Ditolak? Dapatkan Kelulusan Bagi Permohonan Kad Kredit Anda Yang Berikutnya!

by
Tags:
Ditolak? Dapatkan Kelulusan Bagi Permohonan Kad Kredit Anda Yang Berikutnya!

Penolakan memang memeritkan hati. Walaupun ia berkenaan dengan sesuatu yang tidak menggunakan emosi seperti permohonan kad kredit, ia masih tidak mudah untuk diterima. Namun, anda pasti akan berasa kecewa.

Jika permohonan anda ditolak, jangan berputus asa! Ketahui mengapa permohonan anda ditolak, betulkan masalah ini dan akhirnya anda akan mendapat kad yang anda inginkan.

Berikut adalah empat langkah untuk meningkatkan mutu permohonan kad kredit anda yang seterusnya!

Langkah 1: Ketahui mengapa

Menerima surat penolakan daripada bank untuk kad kredit yang anda memohon boleh menghancurkan hati anda.

Tetapi sebelum anda membakar surat itu, cuba ketahui terlebih dahulu mengapa permohonan anda ditolak. Baca surat tersebut untuk memahami mengapa permohonan anda ditolak. Jika pihak bank tidak menyeneraikan sebab, anda boleh menghubungi bank untuk pertanyaan lanjut.

Berikut adalah beberapa sebab yang boleh mengakibatkan permohonan kad kredit anda ditolak:

Maklumat tidak mencukupi atau tidak mempunyai dokumen yang diperlukan

Dalam kebanyakan kes, anda perlu mengemukakan penyata KWSP terkini dan Kad Pengenalan anda bersama dengan permohonan anda. Kadang-kadang, lebih banyak dokumen sokongan diperlukan dan permohonan anda mungkin ditolak jika anda tidak mengemukakan dokumen tersebut.

Ada masalah dengan laporan kredit anda

Kerap lewat dalam membuat bayaran kad kredit atau pinjaman anda yang lain akan mengheret skor kredit anda ke bawah. Semak laporan kredit anda untuk mengetahui sama ada anda menunjukkan sebarang tanda sebagai pembayar yang lemah.

iMoney menawarkan cara untuk menyemak laporan kredit anda secara percuma. Semakan ini juga menyediakan nasihat untuk memperbaiki laporan kredit anda.

Nisbah hutang (DSR) kepada pendapatan yang tinggi

Nisbah hutang kepada pendapatan mengukur berapa banyak anda belanjakan untuk pembayaran hutang setiap bulan berbanding pendapatan bulanan anda. Nisbah yang disarankan adalah di bawah 30%.

Pendapatan anda tidak stabil

Bank sentiasa ingin melihat sumber pendapatan yang stabil dan boleh diramal daripada pelanggan mereka. Jika anda baru sahaja mula bekerja, atau telah menganggur untuk seketika, mungkin lebih baik anda menunggu sekurang-kurangnya enam bulan di pekerjaan baru anda supaya anda dapat menunjukkan anda mempunyai pendapatan yang konsisten sebelum memohon kad kredit.

Pendapatan anda terlalu rendah

Pastikan anda memohon kad di mana anda boleh memenuhi syarat pendapatan minimum. Gaji minimum adalah berbeza bagi kad kredit yang berlainan. Namun, pendapatan anda mestilah sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan untuk kad yang paling asas.

Anda mempunyai terlalu banyak kad kredit

Anda tidak boleh memiliki lebih dari dua kad kredit jika berpendapatan kurang daripada RM36,000 setahun. Anda boleh membatalkan satu kad dahulu, kemudian baru memohon yang lain.

Anda memohon terlalu banyak kad kredit dalam tempoh masa yang singkat

Anda mungkin menganggap anda boleh mendapat kelulusan bagi satu kad jika anda melakukan permohonan untuk beberapa kad, tetapi ini mungkin membuat anda kelihatan sebagai tidak mempunyai kepercayaan kredit yang baik. Jika anda ditolak, tunggu beberapa bulan sebelum melakukan permohonan sekali lagi.

Ingat, jika permohonan anda ditolak daripada satu bank, bank lain akan mengetahui mengenainya apabila melihat laporan kredit anda dan mungkin tidak akan meluluskan permohonan anda.

Dengan mengetahui faktor-faktor yang lazimnya dipertimbangkan oleh bank apabila meluluskan permohonan kad kredit, anda mungkin dapat membetulkan kesalahan anda sebelum permohonan anda yang seterusnya!

2. Kemaskan laporan kredit anda

Laporan ini diuruskan oleh Biro Kredit di bawah Bank Negara Malaysia melalui Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Dalam laporan ini, anda dapat melihat kredit tertunggak anda (seperti pinjaman rumah, sewa beli, kad kredit, pinjaman peribadi dan overdraf), akaun perhatian khusus (seperti Pinjaman Tidak Berbayar, atau yang berada di bawah program pengurusan hutang khas, seperti di bawah AKPK), dan permohonan kredit atau pinjaman.

Maklumat dari CCRIS di ambil oleh agensi kredit dan institusi kewangan untuk menyediakan skor kredit untuk anda. Skor kredit ini adalah penunjuk kesihatan kewangan anda dan digunakan oleh bank untuk menilai mutu anda sebagai pengguna kad kredit.

Skor yang rendah menunjukkan bahawa anda tidak mempunyai asas kewangan yang elok, dan menurunkan peluang anda berjaya dalam permohonan kad kredit.

Jadi, anda perlu meningkatkan skor kredit melalui langkah-langkah berikut:

skor kredit

Jika anda berdisiplin dalam melaksanakan ketiga-tiga langkah di atas selama enam hingga 12 bulan, skor kredit anda kemungkinannya akan bertambah baik. Anda juga perlu rajin dalam menyemak skor kredit. Sekiranya terdapat kesilapan dalam laporan kredit anda, anda boleh membantah dan memperbetulkan kesilapan tersebut.

Skor kredit anda boleh disemak melalui iMoney CreditScore, yang menggunakan skor dari Experian (dahulunya dikenali sebagai RAM Credit Information). Segala maklumat dari iMoney CreditScore disediakan secara percuma.

3. Kurangkan DSR anda

Pemberi pinjaman menggunakan DSR untuk mengukur berapa banyak pendapatan anda dibelanjakan untuk pembayaran hutang setiap bulan. Kaedah ini digunakan untuk mengukur keupayaan membayar hutang masa depan jika kad dikeluarkan kepada anda. Nisbah ini dinyatakan sebagai peratusan di mana peratusan yang lebih rendah dianggap lebih baik.

Sebagai contoh, Hana mempunyai gaji RM4,500 sebulan, dan gabungan bayaran hutang beliau ialah RM2,000 sebulan, yang termasuk kad kredit, pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. DSR beliau ialah RM2,000 dibahagikan dengan RM4,500, iaitu 44%.

Ini kurang baik bagi Hana, dan sebarang permohonan kredit baru, termasuk kad kredit, mungkin ditolak disebabkan oleh DSR yang tinggi ini.

4. Dapatkan kad yang betul

Satu lagi sebab mengapa permohonan kad kredit ditolak adalah kerana pemohon tidak memenuhi syarat kad kredit. Oleh itu, adalah penting untuk menyemak dan memahami syarat kad yang anda ingin dapatkan sebelum mengemukakan permohonan anda.

Syarat pendapatan minimum untuk kad kredit di Malaysia ialah RM2,000 sebulan, atau RM24,000 setahun. Untuk melindungi pemegang kad dan membantu mereka mengelakkan diri dari hutang besar, Bank Negara Malaysia memperkenalkan peraturan baru di mana mereka yang mempunyai pendapatan tidak melebihi RM36,000 setahun hanya boleh memegang kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja. Pada masa yang sama, had kredit maksimum yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali pendapatan bulanan mereka, bagi setiap pengeluar kad.

Jika anda berada di dalam kategori ini, ia lebih masuk akal untuk memastikan kedua-dua kad kredit yang anda miliki dapat membantu anda menjimatkan wang dan berbelanja dengan bijak. Ini bermakna mendapatkan kad yang sesuai dengan gaya hidup anda! Terdapat pelbagai kad di pasaran, seperti kad untuk petrol, perjalanan, barangan runcit dan membeli-belah, dan juga untuk makan. Dengan mendapatkan kad yang sesuai dengan gaya hidup anda, anda boleh diberi ganjaran untuk perbelanjaan anda.

Dengan mengetahui garis panduan am bagi kad kredit di negara ini, semak syarat yang dinyatakan dan jangan memohon kad di mana anda tidak dapat memenuhi syarat yang ditetapkan. Skor kredit anda mungkin terjejas jika permohonan kredit anda ditolak, oleh itu, lebih baik anda tidak “cuba nasib anda” dengan permohonan yang anda tahu mungkin tidak akan diluluskan kerana ini akan memberi kesan negatif pada skor kredit masa depan anda.

Kadang-kadang masalah yang membawa kepada penolakan awal anda adalah mudah untuk dibetulkan. Jangan putus asa apabila anda mendapat surat penolakan, sebaliknya ketahui apa yang salah. Ia mungkin hanya kesilapan kecil dalam borang permohonan anda.

Walaupun ia kesilapan kecil, tunggu sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan sebelum mengemukakan permohonan anda yang seterusnya. Setiap kali anda melakukan permohonan, ia melibatkan pertanyaan tentang kredit anda, dan anda ingin memastikan anda memberikan tempoh masa yang sewajarnya.

 

Artikel ini diterbitkan di Januari 2020 dan telah diperbaharui untuk kesegaran, ketepatan dan kefahaman.

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image