Apa Itu i-Citra Dan Cara Untuk Membuat Permohonan

EPF i Citra withdrawal

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperkenalkan PEMULIH, sebuah pakej perlindungan buat semua rakyat Malaysia selaras dengan kelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rentetan pandemik COVID-19.

Sebahagian daripada pakej perlindungan PEMULIH, perdana menteri turut mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Persaraan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan i-Citra, sebuah kemudahan kewangan tambahan bagi membantu ahli pencarum yang terkesan.

“i-Citra diperkenalkan bagi membantu ahli pencarum untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas meneliti cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan asas mereka.” Ketika menegaskan perkara itu, KWSP juga menyatakan bahawa mereka “maklum perlu adanya keseimbangan antara keperluan semasa dan simpanan masa hadapan serta memberi bantuan sementara bagi membantu ahli pencarum dalam menghadapi pandemik ini.”

Program i-Citra membenarkan ahli pencarum KWSP untuk membuat pengeluaran sehingga RM5000, yang akan dibayar secara ansuran sebanyak RM1000 setiap bulan.

Berikut adalah butiran pengeluaran i-Citra yang anda perlu tahu:

  • Akaun 2 akan diutamakan bagi tujuan pengeluaran i-Citra. Sekiranya baki di Akaun 2 tidak mencukupi, Akaun 1 pula akan digunakan.
  • Jumlah maksimum pengeluaran adalah sebanyak RM5000. Pembayaran akan diansurkan sebanyak RM1000 setiap bulan selama lima
  • i-Citra membenarkan pengeluaran dibuat melalui kedua-dua Akaun 1 dan Akaun 2.
  • Jumlah minimum sebanyak RM100 diperlukan di dalam akaun anda selepas membuat pengeluaran, dan jumlah minimum bagi setiap pengeluaran adalah sebanyak Rm50 ringgit.
  • Ahli pencarum yang sudah membuat permohonan i-Lestari dan i-Sinar masih boleh memohon i-Citra.

Berikut adalah contoh situasi pengeluaran i-Citra oleh ahli pencarum KWSP:

Adakah anda layak memohon i-Citra?

Setiap ahli pencarum yang berumur 55 tahun dan ke bawah layak untuk membuat permohonan i-Citra, jika mereka mempunyai sekurang-kurangnya RM150 di dalam akaun KWSP semasa memohon.

Juga, ahli pencarum harus mempunyai baki minimum sebanyak RM100 di dalam Akaun 1 selepas membuat pengeluaran supaya status keahlian pencarum kekal aktif dan mereka layak untuk sumbangan tambahan kematian dan kelainan upaya.

Bilakah pembayaran i-Citra akan dimulakan?

Pembayaran akan dilakukan dalam tempoh 5 bulan, bermula dari Ogos 2021 sehingga Februari 2022.

Apakah butiran permohonan i-Citra?

Ahli pencarum boleh membuat permohonan bermula dari 12 Julai 2021, di pautan icitra.kwsp.gov.my.

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai program i-Citra, anda boleh menyemak halaman rasmi FAQ i-Citra.

Sehubungan dengan itu, KWSP turut mengumumkan jika ahli pencarum membuat pengeluaran menggunakan Akaun 1, kesemua caruman masa hadapan mereka akan dimasukkan ke dalam Akaun 1 semula sehingga mencapai jumlah simpanan yang asal. Jumlah ini adalah termasuk jumlah pengeluaran i-Sinar.

Kelangsungan hidup jangka pendek kita perlu dipenuhi dan pada masa yang sama penting untuk kita sentiasa mengambil pendekatan wajar untuk melindungi simpanan persaraan. Ini merupakan  KWSP dalam melindungi simpanan persaraan ahli pencarum.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.