• Kadar Faedah (p.a)

    5.05%

  • Kadar Asas Baru

    3.9%

  • Jenis Pinjaman

    Term Loan

  • Tempoh Berkunci

    5 tahun

Kalkulator Pinjaman
Jumlah Pinjaman

RM

Tempoh Pinjaman (tahun)
Kadar Faedah (p.a)

5.05%

Bayaran Bulanan

RM2,699

Apa yang menarik tentang Pinjaman Perumahan Bank Muamalat?
  • Pakej Zero Entry Cost

Kelayakan

Umur Minima: 21 Tahun
Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90% + 10% untuk pembiayaan MRTT
Sesuai Untuk: Rumah yang siap, dalam pembinaan, refinance

Product Review by iMoney

Adakah Pinjaman Perumahan Bank Muamalat sesuai untuk saya?

Pakej pembiayaan rumah dan refinancing berasaskan Shariah yang ditawarkan oleh Bank Muamalat direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan perbankan Islamik. Pakej Home Financing-i Bank Muamalat didatangkan bersama kadar berubah-uabh dan kadar maksimum yang telah dihadkan yang bertujuan untuk melindungi anda dari perubahan BFR (Base Financing Rate). Bank Muamalat juga mampu membiaya kesemua kos kemasukan yang boleh menjadi tarikan jika anda mencari cara untuk mengurangkan kos pendahuluan anda. Mereka menawarkan pinjaman berjangka asas dan buat masa ini masih belum mempunyai pilihan pinjaman flexi. Pinjaman perumahan Bank Muamalat mempunyai tempoh lock-in selama 5 tahun, menjadikannya antara tempoh tertinggi di dalam pasaran. Untuk penyelesaian awal dan pembayaran balik penuh dalam tempoh 5 tahun ini, anda perlu membayar penalti yang tinggi sehingga 6.65% dari jumlah terkumpul pinjaman. Penalti penyelesaian awal Bank Muamalat adalah antara yang tertinggi di antara kesemua bank di Malaysia. Bank Muamalat menyediakan margin pembiayaan yang tinggi sehingga 90% termasuk tambahan 10% untuk moving cost dan perbelanjaan yang berkaitan termasuklah MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful). Tempoh pinjaman boleh mencapai sehingga 35 tahun (mengikut garis panduan Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 70 tahun.

Pakej Pinjaman Perumahan Bank Muamalat

Bank Muamalat menawarkan pembiayaan rumah yang mematuhi Shariah dan kami telah senaraikan ciri-cirinya seperti di bawah.
Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
Home Financing-i
  • Pakej pembiayaan rumah Islamik dengan kadar berubah-ubah
  • Margin pembiayaan sehingga 90% + 10% (untuk moving cost dan perbelanjaan yang berkaitan)
  • Mematuhi prinsip Shariah
Tidak

Adakah saya layak untuk memohon pinjaman perumahan Bank Muamalat?

Semua warganegara Malaysia boleh memohon pinjaman perumahan Bank Muamalat.

Apakah Dokumen Yang Perlu Saya Sediakan?

Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan Bank Muamalat, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut: * Borang Permohonan * Kad Pengenalan * Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju * Salinan Individual Title Deed * Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap) * Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut) * Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut) * Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut) * Borang EA terkini * Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut) * Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan

Menarik! Apakah Langkah Seterusnya?

Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Bank Muamalat untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Bank Muamalat adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

Adakah Mudah Bagi Saya Untuk Membayar Balik Pinjaman Perumahan Bank Muamalat?

Berikut merupakan cara-cara yang anda boleh gunakan untuk membayar balik pinjaman perumahan Bank Muamalat: Pemindahan Secara Online : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Bank Muamalat anda untuk melakukan pembayaran secara online. MEPS : Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara. Interbank GIRO : Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online. Fasiliti Standing Instruction : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan. Mesin ATM Bank Muamalat : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Bank Muamalat anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan Bank Islam. Mesin Express Payment : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Bank Muamalat. Pembayaran Melalui Pos : Poskan kepada Bank Muamalat cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup. Perbankan Telefon : Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.
Jika anda sedang mencari gadai janji yang lain, anda juga boleh mempertimbangkan
Pinjaman Perumahan Al Rajhi Bank : Kadar asas (Base Rate) pinjaman perumahan daripada Al Rajhi Bank adalah 4.25%. Ia tidak mempunyai pilihan untuk pakej pinjaman fleksi dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Untuk pinjaman perumahan ini, tiada tempoh berkunci. Pinjaman Perumahan Bank Rakyat : Bank Rakyat menawarkan pinjaman rumah dengan kadar asas (Base Rate) 3.87%. Pilihan untuk pakej pinjaman fleksi tidak disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tempoh berkunci untuk pinjaman rumah ini adalah 5 tahun. PInjaman Perumahan Maybank Islamic : Di Maybank Islamic, kadar asas (Base Rate) gadai janji adalah 3.20%. Ia datang dengan pilihan pakej pinjaman fleksi dan margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tiada tempoh berkunci untuk gadai janji ini.