Apakah CreditScore dan mengapa ia penting?

CreditScore ialah satu-satunya skor yang menunjukkan keutuhan kredit anda. CreditScore anda adalah penting kerana merupakan cara yang paling boleh dipercayai untuk mengetahui sama ada sesuatu bank akan meluluskan permohonan anda untuk mendapatkan pinjaman atau kad. Buat pertama kalinya, anda dapat mengetahui sama ada permohonan anda mempunyai peluang yang baik untuk diluluskan sebelum memohon!

Bagaimanakah skor dikira?

CreditScore anda adalah pengiraan berwajaran, dengan mengambil kira 5 faktor yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan.

40%Sejarah Pembayaran

Sama ada anda membayar pinjaman tepat pada masanya atau ada bayaran tertunggak sepanjang tempoh 12 bulan yang lepas.

30%Campuran Kredit dan Jumlah Pinjaman Terhutang

Jenis pinjaman dan kad kredit yang dipegang oleh anda – kredit bercagar (pinjaman rumah, kereta) berbanding tidak bercagar (kad kredit, pinjaman peribadi), dan jumlah yang terhutang kepada bank.

10%Tempoh Sejarah Kredit

Tempoh anda memegang kemudahan kredit (kad kredit atau pinjaman).

10%Permohonan Kredit Baru

Rekod kelulusan anda untuk mendapatkan kemudahan kredit baru (kad kredit atau pinjaman) dalam sepanjang tempoh 12 bulan yang lepas.

10%Rekod Prestasi Undang-undang

Tindakan undang-undang yang diambil atau tuntutan terhadap anda sebagai defendan.

Adakah semua bank menggunakan skor yang sama?

Adalah penting untuk mengingati bahawa CreditScore hanyalah petunjuk bagi keutuhan kredit anda. Setiap bank mentafsirkan CreditScore dengan cara berbeza, di mana sesetengah bank bersikap lebih longgar manakala yang lain lebih tegas.

Apakah skor yang baik untuk dimiliki?

Skala skor adalah antara 201 hingga 781 (Lemah hingga Kukuh), dan boleh dikelaskan kepada 4 gred

    • Kukuh
    • 661 - 781
    Rekod kredit yang cemerlang. Pelanggan ini dianggap sebagai pelanggan bank yang terbaik dan lebih berkemungkinan untuk mendapatkan kelulusan bagi produk kredit.
    • Baik
    • 581 - 660
    Skor kredit yang baik. Pelanggan ini dianggap sebagai pelanggan bank yang baik.
    • Wajar
    • 461 - 580
    Skor kredit yang lebih rendah daripada  skor purata. Pelanggan ini mungkin menghadapi masalah mendapatkan kelulusan bagi produk bank.
    • Lemah
    • 201 - 460
    Skor kredit yang lemah. Pelanggan ini dilihat sebagai pelanggan bank yang tidak baik.

Jika anda berada dalam kategori “Baik” dan “Kukuh”, anda telah berjaya mengekalkan rekod kredit yang baik. Perkara ini dapat membantu meningkatkan kadar kelulusan pinjaman anda pada masa depan dan dapat mengurangkan kadar faedah pinjaman anda. Berusahalah untuk mengekalkan CreditScore anda dalam kategori “Kukuh”. Individu seperti ini dianggap sebagai pelanggan terbaik oleh kebanyakan bank dan institusi kewangan lain di Malaysia.

Adakah skor akan berubah dari semasa ke semasa?

CreditScore anda akan berubah dari semasa ke semasa sekiranya anda memperbaiki corak pembayaran anda. Perkara ini juga bermakna skor anda boleh menjadi lebih buruk jika sering mempunyai bayaran tertunggak! Anda dinasihatkan untuk menyemak CreditScore anda setiap 3 bulan supaya dapat mengekalkan keutuhan kredit yang baik.

Sebelum anda bermula...

  • Kami memerlukan nombor KP dan persetujuan anda untuk menjana profil kredit anda.
  • Jika anda pertama kali menjana CreditScore, anda perlu memuat naik gambar kad pengenalan (depan dan belakang) untuk pengesahan.
  • Lazimnya, pengesahan identiti dan penjanaan profil kredit akan mengambil masa 15 minit sahaja jika anda pengguna kali pertama. Jika pengesahan tambahan diperlukan, anda akan dimaklumkan.
Mari kita bermula!

Bersedia untuk bermula?