tidak dirancang.
  • Skor kredit anda mungkin akan terjejas. Sesetengah platform BNPL mungkin akan menghantar rekod pembayaran lewat atau kepada agensi yang menyelia skor kredit. Ini akan menjejaskan skor kredit anda dan akan mendatangkan masalah pada masa hadapan.

Perbandingan platform Buy Now, Pay Later

Platform BNPL manakah yang anda patut pilih? Ini adalah platform BNPL yang tersedia di Malaysia: Atome, FavePay Later, myIOU, Hoolah, PAYLATER, PayLater oleh Grab, SpayLater oleh Shopee dan Split.

PlatformTempoh pembayaranFi pemprosesanCaj pembayaran lewat
Atome3 bulan0%RM30 bagi setiap pembayaran lewat (maksimum RM60 bagi setiap pembelian)
FavePay Later3 bulan0%1.5% dari jumlah tunggakan bagi setiap pembayaran lewat
myIOU2, 3 atau 6 bulan0%RM5 atau 1% dari jumlah tunggakan bagi setiap pembayaran lewat – mengikut yang lebih tinggi
Hoolah3 bulan0%RM7.50 sehingga RM75 bagi setiap pembayaran lewat
PAYLATER4 bulan0%RM10 bagi setiap 7 hari tanpa pembayaran
PayLater oleh GrabBayar pada bulan yang berikutnya atau 4 bulan0%Maksimum RM30 untuk setiap pembelian (hanya untuk kaedah pembayaran ansuran sahaja)
SPayLater oleh ShopeeBayar pada hujung bulan atau 2, 3 atau 6 bulan1.25% sebulan dari jumlah penuh pembayaran1.5% setiap bulan dari jumlah tunggakan
SplitMaksimum sehingga 3 bulan0%RM0

1. Atome

Tempoh pembayaranCaj pembayaran lewatHad kreditPenyedia
3 bulanRM30 bagi setiap pembayaran lewat (maksimum RM60 bagi setiap pembelian)Bukan pengguna kad kredit: RM1,500;
Pengguna kad kredit: RM5,000
Zalora, The Face Shop, Shein, Ezbuy, Machines, Agoda

Atome merupakan platform dari Singapura yang merupakan salah satu nama BNPL terbesar di Asia. Platform ini membolehkan anda membeli di lebih 2,000+ penyedia dalam talian dan juga di kedai. Ia menyediakan jenama popular seperti Zalora dan Agoda.

Platform ini mengenakan caj sebanyak RM30 untuk setiap pembayaran lewat, namun jumlah maksimum untuk setiap pembayaran lewat adalah sebanyak RM60.

2. FavePay Later

Tempoh pembayaranCaj pembayaran lewatHad kreditPenyedia
3 bulan1.5% dari jumlah tunggakan bagi setiap pembayaran lewatBerdasarkan rekod penggunaPandora, Marks & Spencer, Puma, GNC

Perkhidmatan BNPL oleh Fave iaitu FavePay Later, tersedia untuk pengguna Fave di Singapura dan Malaysia. Lebih daripada 40,000 penyedia, termasuklah jenama popular seperti Pandora dan Marks & Spencers.

Jika anda tidak boleh membuat pembayaran semula, anda akan dikenakan caj 1.5% dari jumlah keseluruhan tunggakan untuk setiap pembayaran lewat.

3. myIOU

Tempoh pembayaranCaj pembayaran lewatHad kreditPenyedia
2, 3 atau 6 bulanRM5 atau 1% dari jumlah tunggakan bagi setiap pembayaran lewat – mengikut yang lebih tinggiRM1,000 sehingga RM10,000Senheng, Drone Hub, Gintell

myIOU menawarkan tempoh pembayaran yang lebih fleksibel berbanding platform lain yang disenaraikan di sini.

Namun, myIOU mempunyai jumlah penyedia yang terhad – dan penyedia tersebut bukanlah jenama yang sangat popular. Apa yang menarik pula, myIOU mempunyai penyedia yang menawarkan perkhidmatan B2B.

myIOU mengenakan caj minimum sebanyak RM5 atau 1% untuk setiap pembayaran lewat. Jumlah tersebut agak sama dengan pembayaran lewat kad kredit, yang kebiasaannya mengenakan caj minimum sebanyak RM10 atau 1% untuk setiap pembayaran lewat.

4. Hoolah

Tempoh pembayaranCaj pembayaran lewatHad kreditPenyedia
3 bulanBergantung kepada jumlah pembelian:

RM0 sehingga 99.99 – RM7.50
RM100 sehingga 499.99 – RM25
RM500 dan ke atas – RM75
Berdasarkan rekod penggunaJD Sports, Zalora, FashionValet, Focus Point

Seperti Atome, Hoolah merupakan platform dari Singapura yang mempunyai senarai penyedia yang luas.

Namun, caj pembayaran lewat Hoolah agak tinggi. Jika jumlah pembelian anda adalah RM500 dan ke atas, anda boleh dikenakan caj sebanyak RM75 untuk setiap kali anda terlepas tarikh pembayaran anda, dan maksimum sehingga RM150 untuk setiap pembelian.

5. PAYLATER

Tempoh pembayaranCaj pembayaran lewatHad kreditPenyedia
4 bulanRM10 untuk setiap 7 hari tanpa pembayaranBerdasarkan rekod penggunaOppo, Gamer’s Hideout, DJI, DirectD, Metrojaya

PAYLATER (berlainan daripada PayLater oleh Grab) membahagikan pembelian anda kepada empat bayaran ansuran, yang dibayar secara bulanan. Ia menyediakan beberapa jenama teknologi yang terkenal, seperti Oppo dan DJI.

Berlainan daripada platform lain yang mengenakan caj pembayaran lewat secara bulanan, PAYLATER mengenakan caj pembayaran lewat sebanyak RM10 untuk setiap hari tanpa pembayaran. Ini bermaksud, jika anda terus terlepas membuat pembayaran, anda boleh dikenakan caj (RM10 x 4 minggu x 3 bulan; jika pembayaran ansuran bulan pertama sudah dibayar) sebanyak RM120.

6. PayLater oleh Grab

Tempoh pembayaranCaj pembayaran lewatHad kreditPenyedia
Bayar pada bulan seterusnya atau 4 bulanMaksimum RM30 untuk setiap pembelian (hanya untuk kaedah pembayaran ansuran sahaja)Berdasarkan rekod penggunaDirectD, Shiseido, Zalora, Hermo, Shein, Machines

PayLater oleh Grab menawarkan dua kaedah pembayaran. Anda boleh membuat pembayaran bulanan selama empat bulan, atau membayar seluruh jumlah pembayaran pada bulan yang seterusnya. Anda hanya akan mendapat mata GrabRewards jika anda menggunakan kaedah pembayaran yang kedua.

Jika anda terlepas membuat pembayaran, akaun PayLater anda akan dibekukan, dan anda perlu membayar RM10 untuk mengaktifkannya semula. Jumlah maksimum pembayaran lewat yang boleh dikenakan kepada anda adalah sebanyak RM30, dan caj ini hanya dikenakan untuk pelanggan yang memilih kaedah pembayaran ansuran bulanan sahaja.

7. SPayLater oleh Shopee

Tempoh pembayaranFi pemprosesanCaj pembayaran lewatHad kredit
Bayar pada hujung bulan atau 2, 3 atau 6 bulan1.25% sebulan dari jumlah penuh pembayaranRM10 untuk setiap pembayaran lewat (maksimum RM30 untuk setiap pembelian)RM3,000 atau lebih, berdasarkan rekod pengguna

SPayLater adalah keistimewaan terbaharu Shopee dalam pasaran BNPL. Ia menawarkan dua kaedah pembayaran. Anda boleh membayar seluruh jumlah pembayaran pada hujung bulan (tiada caj dikenakan) atau membayar secara ansuran selama dua, tiga atau enam bulan (dan dikenakan caj 1.25% sebulan).

Ini bermaksud anda perlu membayar lebih jika anda bersetuju untuk membayar secara ansuran. Sebagai contoh, jika anda membuat pembelian sebanyak RM3,000 dan memilih tempoh pembayaran selama enam bulan, anda mungkin perlu membayar RM187.50 (RM3,000 x 1.25% x 5 bulan; jika pembayaran ansuran bulan pertama sudah dibayar) untuk fi pemprosesan sahaja.

Jika anda tidak mampu untuk membuat pembayaran, anda mungkin perlu membayar penambahan 2.75% setiap bulan, termasuklah caj pembayaran lewat. Berdasarkan kalkulator faedah ini, jumlah ini bersamaan dengan kadar faedah tahunan sebanyak 38.48%.

8. Split

Tempoh pembayaranCaj pembayaran lewatHad kreditPenyedia
Maksimum 3 bulanRM0Berdasarkan rekod penggunaDyson, Switch, Illegear, Todak

Split, adalah platform BNPL patuh shariah pertama di Malaysia, satu-satunya platform yang tidak mengenakan sebarang caj pembayaran lewat.

Split tidak menetapkan had pembelian anda semasa anda mendaftar. Sebaliknya, ia menggunakan algoritma untuk meluluskan transaksi mengikut rekod pendaftar masing-masing.

Apakah akibat jika anda terlewat membuat pembayaran?

a) Anda mungkin akan dikenakan caj

Anda tidak akan dikenakan caj faedah jika anda membayar pembelian anda mengikut tempoh yang ditetapkan. Jika tidak, anda akan dikenakan caj pembayaran lewat yang tinggi.

Sebagai contoh, berikut adalah jumlah caj pembayaran lewat yang dikenakan untuk pembelian bernilai RM2,000 jika anda terus terlewat untuk membuat pembayaran selama tiga bulan:

PlatformKadar faedahCaj pembayaran lewat setiap bulanJumlah faedah + caj pembayaran lewat selepas tiga bulan
Atome-RM30RM60
FavePay Later-1.5% dari jumlah tunggakanRM30
myIOU-1% dari jumlah tunggakanRM20
Hoolah-RM75RM150
PAYLATER-RM10 seminggu = RM40RM80
PayLater by Grab-RM10RM20
SPayLater by Shopee1.25% sebulan x 2 bulan dari jumlah RM2,000 = RM50RM30RM110
Split-RM0RM0
Senario: pembelian anda bernilai RM2,000 dan anda telah membayar ansuran bulanan yang pertama; kesemua pengiraan hanyalah sekadar contoh

b) BNPL mungkin akan menghubungi agensi pengutip hutang

Jika anda masih tidak boleh membuat pembayaran ansuran anda, platform BNPL akan menghubungi agensi pengutip hutang (agensi yang sama dilantik oleh pihak bank jika anda tidak boleh membayar semula pinjaman anda) untuk mengutip hutang daripada anda. Anda boleh dapatkan informasi tersebut di halaman terma dan syarat platform BNPL. Sebagai contoh, ini adalah apa yang tertakluk dalam Perjanjian Penangguhan Pembayaran Atome:

Jika Akaun anda Dibekukan disebabkan pembayaran lewat atau pembayaran yang ditolak, anda bersetuju, memberi kebenaran dan mengarahkan kami untuk mengenakan caj kepada Keadah Pembayaran pilihan anda dan/atau kad debit atau kad kredit yang anda ditetapkan untuk menuntut jumlah keseluruhan sebarang Penangguhan Pembayaran yang anda terlepas pada bila-bila masa selepas tarikh akhir Penangguhan Pembayaran. Anda bersetuju bahawa kami mempunyai hak untuk melantik pengutip hutang pihak ketiga untuk mengutip sebarang jumlah hutang anda kepada kami mengikut Persetujuan ini tanpa memberi notis awal kepada anda.

c) Skor kredit anda mungkin akan terjejas

Jika anda terus terlepas membuat pembayaran, platform BNPL anda mungkin akan memaklumkan laporan pembayaran lewat anda kepada agensi pelaporan kredit. Sebagai contoh, ini adalah polisi terma dan syarat Split:

[Kami berhak untuk] memaklumkan kepada mana-mana agensi atau biro pelaporan kredit yang wujud dalam bidang kuasa atau mana-mana agensi atau biro yang melaporkan informasi pelaporan kredit kepada mana-mana syarikat, dan mengenalpasti sebarang hutang yang tertunggak ke atas butiran anda kepada kami…

Ini mungkin akan menjejaskan skor kredit anda dan mungkin akan menyukarkan anda untuk memohon pinjaman rumah, kenderaan atau kad kredit pada masa hadapan. Namun, tidak semua platform akan melaporkan hutang anda kepada agensi pelaporan kredit.

Haruskah anda Buy Now, Pay Later?

BNPL membantu anda membuat pembelian yang besar tanpa menjejaskan pengurusan kewangan bulanan anda. Ini adalah beberapa situasi yang mungkin memberi manfaat kepada anda:

  • Jika anda boleh menepati tempoh pembayaran.
  • Jika anda ingat membuat pembelian yang penting atau pembelian kecemasan – seperti menggantikan peti sejuk yang rosak – dan anda memerlukan masa untuk membuat pembayaran.
  • Jika anda menggunakan kredit untuk membuat pembelian yang penting, tetapi rekod kredit anda tidak begitu baik untuk mendapatkan kad kredit atau pinjaman peribadi.

Namun, jika anda tidak terlibat dengan mana-mana situasi di atas, mungkin anda boleh menangguhkan pembelian sehingga anda berjaya mengumpul wang yang secukupnya untuk membeli tanpa menggunakan BNPL. Sebenarnya, membeli barangan sekarang dan membayarnya kemudian bermaksud anda meminjam wang dari masa hadapan – dan agak sukar untuk anda menikmati sepasang kasut baharu atau pembersih hampagas yang mewah jika barangan tersebut masih mempunyai hutang.

Leave your comment